Sunday, 30 December 2018
Thursday, 27 December 2018
BUAT BAIK & KEBAJIKAN
Sibuk sgt cari kejahatan & kemungkaran, sampai takda masa nak buat baik & kebajikan. Sibuk menunding jahat pd org lain, tak membuat diri jadi baik.
Pilihlah betul2 nak sibukkan diri dgn apa.
Pilihlah betul2 nak sibukkan diri dgn apa.
YG TAK PERLU DICARI & DIBELI
Kebanyakan hal2 yg bernilai tinggi tak perlu dicari & dibeli.
Kasih, belas, ihsan, memaafkan, syukur, ikhlas, jujur, sabar, redha, ceria, riang, gembira, yakin & percaya.... tidak datang KPD KITA dgn pemBELIan. Semuanya dah ada DALAM JIWA KITA sendiri. Semuanya datang DARI KITA, bukan KPD KITA.
Sekian perkongsian pesan guru2 lama utk Jumaat yg berkat.

Monday, 24 December 2018
RUQYAH
Tiap kali kita mencari salah & menyalahkan orang, kita mendedahkan penyakit hati kita sendiri yg perlu dipulihkan segera.
Banyak mencari salah org, adalah penanda penyakit hati yg serius.
Senario saling salah menyalah adalah penanda masyarakat yg sgt memerlukan pemulihan.
Ruqyah.
Banyak mencari salah org, adalah penanda penyakit hati yg serius.
Senario saling salah menyalah adalah penanda masyarakat yg sgt memerlukan pemulihan.
Ruqyah.
Sunday, 23 December 2018
LAKAR - LAMAN KARYA LUMUT
LAMAN KARYA LUMUT
Ternyata frekuensi atau gelombang minda itu pembuka rezeki. Apa yg kita fikir & cari, kita dapat. Cari pasal dapat pasal. Cari masalah, dpt masalah. Cari musuh, dpt musuh. Cari isu, dpt isu. Sekiranya kita tak suka sesuatu, tak payahlah kita fikir & cari. Fikir & carilah apa yg kita suka. Barulah apa yg kita tak suka itu hilang dari radar alamiah fizikal kita. Mahu hilangkan kejahatan, maka fikir, cari & buatlah kebaikan & kebajikan. Yang seringkali dipinggirkan oleh jenis yg suka mencipta sinario negatif serta mencari (juga intai2 dan korek2 kejahatan) adalah cari kesejahteraan menerusi kegiatan2 yg menyihatkan jiwa. Sudah sepatutnya difikir & dicari adalah kesejahteraan.
Mungkin itulah juga yg dicari oleh Noor Azizan Paiman, isterinya Suhaila Hashim & adik-adik mereka apabila mereka menghantar kertas cadangan utk mensejahterakan ruang publik Lumut Waterfront yg suatu ketika dulu makin pudar. Apa yg mereka fikir dan cari itu, hari ini mereka dapat.
Apa yg mereka fikir & cari tu?
Mereka fikir & cari ruang karya yg dpt mensejahtera minda, jasad & jiwa diri & publik dalam suasana kampung lengkap dgn romantisma anjung2 terbuka, pohon-pohon kelapa, bukit menghijau, lautan terbentang, bulan mengambang dan angin sepoi-sepoi bahasa. Romantisma ini tidak berhenti di situ. Mereka juga memikir & mencari ruang yg disulam dgn nuansa indie milenial yg berjiwa muda, selamber, santai, bersahaja, jujur, bebas dari nahu2 institusi mahupun korporat, merdeka dari keruh perniagaan nafsu berasas tamak melampau, tersendiri tapi tidak eksklusif, unik tapi inklusif & mesra manusia sederhana.
Mereka memikir & mencari ruang yg terisi dgn perkakasan atau hardware beritual guna-semula objek2 jumpa & terpakai, amalan re-purpose, up-scaling, up-cycle dan D.I.Y. Mereka memacu getar fikir & cari itu dgn rasa syukur merendah tanpa perlu terlalu membongkok sampai bengkok. Mereka angankan ruang hipsterisasi tak menyombong & bebas diskriminasi umur.
Ruang romantisma kampung bernuansa indie mereka itu disulam pula dgn kesadaran alamiah & kelestarian. Sauhnya adalah ruang santai yg dipacu 'Kuasa' utk mengajak pengunjung kembali senafas, se-urat & senadi dgn kuasa alam. Ia memujuk publik utk kembali melestarikan diri dgn persekitaran semulajadi yg makin nazak dibakar tamak.
Alam adalah guru terbaik, denai ilmu lalu yg dpt mengimbangi ilmu2 tahu yg dikutip dari buku & guru. Ternyata alam adalah denai rohani yg membawa manusia kembali kpd fitrah kesaling-bergantungan serta pertautan kuantum sesama manusia, antara manusia dgn alam, dan paling mendasar, manusia dgn Pencipta. Belas alam juga membelas insan, yg menempiaskan Yg Maha Belas. Alam menzikirkan 'BelasKu meliputi segalanya'.
Ekologi sebegini senafas dgn spiritualiti, disantuni dgn istilah 'spiritual ecology' dlm wacana kelestarian sezaman.
Ekologi alamiah adalah innernet yg jauh lebih hebat dari internet. Rangkaian sistem akar dlm bumi itu bertaut & berkomunikasi dgn sistem saraf manusia merentas dimensi fikir yg lojik & linear. Sainsnya berpaksi kemanusiaan & keTuhanan, bukan kebendaan yg memandulkan belas. Keilmuannya dilembut & diinsani dgn budi, rentas sains & seni, imbangi otak kiri otak kanan, rasionaliti & intuisi, fikir & zikir.
Fikir-cari Noor Azizan, Suhaila & adik-adiknya menemukan mereka kpd sebuah habitat sihat yg menjanjikan potensi hari esok, sekarang. Habitat itu mereka jenamakan-semula sebagai LAKAR - Laman Karya Lumut.
Di dalamnya terisi dgn sub2-ruang yg menyajikan santapan jiwa, minda-rasa & jasad yg sihat. Sepanjang 4 bulan lepas, mereka gigih melakarkannya. Yg dilakar menjadi nyata itu akan berterusan. Setakat yg sudah terzahir, adalah petanda2 yg molek. Ada ruang pengisian tentang kesadaran ekologi & alam-sekitar, anjung buku dan membaca terbuka yg mengadap laut & langit biru sambil dihembus bayu selat. Ada ruang utk berkarya dlm bahasa visual & bunyi & tentunya, ruang menjamu selera. Byk lagi yg bakal dilakar. Semuanya adalah kerja2 kuratorial yg perlu menyatu. Yg dikurasikan utk para pengunjung tidak lagi terkepung oleh nahu 4 dinding galeri, tidak lagi dikepung oleh pemisahan2 ilmu yg menipiskan kemanusiaan. Yg bakal dikurasi adalah suatu perjalanan atau pengembaraan rentas-ilmu yg diharap dpt membawa kesejahteraan.
Moga segala yg difikir & dicari oleh Noor Azizan Paiman, Suhaila & adik-adiknya itu dipacu oleh getaran kasih & belas. Paksi kpd fikir & cari adalah getaran yakin & percaya. Yakin & percaya adalah talian terus kpd Yg Maha Belas. Ia adalah tiang kpd segala yg difikir & dicari, termasuklah rezeki.
Kita kirim doa buat LAMAN KARYA LUMUT.
BELAS MEMADAM BELASAH
Belas boleh memadam api 'belasah' dgn berkesan tanpa sebarang bidaah emosi, drama tragedi & aksi2 pukul sampai mati.
Gemakanlah BELAS.
Gemakanlah BELAS.
YG KASIH YG BELAS
YANG KASIH YANG BELAS.
Gitar milik master Yoda @faisalbugg ni membuat jari & jiwa mengalir. Rakam lagu baru utk digubah-semula oleh pemilik gitar. Diharap dpt dinyanyikan oleh @aininahasnul bersama2 dgn sesiapa jua yg mahu menggemakan kasih & belas.
Jika panggilan yg menggemakan belas disambut dingin dgn 'ah', maka timbullah masyarakat belasah. Bukan saja ia membawa kematian insan, ia membawa kpd kematian rasa ihsan & kemusnahan kemanusiaan sejagat.
Yg paling menguji dlm berkasih sesama manusia adalah membelas (memaafkan, mengampunkan, merasa kasihan, melindungi & memberi ihsan). Tak lengkap yg kasih, tanpa yg belas.
YA RAHMAN YA RAHIM
#gemaBELAS #BELASinsan
AMIRA & THE KU OF ZEN GARDEN
Mia in the embrace of ku, karesansui & wabisabi of zen garden.
@amirahasnul
@delly.adeela
@aininahasnul ... and all the mias, ninas & dellys in my life (anak2 murid).
Zen garden teaches us that its not just about knowing & having, its more about being. As we engage in the act of filling in our life, in knowing & having something, we should also engage in emptying, in being nothing(ku, in Japanese).
Always return to that empty nothing state. We do that 5 times a day. We say 'no' (La in Arabic) to all thots, feelings & forms, no to all things (nothingness state) in order to return & b in the embrace of The Most Loving & Compassionate.
But we can only be in nothingness state by excusing our presence & beingness from our thots & feelings (thots and feelings are something not nothing). If they still follow us, let them b, dont feed them, just bare witness. Stay in that nothingness, in the embrace of no beginning no ending, formlesness, timelesness.
Then we can go back and pick up our thots & feelings to start becoming something with a refreshed position.
Thats what abah have learnt from spending hours & hours in such garden in Fukuoka, Kyoto, Yamaguchi, Osaka, Tokyo & off course recently Fuji.
Pray that we, with mama, could travel together again & again & again to enjoy our moments of beingness. Luv u ol.
Friday, 14 December 2018
Thursday, 13 December 2018
TANAM BENIH JUAL BUAH.
Kalau kita yg penat2 teroka tanah & tanam benih, tapi org lain yg jual buah dpt untung menggunung, takpa. Sebab yg kita tanam tu sebenarnya tak boleh dijual-beli.
Monday, 10 December 2018
Sunday, 9 December 2018
BUAT BAIK
Cakap2 yg pandai hanya didengar oleh yg pandai je. Perbuatan yg baik dirasai oleh semua manusia.
BUAT ART
“Hei Hasnul, dah tak buat art ke lagi?"
Adalah sesuatu yg malang jika berseni itu disempitkan hanya kpd 'buat catan' utk dipamer dlm galeri saja.
Adalah sesuatu yg malang jika berseni itu disempitkan hanya kpd 'buat catan' utk dipamer dlm galeri saja.
SUNGAI DEKAT RUMAH TOK CU
Bukan bateri hp je yg perlu kena 'charge' . Ada yg lebih penting yg perlu kena 'charge' setiap hari. Ini lokasi anugerah utk aku 'discharge' & 'charge'. Arus manusia menyedut tenaga, arus dia memulih. Dia pemulih tanpa memilih, tanpa ijazah dan tauliah, tanpa lemak2 & bidaah kata.
Dia adalah mahakarya tanpa perlu label 'karya seni' dari sebarang fatwa jadian. Bila berada dlm habitat dia, lupus segala keperluan palsu utk mendebat, membukti & mendabik diri.
Dia taat mengalir, bertasbih & membersih. Suara dia mengajak aku hilang diri dlm puji-pujian pd Yg Maha Pencipta. Dia teman yg mengajar aku erti 'memaafkan' & 'mengalirkan' . Dia hadiah & keajaiban dari langit, yg tak putus mengajak aku tunduk bersyukur. Sebab itu aku selalu balik ke sini.
Dia sahabat taat & dekat @rumahtokcu.
Saturday, 8 December 2018
NAIK
Kita naik dgn mengangkat satu sama lain, bukan menjatuhkan.
Kalau tak faham, sila belajar kehalusan bahasa Melayu.
Kalau tak faham, sila belajar kehalusan bahasa Melayu.
FROM DESERVING TO SERVING
Perhaps we should start focusing on how can we serve than what we deserve.
Tuesday, 4 December 2018
ADIGURU TANPA JAZAH
UTK ADIK2 BAKAL SENIMAN HEBAT BER'DEGREE'
Amaran tanpa penaja: Catatan ini agak panjang, tidak sesuai utk yg kurang sabar.
"Adiguru osem tanpa ijazah"
Adiguru saya yang paling awal ialah Ayahanda dan Bonda.
Ayahanda dan Bonda saya ialah penanam benih-benih makna dalam diri saya. Mereka membantu saya memBERSIH prisma (akal) saya. Mereka menamakan saya 'yang benar/baik' dan 'yang cantik/indah' - Hasnul Jamal. Sampai sekarang saya bertarung untuk 'memaknakan' nama itu, memainkan bayangan wataknya dalam gelanggang mimpi benda yang sepintas ini.
Ayahanda dan Bonda saya tak pernah masuk mana-mana universiti . Tak seperti anak bongsunya yang sedang menulis ni, yang belajar di satu universiti tempatan dan dua universiti luar negara; juga mengajar serta memberi khidmat di banyak universiti tempatan, termasuklah kini di USM yang bergelar Universiti APEX. Jika bersama dengan mereka, sibuk saya khutbahkan tentang hebatnya USM ni, mahupun segala ilmu baru yang saya kutip. Mereka dengar dan senyum je. "Itu fadhu kifayah, tapi akhirnya kena bawak ke jalan fadhu ain juga" pesan meraka. Ilmu Ayahanda dan Bonda saya tak masuk mana-mana sistem ranking yang berpusat di Eropah.
Dengan segala anugerah dan pengiktirafan mimpi benda yang jenuh dikutip sampai tak muat almari dan dinding untuk ditayang, adakah saya lebih 'berpengetahuan' dan 'berpelajaran' dari mereka? atau hidup saya lebih 'bermaklumat', lebih 'bermakna'?
Dua-dua Ayahdanda dan Bonda saya ni takda Phd, takda Masters, takda Bachelors in apa-apa. Takda pun sebarang specialisation. Bonda saya takda pun Masters of Art macam anak dia yang menulis ni, yang suka riuh sekampung dengan telur dua biji. Tapi ilmu seni Bonda halus juga, dia melakar rekaan baju, merangka deraf baju, memotong, menjahit, menyulam, mengadun, memasang dan banyak lagi yang halus-halus. Semua orang suka sentuhan seni Bonda, termasuklah pokok-pokok yang ditanam, rumah yang dihias dan laman yang digubah. Sentuhan seninya menyentuh kalbu, memBERSIH jiwa. Bonda mengamalkan pelbagai bentuk ilmu seninya dengan istiqamah, atas jalan 'yang benar', sambil kuat berdoa. Dengan ilmu itulah dia menyekolahkan anak-anaknya yang sembilan orang hingga ke universiti.
Apa yang anak-anak (termasuk yang menulis ini) dapat dari sekolah dan universiti yang hebat-hebat tu? Dapat makna? Atau maklumat je?
Ayahanda dan Bonda berguru secara langsung, lisan dan amali. Amalinya pula ditanam (diberi makna) dalam kehidupan seharian. Tok Syeh Noordin mengajar Bonda ilmu Tauhid ketika menanam pokok. Ketika itu juga ditanam ilmu geologi, biologi, ekologi, geografi, astronomi, estetik dan macam-macam lagi, baik sains mahupun kemanusiaan, tak terpisah-pisah.
"Tengok tangan ni, nampak bayang dia. Ada cahaya baru ada bayang. Tangan bergerak, baru bayang bergerak. Kita macam bayang-bayang tu," itu tamsilan Tok Syeh Noordin yang disampaikan pada saya oleh Bonda."
(Petikan dari Blog Jiwa Halus, 23 Februari, 2012)
Ilmu adiguru yg tulen 'makan dalam' walaupun yg menerimanya mungkin lupa atau sesat merapu dlm simpang-siur hidup.
Kini, bila berkarya (dlm pelbagai bentuk seni), saya mohon agar hasilnya menjadi 'bayangan' yg menyingkap makna adanya cahaya.
Adiguru yg tulen, membekal kita yg selalu gelap ni cahaya atas cahaya.
Untuk saya dan adik beradik sekeluarga, ayahanda dan bonda ialah adiguru kami yg 'confirm', super osem!

KENAPA BAPAK SAYA OSEM
KENAPA BAPAK SAYA OSEM?
"Bapak sokong minat saya walaupun tidak secara langsung. Semasa dalam darjah enam, dia bawa saya pergi ke kedai sahabat tauke Cina dia yang dipanggil 'Jin".
"Oiiiii Jin, cat minyak ni bagi murah sikit, anak aku nak melukis."
Waktu itu, saya lebih tertarik pada amoi anak tauke tu dari cat minyak jenama Marries Oil Colour yang diimpot dari China. Ada masanya dia bawa balik papan siling dari kontraktor Cina (yang dibuat dari abuk dan serpih kayu) untuk saya berkarya. Semasa Kak Jo dan Hj Osman upah saya melukis karya pemandangan cat minyak (pada kedua-dua belah permukaan) dengan gaya romantisme ala-Indonesia, dia sibuk congak modal dan bayaran upahnya.......semua sekali 121.00 ringgit. Saya masih dalam darjah enam, mana tahu pasal 'budget' dan 'profit margin' lagi. Hanya tahu nak melukis saja.
Hero ini faham anaknya suka melukis. Dia tak melarang, atau mematahkan. Paling kuat pun nasihat dan pesan, jangan dipuja apa jua yang kita buat.
Bapak adalah kekuatan saya ketika itu.
Tapi itu dulu, waktu dia masih muda dan gagah, dan saya baru mengenal hidup.
Kini, saya dah jadi Pengarah, Profesor Madya, mengajar di universiti APEX. Wah.....patutnya naik merak, takbur dan banggalah ya. Tapi bila balik Raya, semua yang saya kejar dan dapat itu jadi tidak penting bila melihat Bapak, hero saya."
(Blog Jiwa Halus, September 15, 2010.)

KOLAJ MEMORI
KOLAJ MEMORI
Seronok la, intai ramai anak2 yg berjubah rai kejayaan dpt ijazah. Selfie dgn ibu-bapa , keluarga, kawan2 dan para pensyarah sepanjang musim konvo - happy, syukur, osem abih. Yg paling terkesan adalah anak2 di 3 IPTA yg dekat di hati. Lihat gelagat mereka, memori jadi bertindan mcm kolaj. Ia terbang kezaman ketika program2 ijazah yg mereka ikuti itu masih dlm dimensi minda dan rasa beberapa kerat manusia. Setelah cukup rasa, dilimpah pula atas beratus2 peta minda, disusun atas berlapis2 kertas-kerja, dan dihujah-bentang-sampai-suara-lekang berkali2 depan berlapis2 komiti bijak-pandai. Kemudian ia diperbaiki diperhalusi hinggalah mendapat cop restu sebagai program ijazah. Tak terasa langsung ketika itu sedang mencipta memori utk sekarang, utk anak2 ini, ibu-bapa & keluarga mereka, kawan2. Ia indah. Namun, jika kolaj ni manusia, pastinya dia sdg merindui juga doa para pendita yg arif-alim. Doa mereka amat2 diperlukan sekarang.

Subscribe to:
Posts (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...