Friday 20 June 2014

IN PEACE (DALAM SEJAHTERA)









When I looked at the eyes of my father during his last two weeks on his hospital bed, I saw the 'light of love' with no ego. I recalled sensing similar light and vibe when I was shooting the scenery of Padang Benggali, Seberang Prai, Penang. Invocation of nature has no ego, thus possesses similar loving and peaceful look that embraces one in peace. 

When I looked at my father's body after he was bathed, kissed his forehead, I felt the same, like I was embraced by him in peace. 

Rest in peace, my dear father. I miss you so much. 








Now, I need to embrace my mother's punctured spirit with similar peace.

https://www.behance.net/gallery/17795531/DALAM-SEJAHTERA-%28IN-PEACE%29-%282014%29 


Thursday 19 June 2014

TITIAN KEKASIH AWAL & AKHIR


Sambil cium dahi jenazah Almarhum Ayahanda, Bonda kata, 
"Tunggu saya di pintu syurga"

KASIH DARI SYURGA



Almarhum Ayahanda Saidon dengan Hitam, beberapa hari sebelum dimasukkan ke I.C.U. Hitam amat menyayangi Bapak. Foto oleh Irmelia Khairunnisa Bt. Ibrahim


HINGGA AKHIR HAYAT

Bapak guru ku,
hingga akhir hayat
kamu mengajar aku 
yang kurang ajar.

Dua minggu di I.C.U
adalah pengajaran terakhir mu
yang menggoncang, melerai, 
menanggal dan meluruh 
segala taksub 
yang aku tatang.

Bila direnung kedua anak mata mu
aku nampak cahaya 
yang menembusi 
kepura-puraan aku 
dan kegelapan hijab fikir.

Bila cuba mentafsir bibirmu 
yang berkata tanpa suara
aku dengar cuma satu
kasih-sayang tanpa syarat terus dari syurga
yang menghunus, menembus, menghiris dan mencincang halus
segala kebencian dalam diri aku
dan kebencian sesama manusia.

Bila cuba membaca tulisan ketar mu
yang hilang bentuk
tiap garis menerbitkan genang
membasuh  dan menyental
mata aku yang buta
dirasuk wayang rupa. 
 
Bila melihat jasad kaku mu
aku dihembus bebas amat berbekas
yang tersangat halus
menanggal buat sepintas
segala pergantungan palsu
pada hasrat berkarat yang tak pernah bertamat. 

Bila mengucup dahi jenazah mu
aku diusap tenang
yang sangat diam
dan tak terungkap 
dengan apa jua kata-kata
melupuskan segala bising rasa
yang melambung aku dalam dosa.

Bapak
Hingga akhir hayat 
Kamu mengajar aku.


Nilai,
Jun, 2014.
 

 

 


 







Sunday 15 June 2014

SELAMAT JALAN 'HERO'KU - AL-FATIHAH.


BAPAK
Selamat berhijrah. 
Selamat bangun dari lena mimpi benda.
Tenanglah dalam taman indah. 
Disinari cahaya ilmu dan amal yang sudah kamu tanam dalam jiwa 
anak mu ini.





Setelah dua minggu menjadi saksi Bapak bergelut
dipaut, dirangkul, dicium
digenggam kuat jari-jemari tangan mu
yang bergetar hampir tanpa henti
mendepani segala yang anak mu ini tak sampai hati jadi saksi
meruntun, menggoyang, menggegar hati keras anak mu ini 
 menatap mata mu yang sayu
memandang terus telus melepasi batin ku
membaca bibir mu yang tidak henti cuba berkata tanpa suara
mentafsir tulisan mu yang sukar dibaca kerana tangan mu sudah tak berdaya
bersolat, bersyahadah, berzikir bersama mu
hinggalah saat anak mu bersyahadah untuk mu.
Menjadi saksi kamu pergi dengan aman.
Memandikan mu
Mensolatkan mu
Menguburkan mu
Aku redha.


BAPAK
Jasad mu sudah tiada
namun kamu tetap bersama ku 
buat selamanya.

BAPAK
air ku ketika dahaga
tongkat ku ketika rebah
Hero ku
Kekasih yang tak jemu menunjukkan anak mu yang lalai ini jalan yang benar
Bapak tunggu ya
anak mu ini di pintu syurga.


Friday 6 June 2014

DOA

YA ALLAH, YA RABBI, YA HAYY, YA FATTAH,
KASIHANILAH AYAHANDA KU
SEPERTI MANA DIA KASIHANI AKU SEMASA AKU KECIL DULU




Ayahanda saya, Saidon Pandak Noh di I.C.U. Tolonglah hantarkan doa untuk dia, ringankan dia, tenangkan dia, pulihkan dia. Doa adalah getaran batin yang menghubung sesama manusia, dan antara manusia dengan Penciptanya.

Sunday 1 June 2014

DUHAI JIWA YANG BERGETAR.

Rumah kelahiran P.Ramlee di Pulau Pinang
Selain kemangkatan DYMM Sultan Azlan Shah, Mei adalah bulan pulangnya P.Ramlee ke Rahmatullah. Pagi tadi, saya dan Nana (isteri) ziarah rumah kelahiran P.Ramlee dekat Sungai Pinang yang hitam. Rumah 'simulacra' yang terpinggir itu taat menayangkan dialog cahaya dan bayang. Dialognya bercerita tentang kehilangan dan tinggalan. 

Dalam beberapa hikayat tentang P.Ramlee oleh beberapa penulis, dia dikatakan terpinggir, tidak lagi diminati dan miskin ketika tahun-tahun akhir hidupnya. Ada teori mengatakan itu semua bahana kawan-kawan sebangsa yang pendengki dan munafik. 

Pada saya P.Ramlee tak miskin. Dia kaya. 

P.Ramlee meninggalkan kita dengan kemewahan dan kekayaan 'getaran jiwa' yang merentas zaman.  Gelombang kuantum dia masih bergema.

Al-Fatihah.


Pernah saya gemakan dalam sebuah persembahan teater multimedia di USM suatu ketika dulu.

https://www.behance.net/gallery/10180519/GETARAN-JIWA-%28VIBRATION-OF-THE-SOUL%29-%282004%29

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...