Nama dia Firdaus Teo. Dia orang Sabah. Saya jumpa dia sewaktu ziarah ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) tahun lepas. Ziarah ni memang acara tahunan saya untuk menjenguk hasil projek tahun akhir para pelajar Teknologi Seni Visual di UMS. Saya suka layan yg di tepian dan pinggiran dari KL, yg sering dianggap sebagai pusat.
Karya Firdaus menarik perhatian saya, dari segi kemahiran. Kefasihan teknik dan bahannya hebat, cuma mungkin, kefahaman struktur dan bentuk wajah boleh dibaiki. Gitu juga dgn pengolahan warnanya, yg pada saya agak monochromatic. Ini situasi yg sering saya cerap pada pelukis dan ilustrator yg kemahiran menirunya tinggi, itupun kalau tak pakai 'projektor'. Semakin ramai pelukis muda yg berkemahiran tinggi dlm mengolah figura dlm gaya realisma muncul sejak kebelakangan ini. Ramai agaknya yg lihat diri sendiri sebagai 'seniman kontemporari'. Ramai yg lebih selesa saya murnikan sebagai ilustrator. Tapi ini cuma bacaan dan sentimen saya la. Mungkin boleh tanya pakar2 seni visual yg lebih alim maklum.
Realisma ni ada banyak pecahannya - magic realism (realisma kahwin surrealisma), photo realism (berdasarkan foto) hyper-realism (lebih halus atau perinci dari foto), pop realism (subjek popular kahwin realism), academic realism (gaya nahu catan figura dan potret yg tekankan kefahaman struktur dan dinamika warna, Amron Omar contohnya), Chinese realism (gaya potret dlm studio dgn pencahayaan terang gelap film-noir yg popular dikalangan pelukis dari China). Ini yg seingat saya la.
Firdaus contohnya, pada saya la, ialah seorang ilustrator potret hyper-realism yg berbakat dan boleh menjadi lebih hebat lagi. Saya panggil gaya ini realisma kulit. Realism kulit ni, jerawat, ketuat, panau, lubang bulu roma pun dilayan dgn tekun. Jenis ni saya jarang jumpa, mungkin sebab saya sekarang dah kurang layan juadah yg selalu dilambak dalam galeri2 komersial.
Gambar bawah adalah versi lukisan beliau yg sudah saya 'edit' dlm iphone.
Karya terbaru beliau lagi alim realism kulitnya. Kalau tak cukup iman dan kesabaran, tak jadi. Cuma pada saya, warnanya agak 'kurang masak'. Tapi ni ikut selera saya yg menuntut dari Amron Omar. Mazhabnya lain.
Tajuknya "Ambuyat Eater" (2016), akrilik atas kanvas, 3'x4'.
Saya tanya dia apa benda 'ambuyat' ni?
Dia jawab,
"Ambuyat merupakan makanan tradisi masyarakat di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ambuyat diperbuat dari sagu yg diambil dari pokok rumbia. Texture makanan ini menyerupai gam..kebiasaanya makanan ini dimakan dengan kuah ikan tebus dan ulam ulaman."
Dah byk kali ke Sabah, saya belum pernah 'try' lagi.
Firdhaus berpengkalan di Sabah, lulusan UMS. Subjek yg sering diangkat tentulah dari latar Sabah. Sebab tu agaknya kurang menonjol. Biasala, kadang2 ada dikalangan kita yg perasan KL (atau Publika dan yg seangkatan dgnnya) tu saja yg Malaysia.
Syabas brader Firdaus.
No comments:
Post a Comment