Tuesday, 3 April 2012

MINDA DAN GETARAN JIWA

(Tautan ke Bahagian 6)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/04/sifat-gelombang-kuantum-dan-yang.html?m=0

Dengan setiap fikiran, kita membina keadaan kuantum yang baru. Fikiran kita adalah sebehagian dari riak-riak atau kocak gelombang yang kecil dari segala jenis gelombang di seluruh alam (ingat permukaan kolam). Setiap fikiran mencetuskan corak interference (realiti benda) yang baru. Dengan setiap fikiran, qwiff yang baru dibina. Ia berinteraksi dengan SELURUH ALAM, tanpa batasan ruang dan masa, persis menghantar signal, untuk bertaut dengan signal-signal lain yang senada. Proses yang amat pantas (kelajuan cahaya) ini berlaku berterusan. Setiap fikiran yang baru berinteraksi dengan seluruh alam, khususnya qwiff lain yang senada (in tune) dengan fikiran (qwiff) yang dihantar. Kesemuanya akan bergumpalan hinggalah ia membina satu realiti baru seterusnya (menerusi penyaksian berterusan). Kita panggil kesedaran minda. 

Tenaga minda adalah pati kehidupan (Aristotle)

Alam semesta berinteraksi dengan tenaga minda kita sepanjang masa.  Nada getaran tenaga yang kita hantar pada alam semesta akan bertaut dengan nada getaran tenaga yang sama, untuk membina realiti berdasarkan nada getaran yang dihantar. Jika dihantar nada getaran 'cinta yang tulus', realiti benda kita akan terbina menzahirkan 'cinta yang tulus'.

Apa yang boleh manfaatkan menerusi segala interpretasi fizik kuantum ini?

Marilah kita menjadi penyaksi pada perlakuan minda yang kita namakan sebagai 'minda aku'. Jagalah nada getaran medan perlakuan minda kerana ia benih kepada realiti benda kita, termasuk kata-kata dan perbuatan. Marilah kita memelihara apa yang dizikirkan (getar) oleh minda, kerana ia akan membina realiti hidup atau 'mimpi benda' kita.

Meminjam dari P.Ramlee, peliharalah GETARAN JIWA. 

Getarkanlah 'CINTA TULUS, KEAMANAN, KEDAMAIAN, KETENANGAN, KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN'  


Baca juga
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/09/happy-inter-dependence-and-birth.html 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...