Wednesday, 20 February 2019

Friday, 15 February 2019

BENDA YG KITA ADA, SIAPA YG KITA ADA.

Benda yg kita ada, tak sama dgn siapa yg kita ada. Hargailah siapa yg kita ada, bukan benda yg kita ada saja.

Tuesday, 12 February 2019

HILANGKAN DIRI

Hilang benci, hilang marah, hilang dendam, hilang tamak, hilang haloba, hilang dengki, hilang angkuh, hilang sombong, hilang takut, hilang kecewa, hilang duka, hilang murung, hilang risau, hilang rungsing.

Tak semua yg kita dapat itu bagus. Lagipun apa yg kita dapat bukanlah diri yg hakiki. Ada masa perlu hilangkan diri.


Monday, 11 February 2019

IBU-BAPA & ANAK2.

Anak2 jarang ikut apa yg ibu-bapa CAKAP. Mereka ikut apa yg ibu-bapa BUAT.

Ibu-bapa susah nak ajar anak2. Tapi mereka boleh dgn mudah beri kasih & belas pd anak2.

KASIH & BELAS yg akan mengajar anak2.

Sekian khidmat pesanan tanpa penaja korporat & politik.

Wednesday, 6 February 2019


HABITAT KUANTUM

Bahasa kuantum dlm seni tradisi Nusantara hadir dari habitat yg melestari, melaras & menghaluskan medan kuantum antara manusia dgn manusia, manusia dgn alam & manusia dgn Yg Maha Pencipta. Apabila itu berlaku, kita didakap BELAS yg tak bertepi. Rezki yg baik2 pun melimpah.

Beberapa minggu lepas saya mula menggetarkan dlm medan kuantum minda saya satu gambaran sebidang kebun mengadap banjaran gunung-bukit-awan-matahari naik. Semalam saya dikurniakan rezeki utk mengalaminya sendiri. Saya berdiri di puncak kebun pertapaan kawan saya, Fauzi (Prof. Madya Dr), mengadap secara alamiah apa yg sebelumnya saya gambarkan. Saya terdiam.

Sekarang, saya buka satu lagi gambaran mengadap matahari naik selepas subuh, berbakti mensejahterakan bumi & penghuninya, berkarya, menggemakan Kasih & Belas Maha Pencipta. Bukalah medan kuantum yg baik2 dgn memilih utk memberi tumpuan fikir & rasa (zikir) kpd apa yg kita suka & mahukan, bukan sebaliknya.

Saya hairan kenapa ramai yg memilih utk memberi tumpuan kpd apa yg mereka tak suka & tak mahu. Fatalistik yg pelik.

Pilih & bukalah pintu medan kuantum yg bawa kita kpd keindahan & kesejahteraan. Itulah doa. Jika ikhlas & yakin, serta baik utk kita & seluruh alam, akan dimakbulkan.






AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...