Ada yang bertanya, kenapa saya buat projek video pendek "HERO" dan klip video "Setiap Sekarang" sejak awal tahun 2014 ni. Saya tak reti nak jawab. Projek video pendek "HERO" berdasarkan blog entry dalam Jiwa Halus ni, itu pun Anderson Ee (Andy) yang sibuk nak buat dari tahun lepas lagi. Saya tanya dia, "awat hang sibuk nak buat benda ni?" Dia pun tak tau, cuma sebut, "the force is strong", biasalah Andy dengan saya selalu guna bahasa "Star Wars". Semuanya berlaku tanpa paksa, termasuk lagunya. Memanglah sedap ambil kredit, tapi akhirnya, semua ide, termasuk 'driving force' untuk berkarya, kita pinjam je dari Yang Maha Arif.
Alhamdulillah, sempat juga dirakamkan secara 'live' lagu "Setiap Sekarang" nyanyian penyanyi pujaan saya, Ainina (anak saya!!) di Kebun Rupa sebelum diperintahkan berambus dari tempat tu. Ini klip video budget ciput dan DIY, tanpa sebarang mixer mahupun perkakasan lampu canggih. Settingnya ringkas, Ainina menyanyi live di depan slaid-slaid powerpoint. Sekali take dari satu kamera, tak payah nak edit banyak. Dirakamkan live tanpa mixer canggih menyebabkan kualiti bunyinya pun boleh membuatkan penonton dan pendengar kasihan, sesuai dengan mood yang ingin dihasilkan oleh lagunya. Tapi kalau ada rezeki, mungkin minggu depan cuba pakai bilik rakaman di Dewan Budaya.
Nasib baik dapat 'tangkap' Aiman, pelajar tahun tiga Rekabentuk Media
Baru dengan kamera mahalnya (RM11,000 secara tepat) ihsan bapak dia
yang pemurah. Zaman sekarang, pelajar lebih kaya dari pensyarah.
Lagu pun lagu simple, dengan chord-chord tadika yang harapnya
boleh dinyanyi bersama oleh budak-budak kecil sampailah ke orang tua.
Klip video ini persis duet saya dengan Nina. Tapi, saya bersuara menerusi powerpoint (medium untuk mengajar dan bentang kertas kerja, sesuai dengan profesion saya), Nina dengan nyanyiannya. Paparan visualnya berdasarkan video pendek "HERO" yang diusahakan dengan Andy. Cuma, sengaja dipilih imejan pegun untuk elak persamaan dengan video tersebut. Video pendek "HERO" juga telah siap diadun oleh Andy. Maaf, takda tayangan perdana, kerana kami takda cable dengan Perdana Menteri mahupun Proton Perdana.
Klip video kamera pinjam, tempatpun pinjam tumpang, semuanya sementara. Tapi yang lebih menarik, intipati "Setiap Sekarang" juga berkait dengan segala yang sementara (dan dipinjam), terutama harta-benda. Kita cuma tukang jaga atau pegang amanah.
Namun, soalan yang paling cepumas sekali yang perlu ditanya - Apakah pusaka amanah peninggalan yang paling berharga (tak boleh dibeli dengan wang-ringgit), yang dipinjamkan oleh Allah menerusi kedua orang tua kita?
Tunggulah kemunculan klip video low-budget ini di youtube berhampiran anda!!!
(untuk menonton klip muzik video, klik):
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/02/setiap-sekarang_22.html
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamuaialikum..low budget takpe prof..yang penting its meaningful.. :)
ReplyDelete