Wednesday, 20 March 2024

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia juga melibatkan sisi2 halus yg tidak bersifat benda atau ketara (tangible). Namun begitu, saya tak tinggalkan ikhtiar rawatan perubatan terkini. 

Saya memang terlatih dlm bidang seni halus, sebab tu saya minat meneroka sisi halus dlm hal ini. Ujian penyakit (baik mental, emosional mahupun fizikal) untuk setiap insan itu, tidak sama. Setiap insan diuji ikut kemampuan masing2. Tuhan Maha Tahu kemampuan hambanya, gitulah yg sering dikuliahkan oleh guru2 termasuk arwah ayahanda saya. Oleh itu denai pulih untuk setiap insan, tidak sama. 

3 tahun sebelum terima diagnos kanser buah pinggang tahap 4 pada March 2023 tahun lepas, naluri saya sudah terpanggil utk merawat, memulih dan menyembuh diri. Terasa secara intuitif bahawa ada sesuatu yg tak kena dgn saya, dlm 'innernet' saya. Pernah saya mimpi, dimaklumkan oleh sedara dekat yg telah meninggal, bahawa saya ada kanser. Tapi saya buat tak peduli. Dalam mimpi yg lain, kuda terbang yg ada kepak cantik, hinggap ke tingkap rumah, mengajak saya secara telepati utk ikut dia 'naik ke langit'. Saya telepati balik, 'takpala, kau terbanglah dulu, aku ada byk urusan belum selesai'. Pada waktu yg sama, naluri saya terpanggil utk mengusahakan @h3roziarah & @rumahtokcu sbg remedi untuk saya pulih, terutama 'persahabatan' saya dgn rumah tok cu dan sungai sedim berdekatan. Saya hashtag sebagai #senafassenadi #senadirumahtokcu . Byk yg sudah saya kongsi di instagram dan saluran youtube. 

Saya kongsi petikan dr jurnal2 perjalanan merawat, memulih dan menyembuh diri. Alhamdullah, saya kini 'complete remission'. Esok saya tak tau, semalam dah berlalu. Tiap sekarang, saya bersyukur pd Allah atas anugerah sihat dan nyawa. Nafas, nyawa, hidup, diam, aman, kasih, belas....terkupas makna2 yg dekat. Bina rumah kampung, tulis jurnal, melukis, gubah lagu, menyanyi, mandi sungai dan mandi hutan, antara remedi halus utk saya. 












Wednesday, 6 March 2024

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.









Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang ke arah diam dan aman (kediaman) - yg makin lupus dihakis arus bendaisme, hanyut dibawa pestarisasi. Juga globalukasi, urbanisasi, hipsterisasi, gentrifikasi, pesta lumba2 kejar nama, 'diplacement' dan mungkin juga dekonstruksi perca moden serta pretensi seni konseptual kontemporari yg kononnya berat fikir. Menara jam tinggi yg pernah meneduhkan kedai bonda selama 20 tahun itu kini sudah jadi 'lokasi' untuk 'seni'.

Dua hari lepas aku ziarah dia. Senyum lebar wirawati ini menyambut kedatangan aku dgn tangan mendepa luas, memeluk erat dan mencium pipi ku berkali-kali, bawa aku kembali pulang dari segala  kehanyutan serta tahyul kesenimanan.

@h3roziarah #h3roziarah #h3ropulang #h3ropulangtelukintan #h3ropulangketelukintan #h3rosedekad

SURAT DARI ANGKASA

























REMY

Kami ucap terima kasih dan tahniah  kerana bawa kami ke langit utk baca surat cinta kpd ayahanda dan bonda kamu. Kami cair diangkat terbang ke angkasa untuk didakap tempias kasih & belas Pencipta. Asyik brader. Projek ini ada byk potensi utk bawa kpd pelbagai lapisan masyarakat dan komuniti, terutama luar bandar. Ini contoh osem penerokaan seni visual luar lingkaran tepu. 

Ya, kami maklum bahwa kamu membesar dgn Planetarium
Negara KL, tempat bonda kamu bertugas. Balai cerap dan kubah tayangan di situ sudah menjadi spt rumah kedua kamu semasa kecil, berjirankan sistem suria, planet, bimasakti, buruj, galaksi, kulster dan pelbagai penghuni angkasa. Dari kecil, kamu dah kenal byk jenis penghuni angkasa ini. Ia juga menjadi galeri seni utk kamu menikmati dan menghargai mahakarya seni Agung Ciptaan Tuhan - alam semesta yg luas. Utk itu, kamu perlu bersyukur dan berterima kasih pada Bonda kamu. 

Bagusla, kamu berangan mahu semua anak2 terutama di ceruk2 kampung utk dpt rasa nikmat terbang meneroka angkasa dan alam semesta, sambil mengkagumi dan mendekati Tuhan tanpa paksa. Itu satu hasrat yg jernih. Kami amat faham, tidak semua anak2 ini terutama dari keluarga miskin, yg mampu ke Planetarium Negara di KL. Juga, tidak semua kampung mahupun sekolah mampu memiliki kubah tayangan yg mahal itu. 

Oleh itu, usaha kamu mencipta kubah geodesik utk tayangan karya kamu yg bersifat mudah-alih, murah, ringan, boleh disimpan dan dipasang di mana-mana lokasi termasuk di kampung2, amatlah dialu-alukan. Apatah lagi kamu melakukannya dgn wang saku simpanan sendiri, tanpa bantuan kewangan atau geran dari mana2 pihak. Kamu juga mengusahakannya ketika kamu dlm pengajian, tanpa pasukan yg besar dan hebat. Ia satu ikhtiar yg patut diraikan, diberi sokongan dan galakan. Begitu juga usaha kamu menghasilkan satu karya seni video berseni tentang angkasa yg menyentuh kalbu, terutama bila ia diserikan oleh surat kamu kpd kedua ayahanda dan bonda. Angkasa bukan hanya data dan fakta saintifik semata2, tetapi juga penzahiran keagungan dan kehebatan Ciptaan Tuhan yg indah berseni, penzahiran Kasih dan BelasNya.

Bila kami menyaksi betapa seronoknya anak2 sekolah menikmati kubah tayangan yg kamu pasang itu, hati kami tersentuh dan amat gembira. Dapat dirasai mereka terserap masuk dlm pengalaman ke angkasa, hingga terzahir pula dlm lukisan2 mrk. Mereka bukan hanya penonton atau audien yg pasif. Mereka dpt menghayati karya kamu. Ini kerana karya kamu berbicara dlm bahasa sejagat yg dpt menyentuh sanubari setiap insan. Ternyata, usaha kamu itu memberi kesan intrinsik pada jiwa mrk. Nah, itu sendiri sudah buktikan bahawa hasil seni yg halus dpt diserap dan dialami dgn bermakna oleh pelbagai lapisan masyarakat umum, termasuk anak2 kecil di lokasi2 kampung2. Audien seni bukan hanya terkepung dlm lingkaran tepu para elit seni, dgn budaya galeri kelas atasan, bahasa seni kononnya tinggi, retorika buat2, aksi jadi-jadian dan wacana ilmiah yg tak dpt diakses oleh masyarakat umum terutama di kampung2. Seni yg halus yg bagus itu bergerak bebas, jauh dan masuk menyerap semua. 

Kami dikhabarkan bahawa projek kamu mendapat respon yg menggalakkan dari beberapa pihak, termasuk jabatan mufti, unit falak dan sekolah2 sekitar Kota Bharu Kelantan. Kamu sudah mendapat jemputan utk memasang kubah geodesik dan menayang karya video kamu itu di beberapa lokasi lain. Ini bermakna projek kamu itu bukan 'one-off' atau 'touch & go'. Ia lestari dan dpt terus hidup sambil dikemaskini dan dimantapkan lagi.

Kami berdoa agar kamu terus tekun dan istiqamah dlm membawa projek kamu ini ke lokasi2 dan komuniti lain yg memanggilnya, sambil memanjangkan lagi jangkauan surat dari angkasa kamu itu.

Syabas.

Salam dari kami
HASNUL J SAIDON
ANDERSON EE





MALAY BLUES

The best thing is, you donno who's gonna pass-by, take a break & start grooving. We dont chase, we attract. Here, most appointments were made in heaven. We groove with the flow, savouring moments. So true to @rozanasbatik spirit - a place where u (visitors from all over the world) are the artists/performers. We co-create with u. This is a little studio-gallery-shop with a big warm heart. Narrow five-footway with a wide friendly embrace. 

Today we had 'Malay Blues' with Dominique from Germany, unrehearsed. Enjoy.

Sunday, 3 March 2024

CRITICAL & CIRIT

Bila seorang karyawan kontemporari nak cover-line cuba memberi justifikasi, berhati-hati. Boleh berbelit2, putar sana putar sini, hingga sembelit otak. Dari 'critical' boleh jadi 'cirit'.

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...