Saturday, 6 January 2018

BAPAK, MAK & TAMAN SYORGA


Semasa aku belajar di luar negara, bapak aku pernah kirim satu album kecil. Di dalamnya terisi gambar2 taman mak aku. Temanya belas alam. Dia tau aku suka tengok pokok2, termasuk pokok2 bunga mak aku. Dari kecil, aku dibesarkan dgn hasil 'tangan hijau' mak aku, selain selalu dikerah utk tolong dia berkebun. Bila aku tengok gambar2 ni, hati aku yg sedang hanyut mengejor bayang riak segulung ijazah di negara orang putih, kembali ke 'tanah tumpah darah'. Dalam surat, bapak aku tanya, "bila kamu nak balik?" Kini, bila aku nampak kawasan rumah yg penuh dgn pokok2 bunga, aku boleh dengar suara arwah bapak bertanya soalan itu. Aku tak reti nak jawab, tapi aku boleh cuba 'balik kpd fitrah', cuba jadi manusia yg lebih baik dari semalam. Taman mak aku ada dlm hati aku. Itulah jawapan yg boleh aku beri pd arwah bapak aku, sambil sedekah dia fatihah. #DidikJiwaHalus #belasinsan #belasalam #makbapakakuosem

#H3RO #H3ROpulangkeTELUKINTAN #gemaBELAS2017 @gemabelas2017



No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...