Sunday 5 June 2016

SATU PAGI DI CENTRESTAGE


Lokasi: Banglo Centrestage Performing Arts, Bangsar
Tahun: 1989
Bulan: November kot
Waktu: Pagi

Pak Mail berkampung di banglo Centrestage utk persiapan sebuah acara besar di Dataran Merdeka.

Saya datang bawa 'buah tangan' utk dihadiahkan pd Pak Mail, atas arahan arwah ayahanda. 

"Sebelum pergi ke luar negara sambung belajar, pergi jumpa dan mengadap semua guru kamu, mintak maaf dan mintak restu. Kepada guru-guru yg paling rapat, bagi hadiah, buat tanda kenang jasa." kata ayahanda 

Saya beli Al-Quran kecil, tasbih, tikar sembahyang, kain pelikat dan ketayap (seingat saya la) dalam dua set, utk saya beri kepada dua guru saya yg paling terkesan, Fauzan Omar dan Ismail Zain. Saya dah bagi satu set pada Fauzan, tentu sekali dia ketawa, 

"Ni mcm nak suruh saya tobat je, hahahhhh....terima kasih Nol," mcm tulah lebih kurang reaksi En. Fauzan.

Tiba waktu nak bagi 'set tobat' pada Pak Mail, saya gabra, takut dia kecil hati la pulak.

"Pak Mail, Disember ni saya ke USA sambung belajar. Mintak maaf atas segalanya, tolong doakan saya. Ni saya ada hadiah tanda kenangan. Ni bukan perli, bukan semiotik (ilmu tentang tanda dan makna). Bapak saya yg suruh bagi," selamba saya guna nama bapak, takut karang kena sembur semiotik dari Pak Mail. 

"Pi belahaj balik nanti keje mana?" dia tanya.

"ITM" saya jawab.

"Hhhmmmmm.... " panjang. "Terima kasih. Kirim salam dgn bapak."

Fuuuhhhh, selamat. 

Itulah kali terakhir saya bercakap dgn Pak Mail, sebelum saya terbang ke USA sambung belajar pada Disember 1989. Sepanjang di USA, byk ilmu dia yg saya tak faham semasa di UiTM, saya korek, tekuni dan fahami semasa di US. Saya pasang angan2 nak balik jumpa dia, cerita segala yg saya kutip. 

Lepas tu, saya terbaca berita kematian dia dlm akhbar semasa ke perpustakaan universiti. 

Sebulan semangat saya hilang.

Tolong la sesiapa yg terbaca, jika Muslim, sedekah Al-Fatehah ya. Yg non-Muslim, hantar pd dia kasih sayang. 


No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...