Wednesday, 28 February 2018

MENTAL & EMOTIONAL INVESTMENT

Wierd, how some clever clever people can invest their thoughts and emotions on what they don't want and don't like. 

ZIKIR SETIAP SEKARANG


ZIKIR SETIAP SEKARANG
Duhai yang sedang membaca
apa jua fikiran yang tercetus semasa kata-kata ini dibaca
apa jua perasaan yang terbit semasa kata-kata ini dibaca
semuanya hanyalah gelombang

Gelombang fikiran dan perasaan datang dan pergi 
muncul dan hilang
yang jika dibiarkan terus berkocak tanpa 'disuluh'  'penyaksian kamu'
boleh menjadi ombak besar
yang berpura-pura menjadi kamu
hingga kamu hanyut dan lemas dalamnya.

Duhai roh yang sedar
cahaya tenang abadi
dalam dakapan Ada yang Hakiki 
pancarkan tempias cahaya 
agar segala pergantungan pada fikir
segala pertautan pada rasa
segala ketagihan pada identifikasi diri yang palsu
segala obsesi pada situasi, pada alami mimpi jasad dan benda
hilang lupus bersih lutsinar
persis hilangnya kotoran tompok hitam degil dan keras
di atas kaca pelita 
yang mengizinkan cahaya pelita menembusinya 

Duhai kebisingan gelombang fikiran dan rasa
yang terus degil mencipta ilusi diri yang palsu
menghijab cahaya
mencipta tompokan situasi demi situasi alami 
termasuk situasi 'membaca' kata-kata ini
Sekarang
dan
Setiap Sekarang

DIAM DAN HILANGLAH 
dalam cahaya zikir
setiap sekarang
yang abadi 

ANTARA TIANG TIANG BELUM BERDINDING


Antara tiang2 yg masih belum berdinding itu, saya nampak kasih dan belas yg merentas zaman. AfFatihah buat Usu yg comel. Rumah mu di Manjoi itu adalah sumber inspirasi yg byk membuka tabir. #kebunDsedim #didikjiwahalus

SENYUMAN DI TINGKAP RUMAH KAMPUNG


Apa istimewa rumah kampung? Lihatlah wajah comel bonda dgn Usu (yg dah pergi ikut abang dia, arwah ayahanda terbang ke syurga). Orang lain nampak tingkap rumah kampung, saya nampak senyuman bahagia dua insan ini. Saya nampak getaran kasih dan belas merentas jasad dan masa. Itu yg hati saya nampak bila saya merekabentuk rumah kampung utk #kebunDsedim #didikjiwahalus

RUMAH TEMPAT BERLINDUNG


Dari 1989 (buku ini diterbitkan tahun 1987) hingga hari ini, jarak masa yg jauh itu adalah cara halus Allah mengajar saya apa makna kesabaran dan bersyukur. #kebunDsedim adalah tapak kembali menemui-semula hikmah berumah dan berlindung (shelter). Hikmah berlindung ini kini makin dilupus maknanya oleh kerakusan fahaman komoditi, pelaburan dan permainan pasaran. Menemui, menghidup, melestari rekabentuk rumah tradisional bukanlah hanya sebagai #belaswarisan melayu, tetapi malaysia, nusantara dan sedunia. #didikjiwahalus

Tuesday, 27 February 2018

GEMAKAN ILMU DARI GURU2 YG SUDAH TIADA


Msurat belakang katalog daif 'HYPErview' (1997). AlFatihah. Moga aku dpt memanjangkan ilmu yg berguna yg ditinggalkan oleh arwah guru2 ku, bukan hanya dlm bilik kuliah, jurnal2 berwasit, buku2 berkulit tebal, seminar, konferen, simposium, galeri, pentas saja. Jika ilmu yg baik itu mengalir dlm jiwa, kita gemakan dlm kata2 dan laku-buat harian, dgn sesiapa jua, di mana2, termasuk di pinggir2 jalan, di pinggir2 kampung dan di kebun2.


PROBLEM STATEMENT


Hate can't b solved by hate. Jealousy can't b solved by jealousy. Discrimination can't b solved by discrimination....,and so on. 

SILENCE

Monday, 26 February 2018

SOMETHING THAT CONNECTS ALL THINGS


Yg menjalinkan segalanya adalah 'ruang kosong'? Ungkapan 'pengosongan diri' ada dlm tradisi ilmu mengenal diri. Ngaji tauhid & tasawuf dgn arwah ayahanda dulu pun ada disentuh 'pengosongan diri'. Agaknya bila dah kosong, baru boleh jumpa apa yg org2 fizik kata, 'something that connects all things'. Cuma masa ngaji dulu, arwah ayahanda takda la guna ayat2 kuantum. Dia cakap omputeh pun takat 'yes no orait tenkiu' je.

DIALOG DGN IBU TANPA PENTAS , ROSTRUM & PEMBESAR SUARA

Mak aku cakap,

"Aku doakan kamu jadi manusia yg berguna utk masyarakat." Aku prasan bijak-pandai menjawab,

"Napalah mak tak doakan saya jadi kaya raya je mak oii?" Mak aku jawab,

"Sebab aku taknak kamu jadi orang yg tamak dan tak reti bersyukur." Aku jawab,

"Wa caya lu, mak. Kasi calit sikit!" #tanambelas

#gemabelas2017

#belasinsan 

#makakuosem



LAKARKAN HIDUP YG OSEM


LAKARKAN HIDUP YG OSEM


Sejak dari kecil Amira Hasnul melihat bapak dan maknya Rozana Mohamed melakar dlm buku2 lakaran. Sejak kecil dia dikelilingi buku2 lakaran, yg terisi lakaran2 bapak dan maknya. Semua itu telah di 'fixed deposit' dlm minda bawah sedar gelombang Theta dia, terutama sebelum dia berusia 7 tahun. Sekarang, dia buat sendiri buku2 lakaran bercover kulit yg sgt osem. Produk ini terpaksa disorok utk mengelak dari dicilok oleh bapaknya sendiri, yg begitu teruja utk mengisi buku2 itu dgn nota dan lakaran yg selalunya org lain tak faham. 

Dapatkan buku2 lakaran buatan tangan #miareka di @rozanasbatik #rozanasbatik, kedai kecil yg buat jiwa anda rasa besar. Takda di tempat lain. Terbukti berkesan utk melakarkan hidup yg osem. Insta di @paperleath



Aktiviti membuat lakaran dan jurnal reflektif tentang pengalaman yg kita lalui, telah diperakui oleh ramai insan bijak-baik sebagai satu amalan yg sihat. Berdialog dgn diri sendiri menerusi lakaran dan tulisan introspektif adalah denai mengenal diri yg bagus. 

Buku2 lakaran/jurnal dgn jeket kulit buatan tangan Amira Hasnul yg sudah dipesan, kini sedang dipakaikan dgn bungkusan yg penuh cinta, sedia utk dipos. Semua akan sampai ke tangan mereka yg sudah memesan, dgn ucapan semoga anda terus melakarkan hidup yg osem mosem. Sekian, pesanan yg ditaja secara senyap oleh mak Amira, Rozana Mohamed


#miareka di #rozanasbatik @rozanasbatik atau insta di @paperleath


Sunday, 25 February 2018

APA HASANUL KATA TENTANG MANGGIS, LAGI


"Kedua, Motif Tampuk Manggis, melukiskan penampang buah manggis yang terbelah pada bagian tengahnya, menampakkan kulit luar, daging kulit, dan isi buah secara keseluruhan. Ilustrasi ini bermakna kebaikan budi pekerti, kehalusan akhlak, dan kebaikan hati tak dapat dilihat dari kulit luarnya saja. Bahasa jambi ni bro, juga sebut tentang keikhlasan.. bertembung dengan pesan nenek"
(Hasanul Asraf Idris)

APA HASANUL KATA TENTANG MANGGIS


"Arwah nenek saya pernah berkata, kalau tampuk manggih ni 7, isi dia mesti 7 jugak, dia tak pernah tipu, dia buah yang ikhlas". Bila baca buku equation  and number ni... naik seram bulu roma. Pesan mak, bapak, nenek, atok dan moyang dah lama dah layan fibonachi dan buat equation. Tu belum konsep of universe diterangkan atas EX5 masa nak beli kasut sekolah haha."
(Hasanul Asyraf Idris)

SILATURRAHIM



Yes we want to b different from others, we strive to be unique,individually & collectively. Yet, we r all connected. Its called 'silaturrahim'. 'Rahim' refers to compassion, mercy, forgiveness. 'Silaturrahim' can be read as interconnected higher consciousness driven by compassion, mercy and forgiveness. Separateness and total independence are myths. In a quantum sense, we are all inter-connected. 

(ya kita mahu jadi berbeza dari orang lain, kita berusaha utk jadi unik. Namun, kita semua saling-bertaut atau terjalin. Keterjalinan itu dipanggil 'silaturrahim'. 'Rahim' merujuk kepada sifat belas, kasihan, kemaafan. 'Silaturrahim' boleh dibaca sebagai gelombang kesedaran tinggi yg saling-bertaut atau saling-terjalin dipacu oleh belas, kasihan dan kemaafan. Keterpisahan dan kemandirian total adalah mitos. Dari segi kuantum, kita semua saling bertaut.)

#gemabelas2017 #belasinsan #belasalam #didikjiwahalus #tanambelas

BERTUANKAN HALOBA

Kalau boleh bayo, dapatlah layanan macam tuan. Itulah ketuanan yg banyak terdapat di sekeliling kita sekarang. 

MESIN JAHIT SINGER


Teluk Intan 1970an. Bunyi mesin jahit singer, bau minyaknya dan aroma tekstil ditanam dlm minda bawah sedar aku. Mak menjahit dan menjual baju wanita. Dia juga menjual kain batik dan kain2 ela. Dia menjahit langsir, bantal dan cadar; menanam dan menjual pokok2 bunga, menjual perabot rumah dan bermacam-macam lagi. Ide bisnes dia tak pernah kering, mengalir selalu. Dia berkerja kuat dan beribadat taat. Siang di kedai, malam di rumah. Dia rajin, tekun, kuat semangat dan yakin terhadap pertolongan dari Allah. Pada masa yg sama, dia sentiasa menjaga adab, kerja dgn jujur, ikhlas, penuh dgn minat dan cinta. Kerja mencari rezki dimuliakan kerana hasilnya dijadikan sumber membesarkan anak2 termasuk aku. 

Kini aku sudah mempunyai keluarga sendiri. Aku masih mendengar bunyi mesin jahit singer dan menyedut aroma tekstil. Siang isteri aku ke kedai berniaga, mengajar dan membimbing pelanggan yg berminat belajar batik. Malam dia beribadat taat dan tekun ke mesin jahit setia dia. Anak2 aku juga terjangkit. 

Moga Allah murahkan rezki yg membawa kebaikan dunia akhirat utk isteri aku. Dia meneruskan nilai2 yg telah ditanam oleh mak mak kita.





PAK MAIL DAN RUMI


"I have lived on the lip of reason, wanting answers, knocking on a door. It opens. I have been knocking from the inside." (Rumi). 


Pak Mail's digital collage, "Al Rumi" (1988)


Throwback 1997, HYPErview, little homage to our guru.


Manggis dari kebun Pak Mail (1988) bersatu dgn manggis six persimmons Fachang dan Rumi dlm lipatan ruang-masa (time warp) yg rentas 4 dimensi. Pak Mail dah lama kuantum, yg menulis ni baru nak terkial-kial.


A poem by 13th. century Persian poet (Rumi), fragment of 13th.century painting of mangosteens by a Chinese monk Muqi Fachang, and mangosteens from

his own (Pak Mail) kebun, nuanced by the cliche Malay take on 'manggis' as expresssed in oral, literary (hitam-hitam sitampuk manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis - dont judge a book by its cover) and visual tradition (tampuk manggis motif in batik and songket). All converged in his digital collage, his fancy version of warped virtual space-time dimension, for us to make the connection. Ya, it has a zen undertone and sinked deep into my 'jiwa sakit' then, when I was in the 20s. And mannn, it still reveberates with the sempoi truth beyond 'reason' beyond 'discourse', 'intercourse', 'golfcourse' 'off course' susah jumpa dalam university 'courses' : the knowledge of Self (ilmu mengenal diri).


It is in this knowledge of self, ironic it may sound, that the centric 'I' begins to slowly dissolve.







Saturday, 24 February 2018

QUANTUM HEALING


Quantum healing

PERFORMAIN BEBAS RADIASI


Seni eksperimain, performain dan aksihat tidak memerlukan gadget mahal, canggih dan yg radiasinya boleh merosakkan gelombang otak. Gelombang otak anak2 terutama yg dibawah usia 6 tahun, adalah gelombang Theta yg menyerap segalanya tanpa tapisan. Ini adalah fragmen momen penilaian tugasan akhir kursus Rekabentuk Antarabudaya, 2012. Berilah peluang pada anak2 kita utk bermain bersama dan bersosial dlm gelombang yg bebas radiasi. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.) #didikjiwahalus #7tingkatpermai #kebunDsedim

SAYA NAMPAK


Saya nampak anak2 main guli, galah panjang, ting ting, baling tin, biji getah, batu seremban, congkak, lastik, senapang kayu, pondok2, masak2, panjat pokok, mancing ikan.....


SETIAP SEKARANG

SETIAP SEKARANG
(Versi berdialog dgn diri sendiri)

1. 
Apa yg aku pilih untuk rasa 'sekarang'?
Syukur? Kasih? Cinta? Gembira? Ceria? Teruja? Kagum? Bahagia? ...atau sebaliknya?
(Tulis besar-besar 'apa yg dirasa sekarang' di tengah2 sekeping kertas kosong. Lagi bagus jika hanya satu perkataan sahaja)

2.
Apa perlu terjadi (dijadikan/dicipta) untuk membolehkan aku mengalami apa yg aku sedang rasai sekarang? 
(Yg ni tak perlu tulis. Hanya ikut saja urutan berikut:)

Mak & bapak aku mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk mak dan bapak aku dijadikan, opah2 dan atok2 aku (sebelah mak dan bapak) mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dgn amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk opah2 dan atok2 aku dijadikan, moyang2 aku mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dgn amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk moyang2 aku yg begitu byk generasi dijadikan, Nabi Adam dan Hawa mesti dijadikan.

Untuk Nabi Adam dan Hawa memulakan keluarga manusia, Bumi mesti dijadikan.

Untuk bumi dijadijan, matahari dan planet2 dlm sistem solar mesti dijadikan

Untuk sistem solar dijadikan, galaksi bimasakti mesti dijadikan

Untuk Galaksi Bimasakti dijadikan, berbilion galaksi mesti dijadikan.

Untuk berbilion galaksi dijadikan, sesawang kosmik (cosmic web) mesti dijadikan.

Untuk sesawang kosmik dijadikan,  alam semesta (universe) mesti dijadikan. 

3.
Sekarang kita jawab soalan di bahagian 2 di atas. 

(Tulis ayat berikut di atas perkataan yg ditulis atas sekeping kertas tadi:)

Seluruh alam semesta dicipta, utk aku berada di sini, membaca ayat2 ini dan merasa......


4.
SELURUH ALAM PERLU DIJADIKAN terlebih dahulu, UTK AKU ADA, sekarang, setiap sekarang, setiap detik, setiap degup jantung.

Jika SELURUH ALAM SEMESTA mesti dijadikan untuk aku merasai apa yg aku rasai sekarang, aku akan pilih untuk rasa.................................. 

ISMAIL ZAIN, RAHIM RAZALI & NORDIN HASSAN


Jumaat itu berkat, apatah lagi kalau bekas anak murid merangkap kawan datang singgah #7tingkatpermai. Terima kasih Azizan Paiman, kongsi fragmen2 pengalaman dan renungan. Antaranya:
P: 
"En. Hasnul rasa arwah Pak Mail berkawan rapat tak dgn Dato Rahim Razali?"
H: 
"Tak pasti la pulak, tapi masa saya jadi tukang buat set yg Pak Mail design utk teater Cindai tahun 89, saya pernah tengok Pak Mail, Dato Rahim dan Nordin Hasan lepak sembang di cafe KBN (sekarang Aswara) beberapa kali. Apasal tanya?"
P:
"Sebab saya rasa ada kaitan tema antara filem 'Abang' dgn karya 'The Detribalization of Tam Binti Che' Lat', menyentuh tentang Melayu korporat kelas pertengahan dan atas. Filem 'Matinya Seorang Patriot' pun tema sama, tapi lebih tertumpu pada politik orang Melayu dan rasuah."
H:
"Karya cikgu Nordin pun mcm tu jugak, terutama 'Cindai'. Saya masih ingat sebab masa tu saya jadi buruh kontrak buat set dan propsnya. Tapi sentuhan cikgu ni jenis halus, lembut, lawa, gedik, berbunga2 yg makan dalam. Semiotiknya berlapik tebal. Saya cuma curi2 dengar mereka bertiga sembang dari tepi2. Sayang sekali pertalian rentas bidang seni visual, seni filem dan seni teater oleh tiga tokoh besar ni kita tak xplore dlm2. Hang tanya baru saya terfikir. Sekarang ni saya hanya sekali sekala terserempak Dato Rahim berlakon jadi watak org tua dlm drama je. Sayang sekali."

#7tingkatpermai

STORM TROPPER DI 7TINGKATPERMAI


"Uncle, can I have this?" "Not until I became Darth Vader". 

#7tingkatpermai

CORETAN ZAMAN LUPUS REWIND


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat kuliah tanpa berkasut. Throwback kuliah terakhir 'Rekabentuk Antarabudaya' 2012, setelah berbakti kpd 8 kumpulan pelajar rekabentuk di USM sejak 2005. Kini kursus ini sudah dilupuskan. Namun, benih yg ditanam dalam kursus ini telah menjadi kebun2 yg cantik dlm jiwa mereka yg pernah bersama menyuburkannya, termasuk yg menulis ini.  Ia menjadi prelud yg amat bermakna utk denai2 baru spt #H3ROziarah #Gemabelas #Didikjiwahalus #7tingkatpermai #kebunbunyi dan #kebunDsedim. Sekian coretan utk zaman lupus 'rewind' ini. Hari Jumaat ini sgt berkat utk 'rewind'. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.)

SENI AKSIHAT


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat performain dan aksihat. Ini adalah fragmen momen hari menguji tugasan utk kursus 'Rekabentuk Antarabudaya' yg sudah lupus pada 2012. Demi mengelak gejala 'syok sendiri je' dlm amalan mereka-cipta, para pelajar telah dipaksa-rela menguji hasil rekabentuk permainan manual interaktif (bukan digital atau elektronik) utk kanak2. Sekumpulan kanak2 dan mak-bapak dijemput utk 'bermain'. Reaksi spontan, respon komen dan penilaian mereka diambil dan dijadikan panduan mengelak prasan. Kaedah ini diteruskan dlm byk program #didikjiwahalus, termasuk #H3ROziarah dan #gemabelas2017. Anak2 ini dan ibu-bapa mereka, adalah audien sasaran, pelanggan penting. Merekalah yg menjadi penilai utama, bukan pensyarah rambut panjang rock kapak yg hanya pandai membuli budak itu. Dia juga mungkin membawa saka prasan seniman yg bukannya peduli sgt 'suara' masyarakat sasaran. Sekian 'rewind' hari Jumaat yg berkat dgn harapan moga ramai yg terasa nak bertobat. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.)

EKSPERIMAIN


Badan kita dipulih dgn bermain, minda kita dipulih dgn tawa, jiwa kita dipulih dgn ceria. Hasil reka-cipta kita bukan terhad pd bentuk dan benda. Ia tertanam dlm jasad, minda dan jiwa insan sasaran. Ini adalah antara momen kursus Rekabentuk Antarabudaya tahun 2012. Sumbangan pereka adalah utk kesejahteraan insan sasaran. Ia bukan hanya  utk berpameran berlawan dlm perlumbaan KPI/ROI lingkaran yg tertawan. Sekian. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.) #didikjiwahalus #7tingkatpermai #kebunDsedim

GELOMBANG BEBAS RADIASI


Seni eksperimain, performain dan aksihat tidak memerlukan gadget mahal, canggih dan yg radiasinya boleh merosakkan gelombang otak. Gelombang otak anak2 terutama yg dibawah usia 6 tahun, adalah gelombang Theta yg menyerap segalanya tanpa tapisan. Ini adalah fragmen momen penilaian tugasan akhir kursus Rekabentuk Antarabudaya, 2012. Berilah peluang pada anak2 kita utk bermain bersama dan bersosial dlm gelombang yg bebas radiasi. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.) #didikjiwahalus #7tingkatpermai #kebunDsedim

REWIND REKABENTUK ANTARABUDAYA


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bedal gendang depan panggung wayang kulit (kata anak itu la). Ini adalah satu lagi hasil 'rewind' pita VHS yg dah berkulat. Ia adalah momen susulan hari menilai tugasan pelajar utk kursus 'Rekabentuk Antarabudaya' tahun 2012. Kursus ini kini sudah lupus dan failnya juga sudah berkulat dlm simpanan#7tingkatpermai. Ini sessi lawatan muzium oleh sekumpulan audien sasaran. Amalannya berlawanan dgn hukum 'tolong diam', 'tolong jangan bising', dan 'tolong jangan sentuh' yg sering dilanggan mcm fatwa oleh institusi muzium dan galeri. Hukum kanun ini sebenarnya mempasifkan manusia. Kanun saka kolonial ini sebenarnya tak perlu ditaati apatah diimani mcm fatwa. Walaupun kursus itu sudah lupus, semangat kasih dan belasnya masih terus hidup. Ia bergetar di jantung, berdenyut di nadi, bergema di mulut dgn panggilan manja #kebunbunyi dan #gemabelas2017. Sekian, 'rewind' hari Jumaat yg harapnya menyental ketagihan utk mengumpat. (Foto diskodeng dan dicilok dari fb Taufik Kamaruddin.)

MASAK DGN CINTA


Sambil menu 'all stars' berkumandang dlm gelombang kuantum, frekuensi baunya bertasbih dgn bukit Teruna:


1. Gulai-Lauk 

Tempoyak ikan patin, singgang ikan temenung, asam pedas pari atau bawal, lemak suhun, lemak pedas ketam atau daging salai, siakap stim halia (sori, kari dan tomyam takda dlm senarai)


2. Goreng, goreng pedas jub-buster (jgn tanya apa maksud), goreng kari, bakar:

Bilis, Temenung, talapia, keli, bawal, siakap, merah, udang, ketam (sori, ayam dan daging takda dlm senarai)


3. Rebus 

Temenung, ketam. 


3. Sambal air mata

Sambal belacan, sambal tumis udang petai, sambal belacan dgn tempoyak, sambal cili padi hijau dgn tempoyak, sambal belacan dgn kuinin, sambal kelapa dgn ikan masin.


4. Ulam 

Petai bakor, jering muda, temu, pegaga, bendi dan sayur rebus


5. Ringan tapi power

Kerabu kerang, ikan masin, telur masin


6. Istimewa:

Nasi ayam asal mahmoodiah, laksa johor asli, soto syahdu, mee rebus tulang tanpa bidaah


7. Manis:

Buboq kacang, buboq gandum. 


Kemunculan mereka di dapur dan laman

#kebunDsedim adalah didamkan tanpa was-was. 



#belasalam #belaswarisan #tanambelas

Friday, 23 February 2018

YO WHATSAP

Semalam kongsi gambar perempuan garu ponggong, hari ni kongsi ayat2 Quran dan tazkirah panjang. 

Baik punya budaya Whatsap

DIALOG DGN IBU TANPA PENTAS , ROSTRUM & PEMBESAR SUARA


DIALOG DGN IBU TANPA PENTAS , ROSTRUM & PEMBESAR SUARA

Mak aku cakap,
"Aku doakan kamu jadi manusia yg berguna utk masyarakat."

Aku (yg prasan bijak-pandai, berintelek, berijazah tinggi2, pintar berhujah tentang segala isu dan polemik yg berat2, dah buat penyelidikan tentang topik2 yg orang biasa tak faham, dah baca segala jenis kitab-buku tebal2), menjawab,
"Napalah mak tak doakan saya jadi kaya raya je mak oii?"

Mak aku jawab,
"Sebab aku taknak kamu jadi orang yg tamak dan tak reti bersyukur."

Aku jawab,
"Orait bos!"

#tanambelas
#gemabelas2017
#belasinsan 
#makakuosem

TANAM BELAS


Arwah bapak sering bertukar serta-merta menjadi superman bila ke kebunnya, walaupun sudah menjangkau usia 80an. Hari ini sahabat aku Mat Nor buat aku semakin mengerti kenapa bapak jadi begitu, tanpa teori2 yg meninggi diri.  #H3ROziarah #tanambelas #gemabelas2017 #belasalam #kebunDsedim #belaswarisan

DIALOG DGN KAWAN TANPA ROSTRUM, PENTAS & PEMBESAR SUARA


DIALOG DGN KAWAN TANPA ROSTRUM, PENTAS & PEMBESAR SUARA

Aku tanya,
"Nor, buat pe ko susah2 bagi aku pokok durian ni."
Dia jawab,
"Bagi barang, kejap je dia rosak. Bagi pokok, dia tumbuh subur jadi rezki anak cucu. Bila mereka makan, teringat pada kita."

#tanambelas   #belasalam #gemabelas2017
#kebunDsedim

2 TEBING


'Dari tebing sungai sedim di Kedah, ke tebing sungai di Brisbane, Australia'. 

Ya, sudah tentu kami bangga dgn Jihan Salleh & Ahmad Irfan Razib @pneumanarch @kicaubilau . Lebih dari itu, spt ibu-bapa yg membekal kasih dan belas, kami bersyukur infiniti. Mereka mengalir persis air sungai yg suaranya menjadi nadi gubahan bunyi nusantara mereka. Mereka hanya berkesempatan bersama #gemabelas2017 di tiga lokasi, namun mereka dikurniakan rezki utk menggemakan #belasalam jauh merentas ruangmasa. Mereka mengalir hingga ke Budapest, Roma dan terbaru ke Brisbane. Mereka taat menggemakan #belasalam tanpa perlu laungan gamat dan membingit. Modal yg mrk bawa adalah kejujuran terhadap diri sendiri, serta kesyukuran terhadap rezki yg dikurnia Yg Maha Belas, sambil mendakap erat erti 'tanah air'. Kami kirim doa agar mrk kembali pulang dgn selamat, kembali ke tebing ini, ke tanah air penuh barakah ini. Moga mereka dpt berkongsi pengalaman dan pengajaran yg dikutip buat refleksi para sahabat #kebunDsedim yg lain. Bersama2 kita terus menggemakan belasalam yg memulih, sebagai sumbangan kecil kita utk menyuburkan jiwa kemanusiaan yg semakin kontang belasnya. Sekian, rakaman rasa bangga, syukur dan doa dari kami.
Rozana Mohamed
Delly Adeela
Amira Hasnul
Ainina Hasnul

Saturday, 17 February 2018

A WORLD WITH & WITHOUT

Imagine and feel, a world without these:

  • the military-industrial-media-politico-banking complex increase their power and continue their pillage across the world;
  • pharmaceutical monopolies amplifying the drugging of society, as well as keeping many of us sick so that they maximize their profits;
  • movements rise up only to be vilified and disassembled, such as the Occupy Movement;
  • science turned into a corporate institution, as well as further hijacked by an inaccurate and small-minded philosophy of reality;
  • wars purposely created with millions of people dying for the whims of the shadow empire;
  • radical extremists massaged into proxy armies to do dirty work for the collapsing power structure;
  • air, medicine, food and water becoming purposely more toxic;
  • governmental policy increasingly being determined by corporate/elite interests;
  • police being militarized all around the globe;
  • the education model struggling to become less of an indoctrination system; and
  • the agenda of global governance becoming closer to fruition.

Imagine and feel a world, with these:

  • economists who want to transform the Keynesian model to legitimate alternatives;
  • teachers who understand the massive holes in the indoctrination system called public education;
  • scientists who want to evolve the way energy is created and shared;
  • health practitioners who see the limits of mechanistic and pharmacological medicine and the need for the reintroduction of natural and plant-based therapies;
  • journalists who demand that the media monopolies need to be disassembled;
  • environmentalists who want to transition the way food is grown and distributed;
  • community leaders who aim to reintegrate them to better support its members;
  • politicians who understand the democratic system has been hijacked by big money;
  • activists who campaign for revolutions in our value systems; and
  • futurists who want to change the systemic template for our societal health and well-being.

(Sourced from The Mind Unleashed.org)

Friday, 16 February 2018

BARRIERS

“Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all barriers within yourself that you have built against it” ~ Rumi


Thursday, 15 February 2018

DIALOG 2 HASNUL (BAHAGIAN 2)

Otak (gelombang minda) dan jantung (gelombang perasaan) ni kena di sinkroni ikut ritma (patterns) yg fitrah. Mcm muzik la juga. Bass pattern nya pada degup jantung. Melody pattern nya pada otak. Perlu ada imbangan, simetri, kitaran(cycles), dinamika seperti yg dapat dikesan pada alam (tanda2), dari skala mikrokosmos (kuantum) hingga ke macrocosmos (galaktik, malah multiverse). Wallahualam.





"Kebun Jiwa Halus, Van Gogh memng layan golden ratio plus kepala gang ni dah sedia  dah terpecah ke pixelated, keje hokusai sendiri banyak gak macm dia."
(Hasanul Asyraf Idris)

dema ni nengok tembus bentuk, nengok pattern.




Ni tafsir 'pattern' sebagai 'unified field' dari sisi fizik kuantum, layan:  


"Consciousness and memory are not the function of the brain, rather the function of the unified field, the fabric of the vacuum of space itself ; a quantum wormwhole network at the planck scale." (Jamie Janover)


Ikut terjemahan literal org yg gagal fizik SPM, corak minda dan perasaan kita saling bertaut dlm satu 'medan yg bersatu'='satu anyaman (corak) ruang yg kosong'='satu jaringan lubang-cacing  kuantum pd skala yg teramat-amat halus'.  whahahhhh........patutla saya kantoi fizik. 


Bottom line, we r energy patterns, vibrating like 'waves' (Hokusai!) in myriads of frequencies, a part of infinite 'ocean' (Hokusai, lagi!) of wave patterns.


Bunga dan Van Gogh's 'Starry Night' ada Fibonacci sequence, spiral, curve, proportion, based on 1,1, 2, 3, 5, 8, 13, 21 and so on. Its a pattern of growth found universally in nature. Ni ada pada tapak tangan, pada tubuh kita, pada gerak kita, organ dalaman, heck....pd segala jenis 'benda2 hidup'.


"iyaaaa, merangkumi semua, malah virus, bakteria dan parasite...  tentang nafas tu saya sendiripun ada peta sendiri, cuma mungkin ada tambahan kot ikut style sayalaaa (dah tentu merapu) hahaha kejap"

(Hasanul Asyraf Idris)


Fibonacci dlm jasad. Kedudukan jantung.



Fibonaci dlm keris.


Corak Simetri Gelombang magnet dan corak simetri dlm karya guru saya Pak Mail.



"Ini pattern coding gen dalam liver cancer, comparison normal dan tidak, pecah kepada 2 warna, dengan cara ini baru pengkaji lebih faham tentang perkembangan virus, ni kira coding drawing la kot. In fact boleje jadi artwork. Sya layan gak menjak 2 menjakni coding dan mapping ala drawing... syok ooo"
(Hasanul Asyraf Idris)


"Pertautan nafas yg saya buat, dah lama kita hidup dengan nafas haiwan dan orang lain meremang bulu romalah bro lepas jumpa hahaha"
(Hasanul Asyraf Idris)

















DIALOG 2 HASNUL


Bila kita mencari, Allah hantar. Cari pasal, dapatla 'pasal' tu. Pandai2la buka frekuensi pilihan sendiri. Bila dapat, terima jelah. Bila kita buka frekuensi tertentu, segala yg dlm julat frekuensi itu dtg sendiri tanpa paksa, adakalanya di'hadiah'kan pd kita terus menerusi manusia2 terpilih. 


Buku ini hadiah dari Hasanul Isyraf Idris. Makaseeh.




"Arwah nenek saya pernah berkata, kalau tampuk manggih ni 7, isi dia mesti 7 jugak, dia tak pernah tipu, dia buah yang ikhlas. Bila baca buku equation  and number ni... naik seram bulu roma. Pesan mak, bapak, nenek, atok dan moyang dah lama dah layan fibonachi dan buat equation. Tu belum konsep of universe diterangkan atas EX5 masa nak beli kasut sekolah haha."
(Hasanul Asyraf Idris)


"Kedua, Motif Tampuk Manggis, melukiskan penampang buah manggis yang terbelah pada bagian tengahnya, menampakkan kulit luar, daging kulit, dan isi buah secara keseluruhan. Ilustrasi ini bermakna kebaikan budi pekerti, kehalusan akhlak, dan kebaikan hati tak dapat dilihat dari kulit luarnya saja. Bahasa jambi ni bro, juga sebut tentang keikhlasan.. bertembung dengan pesan nenek."
(Hasanul Isyraf Idris)


'Women's knowledge' ilmu diturunkan dgn kasih dan belas (how to care). Ahli fizik yg cakap.


"First introduction, adalah dalam buaian masa dengar lullaby sambil layan corak batik yang dihenjut2. Itu intro seni performance + visual + bunyi + bau ikan goreng masin (seni kulinari)  = artis hahaha"
(Hasanul Asyraf Idris)



Wednesday, 14 February 2018

YAASIN

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin 

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.

Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.

Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" 

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍

(Dikongsi dari fb anak sedara, Khairul Faizal Ahmad Khalid.)

Monday, 12 February 2018

DEAR CLEVER CLEVER ENGLISH-SPEAKING FRIENDS

Dear clever clever English-speaking friends.

If u like to preach that one should not judge others by their appearence, why the heck you judge me by what I prefer to wear. 

(Asal kurta putih je, terroris. Asal baju melayu dgn songkok atau ketayap je, melayu totok makan dedak. Ishhhh, ishh ishhh, sian.)

Please la, look at whoever u label as others with love and compassion, not hate, fear and suspicion. Now go and hug your mom. 




VANDHANA SHIVA SAYS....


Apa kata ahli fizik Vandhana Shiva.....


Dia kata 'women's knowledge'. Boleh dibaca sebagai ilmu yg diturunkan dgn kasih dan belas (spt dari mak kita kpd kita).

 

Sebab tu ada istilah2 yg halus spt 'ibu negara' (ibu, oleh itu mestilah bersifat kasih dan belas, bukannya 'capital' yg hanya pentingkan 'modal', dpt ROI saja)


Juga istilah 'tanah air' utk 'nation' atau 'country'. Tanah yg subur mestilah disirami air - yakni 'dicurah dgn kasih dan belas'. Ibu negara tanah air kita, jika hanya nak jadi pandai je, nanti kering hati.



#gemabelas2017 #belasalam #dimanabelas  #tanamkasihdanbelas #plantmercyandcompassion 


AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...