Pokok, air dan tumbuhan adalah perakam terbaik, kata kawan saya @jeganathanramachandram . Saya tambah dgn binatang (kucing dan ikan). Tempat ni byk merakam. Banyak ide2 osem timbul di sini. Tak percaya tanya tumbuhab, air dan kucing2 tu. Salam kasih buat yg pernah singgah tinggalkan getar fikir dan rasa. Nak rasa getarannya, silalah. Depan #7tingkatpermai
Saturday, 30 June 2018
LEPAS JATUH TIMBUL 'HARAPAN' (AFTER A FALL, HOPE RISES)
SEMINAR PASCA MEE SOTO DI 7TINGKAT PERMAI
TOPIK SEMINAR: Punk & daya-hayatnya dlm arus kapitalisma global, punk sbg stail atau ideologi, zines pra media sosial, gentrifikasi atau urbanisasi atau hipsterisasau?, naratif penyelamat herois yg memerlukan provokasi & penciptaan 'watak jahat', aktivisma politik dlm seni setelah bergelar pemenang & kerajaan, aktivisma sosial touch & go, parodi radikal & berani mati oleh publik dlm media sosial dibanding dgn karya seni tampak dlm galeri, tanda dan makna yg hilang, tanah+air & ibu, let it be. PESERTA SEMINAR: 4 orang pemuzik band pop-etnik, seorang pensyarah, seorang pelukis sepenuh masa, seorang pelukis-usahawanita, seorang tukang kebun. Sekian ringkasan program pasca makan di #7tingkatpermai . Bunyi topik je berat2, tapi takda siapa yg berkerut dahi, semua rilek je. Bebas dari sebarang borang penilaian prestasi & KPI. @sadaborneo @hasanul_isyraf_idris
APA YG AKU NAMPAK DI KEDAI ROZANA'S BATIK?
Friday, 29 June 2018
ROZANA'S BATIK
Ruang yg indah dicipta oleh getaran yg ikhlas, kasih, penuh syukur dan ceria. Yg membentuk sesebuah ruang adalah getaran hati insan yg berkunjung, bukan saja benda. Ini adalah ruang kecil dan 'buah hati' kami sekeluarga. Ia tapak rezeki dan markas menghaluskan jiwa. Ia berjiran dgn Masjid Lebuh Acheh yg lejen. Jika ke Tanjong Penaga atau George Town PPinang, singgah la. Jgn lupa bawa niat yg ikhlas, hati yg penuh kasih-sayang dan fikiran yg terbuka. Itulah rezki terbaik utk kita semua.
(A wonderful space is created and nurtured by the vibes of honesty, love, gratitude and joy. The vibes of a space are created by the vibrating hearts of its visitors, not just things. This small space is our family's 'sweetheart', abode of fine heart and sustenance. Its neighbour is the legendary Lebuh Acheh Mosque. If u happened to b in Tanjong Penaga or George Town, do drop by. Dont forget to bring an honest intention, loving heart and open mind. Those are the best gifts we could ask for.)
Intai di:
https://www.facebook.com/pages/Rozanas-Batik/132136986845116
Tuesday, 26 June 2018
BALIK RUMAH TOK CU
Tanah & rumah adalah penzahiran kasih sayang dan belas tak bersyarat. Ia adalah warisan kasih utk 'cahaya mata' kita, generasi hari ini dan akan datang, merentas masa. Cubalah singkap makna 'cahaya' dan 'masa'. Singkaplah dari jendela kerohanian dan budaya yg halus, mahupun sains.
Sebab itulah rumah utama dimuliakan dengan panggilan 'ibu' rumah. Ibu rumah itu pangkal kpd 'ibu' negeri. Tapaknya dimuliakan sebagai 'tanah-air'. Cubalah pula singkap makna 'air', dari sisi zahir dan batinnya, fikir dan zikirnya. Tanah saja tanpa air tidak akan subur. Tanah-air yg subur, alamnya sentiasa bertasbih, bertahmid, berzikir, bukannya kering dibahang api benci, tamak & haloba.
Balik rumah itu adalah pulang kembali kepada 'fitrah' seperti yg kita rayakan setiap 1 Syawal. Semasa takbir dilaungkan, tanah dan segala tumbuhan serta pokok2 turut serta. Tolonglah jangan dipunahkan kepulangan kpd fitrah itu dgn kesongsangan semiotik yg menghina kemuliaan insan.
Tanah dan rumah itu adalah penzahiran sejarah, amanah dan maruah. Peliharalah dari dilupus oleh mantra bergelar 'pembangunan' & 'pembaharuan' yang tak henti meresah dan memusnah. Bangun dan baharu yg sebenar adalah jiwa yg pulang dgn tenang sebelum pulang hakiki (mati). Pulang itu adalah kpd fitrah, agar dapat kembali-semula menjadi insan baharu yg sejahtera dan mensejahterakan.
Jom, balik rumah Tok Cu.
Monday, 25 June 2018
MAHARAJA BOGEL
HARI RAYA & HANTU RAYA
KAK NORMAH DI #7TINGKATPERMAI
Padam api dgn satu titik air mata keinsafan, partikel bertawaf, DNA berpusar, bertrilion sel, pandangan rentas DNA, kehebatan & rahsia Penciptaan dlm tubuh kita, drum circle, ..... kak @normah_artnest datang, mcm2 ilmu yg dikongsi. #7tingkatpermai
"Kau toksah stress stress nol."
#7tingkatpermai
SELAMAT DATANG KE #7TINGKATPERMAI
Setiap buku ada nada, melodi, jalinan bunyi dan ritma tersendiri. Mengalaminya persis menghayati alunan muzik, yg membawa kita mengembara ke merata daerah minda dan rasa, fikir dan zikir. Semua berputik dari niat. Niat itu pintu, hati itu arah, minda itu alat yg memandu mata. Bacalah secara visual dgn mata hati dan jiwa, bukan secara mengeja dgn mata minda dan benda saja. Itulah rahsia 'iqra'', mencari yg 'haq' dlm kesabaran dan ketekunan. Pengarang adalah juragan kembara, membawa pembacanya meneroka, menguji dan mengenal keluasan getaran minda dan rasa manusia. Banyak daerah, byk rumah, banyak pintu, byk tingkat. Buku hanyalah pintu, yg memandu ke arahnya adalah guru. Guru hanya boleh tunjuk saja, yg beri Hidayah adalah Pemilik segala ilmu. Moga kita sampai ke daerah dan tingkat paling tinggi, tingkat yg sering dimurnikan dgn angka 7 itu. Selamat datang ke #7tingkatpermai
RAK-RAK KOTAK #7TINGKATPERMAI
Antara yg tersimpan di dinding belakang itu adalah beberapa buku yg terkandung esei2 hasil ziarah studio dan temubual saya dgn ramai pengkarya tempatan. Tak semua dpt saya rakamkan dlm buku. Byk 'sumber' yg tak dpt dimuatkan. Semuanya khazanah ilmu yg amat berharga utk saya krn mereka yg saya ziarah itu saya anggap sebagai guru dan sumber ilmu. Tak semua yg dikutip itu dpt dikongsi. Byk yg perlu disunting, ditapis, ditepis. Byk juga yg disimpan dlm hati je. Oleh itu, kpd bakal2 pemegang ijazah yg megah, juga mereka2 yg prasan ilmiah, jika mampu, cubalah jumpa sendiri pengarang, bersemuka, bertukar pandangan, bertanya, bersoal-jawab, berdebat, dgn beradab. Toksah la hanya jadi desk researcher atau keyboard researcher dok main petik perenggan ikut sedap je, atau google media sosial zaman viral kecam mengecam atas nama andaian je. Di dlm rak-rak kotak itu juga ada video temubual yg 'rare' dgn beberapa pelukis kontemporari tempatan, termasuk dgn Allahyarham Redza Piyadasa dan Syed Ahmad Jamal. Yg lain antaranya Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli, Hamir Shoib, Sooshie Sulaiman. Ahmad Shukri & Umi Baizurah dan Anuar Rashid. Naratif zaman getir, simpang-siur sepak-tendang karier, anekdot2 panas dan obat2 pahit yg ditelan sepanjang mrk bergelar pelukis juga terakam dlm video. Belum pernah didedah, dikongsi, ditulis, digoreng, diterbit, ditayang, disembang, diwacana, digosip, dingumpat-kecam atau diviral. Hanya ada di #7tingkatpermai. Kalau nak tengok, selawat la byk2. InsyaAllah. Selamat merayakan kejayaan kembali kpd fitrah, dan hidup penuh permai. Jun 2018.
Sunday, 24 June 2018
FATHER'S DAY WISH FROM DELLY
EVENT ORGANIZER DIRECTOR
Saturday, 23 June 2018
LIBERALISMA SADO & HAK UTK BERHIJAB
Friday, 22 June 2018
Wednesday, 20 June 2018
DELLY DGN BAPAKNYA DI PAGI RAYA
Tuesday, 19 June 2018
LALUAN ZAKAT BAPAK AKU.
ILMU LALU DI RUMAH CIKGU AZIZ
Ilmu lalu lagi osem dari ilmu buku. Di dinding itu lukisan guru aku, cikgu Aziz. Sekitar 1976/77. Itulah antara rujukan seni yg awal utk aku. Masa tu aku tak tau pun apa bendanya teknik pointilism, impressionism, partitive mixing (warna bercampur dlm minda), mood cahaya, warna sejuk panas dan neutral dan segala ilmu buku. Sejauh mana pun belajar, setinggi mana pun ijazah, sehebat apa pun pangkat dan gelaran, anugerah dan hadiah, segala kpi, indeks dan nombor yg dicapai, tidak sama dgn ilmu lalu yg mengajak kita pulang kpd guru2 yg pernah membuka denai awal utk kita. Alfatihah.
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...