Thursday, 7 June 2018

RACISM SUCKS



Nak tanya la, kenapa ya, kempen2 anti-perkauman yg diusahakan oleh org bijak-pandai ni selalunya dpt respon yg bersifat 'perkauman'. 

Contohnya, di atas. Mengusulkan 'ketuanan Melayu' sebagai punca kurang daya persaingan dan punca perkauman, mungkin satu hujah yg boleh dipertimbang dan dibahaskan. Hujah tentang sekolah aliran Cina dan India juga boleh dipertimbang dan dibahaskan. Begitu juga dengan sikap syarikat2 swata Cina terhadap permohonan kerja dari pemohon2 berkelayakan dari kalangan berbangsa bukan-Cina. Boleh dibincangkan. Tapi kenapalah perlu dirosakkan dgn ayat penutup itu? 

Sayang sekali. Ayat itu menstereotaipkan Melayu sebagai bangsa yg selalu tak berpandangan jauh dan malas fikir? Bukankah tanggapan malas pukul rata tanpa bukti2 ilmiah ni terang2 bersifat perkauman juga? Tak baca ke buku "Mitos Bangsa Pemalas"? (The Myth of Lazy Natives)

Kempen 'Racism sucks' dan yg sejenis begini selalu tergelincir menjadi kempen 'fix the blame' (salahkan) bukannya 'fix the problem' (betulkan). Sebab tu kemungkinan besar tak berkesan dan tak berjaya. Malah, mungkin lebih menyeramarakkan lagi api perkauman. 

Issshhhh...

(PS: Cubalah rujuk kajian Lee Hwok Aun & Dr. Muhammed Abdul Khalid, Jabatan Pengajian Pembangunan, UM, Kajian tentang sikap syarikat2 swasta Cina terhadap pemohon2 berkelayakan dari bangsa bukan-Cina. Juga perbandingan dengan sikap syarikat2 swasta Melayu terhadap pemohon2 berkelayakan berbangsa bukan-Melayu. http.www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1464-discrimination-against-hiring-of-Malay-graduate-html)


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...