Saturday 8 June 2013

PENCERAHAN DARI JOGJA - KEBUN PAK SULEBAR (ENLIGHTENMENT FROM JOGJA - PAK SULEBAR'S GARDEN)



Salam kasih yg tulus kepada Pak Sulebar dan Ibu, dua insan kreatif yg sudah jauh mengembara menempuh rimba minda, meredah samudera rasa, mendaki gunung seni rupa, terbang tinggi menggapai langit jiwa kesenimanan.Sulebar M Soekarman ialah seorang pemikir, pelukis, pengkaji, penulis dan editor yang disegani di Indonesia, kini bermukim di Jogjakarta. Kedua-dua suami-isteri juga dikenali sebagai antara pelukis abstrak yang tersohor di rantau ini.

Namun, keduanya masih mahu merendah ke bumi, sudi menerima saya, isteri dan para puteri saya. Tidak cukup dengan mengisi perut kami di sebuah restoran masakan ikan yg enak, dihidangkan juga rasa hormat, hemat dan kasih di kediaman mereka yg serba sederhana tapi indah, damai dan mengasyikkan. Saya amat terkesan dengan rumahnya yang berstruktur dan bernuansa tradisi. Paling terkesan adalah pustakanya, yang penuh terisi segala khazanah buku dan dokumen koleksi peribadi, termasuk buku-buku hasil penulisan Pak Sulebar sendiri.

Tidak cukup dgn itu juga, dibekalkan kami dengan cenderahati dalam bentuk patung-patung Wayang Kulit dari koleksi peribadi Pak Sulebar, yg dikutip semasa membuat kajian tentang wayang kulit di merata Indonesia. Usia patung-patung itu sendiri jauh lebih tua dan berharga dari para penerimanya. 

Salam kasih juga buat Mas Rusnoto yang begitu taat membawa kami, menjadi pemandu atau supir sementara yg setia, walaupun terpaksa menanggung penat. Salam buat Mas Deddy yg sudi bersama merancakkan sessi ngombrol sambil minum kopi dan mengunyah tauhu. 

Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian semua. Kalian adalah antara rezeki Allah untuk saya, yang saya amat syukuri dan hargai lebih dari segala bentuk benda. Anda adalah tanda-tanda kurniaan Allah, menjadi pintu pencerahan jiwa buat saya sekeluarga.



Dengan ribuan maaf kerana ketiadaan foto Ibu. Akan di'update' setelah dapat diperolehi.

No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...