Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia juga melibatkan sisi2 halus yg tidak bersifat benda atau ketara (tangible). Namun begitu, saya tak tinggalkan ikhtiar rawatan perubatan terkini.
Saya memang terlatih dlm bidang seni halus, sebab tu saya minat meneroka sisi halus dlm hal ini. Ujian penyakit (baik mental, emosional mahupun fizikal) untuk setiap insan itu, tidak sama. Setiap insan diuji ikut kemampuan masing2. Tuhan Maha Tahu kemampuan hambanya, gitulah yg sering dikuliahkan oleh guru2 termasuk arwah ayahanda saya. Oleh itu denai pulih untuk setiap insan, tidak sama.
3 tahun sebelum terima diagnos kanser buah pinggang tahap 4 pada March 2023 tahun lepas, naluri saya sudah terpanggil utk merawat, memulih dan menyembuh diri. Terasa secara intuitif bahawa ada sesuatu yg tak kena dgn saya, dlm 'innernet' saya. Pernah saya mimpi, dimaklumkan oleh sedara dekat yg telah meninggal, bahawa saya ada kanser. Tapi saya buat tak peduli. Dalam mimpi yg lain, kuda terbang yg ada kepak cantik, hinggap ke tingkap rumah, mengajak saya secara telepati utk ikut dia 'naik ke langit'. Saya telepati balik, 'takpala, kau terbanglah dulu, aku ada byk urusan belum selesai'. Pada waktu yg sama, naluri saya terpanggil utk mengusahakan @h3roziarah & @rumahtokcu sbg remedi untuk saya pulih, terutama 'persahabatan' saya dgn rumah tok cu dan sungai sedim berdekatan. Saya hashtag sebagai #senafassenadi #senadirumahtokcu . Byk yg sudah saya kongsi di instagram dan saluran youtube.
Saya kongsi petikan dr jurnal2 perjalanan merawat, memulih dan menyembuh diri. Alhamdullah, saya kini 'complete remission'. Esok saya tak tau, semalam dah berlalu. Tiap sekarang, saya bersyukur pd Allah atas anugerah sihat dan nyawa. Nafas, nyawa, hidup, diam, aman, kasih, belas....terkupas makna2 yg dekat. Bina rumah kampung, tulis jurnal, melukis, gubah lagu, menyanyi, mandi sungai dan mandi hutan, antara remedi halus utk saya.