REMY
Kami ucap terima kasih dan tahniah kerana bawa kami ke langit utk baca surat cinta kpd ayahanda dan bonda kamu. Kami cair diangkat terbang ke angkasa untuk didakap tempias kasih & belas Pencipta. Asyik brader. Projek ini ada byk potensi utk bawa kpd pelbagai lapisan masyarakat dan komuniti, terutama luar bandar. Ini contoh osem penerokaan seni visual luar lingkaran tepu.
Ya, kami maklum bahwa kamu membesar dgn Planetarium
Negara KL, tempat bonda kamu bertugas. Balai cerap dan kubah tayangan di situ sudah menjadi spt rumah kedua kamu semasa kecil, berjirankan sistem suria, planet, bimasakti, buruj, galaksi, kulster dan pelbagai penghuni angkasa. Dari kecil, kamu dah kenal byk jenis penghuni angkasa ini. Ia juga menjadi galeri seni utk kamu menikmati dan menghargai mahakarya seni Agung Ciptaan Tuhan - alam semesta yg luas. Utk itu, kamu perlu bersyukur dan berterima kasih pada Bonda kamu.
Bagusla, kamu berangan mahu semua anak2 terutama di ceruk2 kampung utk dpt rasa nikmat terbang meneroka angkasa dan alam semesta, sambil mengkagumi dan mendekati Tuhan tanpa paksa. Itu satu hasrat yg jernih. Kami amat faham, tidak semua anak2 ini terutama dari keluarga miskin, yg mampu ke Planetarium Negara di KL. Juga, tidak semua kampung mahupun sekolah mampu memiliki kubah tayangan yg mahal itu.
Oleh itu, usaha kamu mencipta kubah geodesik utk tayangan karya kamu yg bersifat mudah-alih, murah, ringan, boleh disimpan dan dipasang di mana-mana lokasi termasuk di kampung2, amatlah dialu-alukan. Apatah lagi kamu melakukannya dgn wang saku simpanan sendiri, tanpa bantuan kewangan atau geran dari mana2 pihak. Kamu juga mengusahakannya ketika kamu dlm pengajian, tanpa pasukan yg besar dan hebat. Ia satu ikhtiar yg patut diraikan, diberi sokongan dan galakan. Begitu juga usaha kamu menghasilkan satu karya seni video berseni tentang angkasa yg menyentuh kalbu, terutama bila ia diserikan oleh surat kamu kpd kedua ayahanda dan bonda. Angkasa bukan hanya data dan fakta saintifik semata2, tetapi juga penzahiran keagungan dan kehebatan Ciptaan Tuhan yg indah berseni, penzahiran Kasih dan BelasNya.
Bila kami menyaksi betapa seronoknya anak2 sekolah menikmati kubah tayangan yg kamu pasang itu, hati kami tersentuh dan amat gembira. Dapat dirasai mereka terserap masuk dlm pengalaman ke angkasa, hingga terzahir pula dlm lukisan2 mrk. Mereka bukan hanya penonton atau audien yg pasif. Mereka dpt menghayati karya kamu. Ini kerana karya kamu berbicara dlm bahasa sejagat yg dpt menyentuh sanubari setiap insan. Ternyata, usaha kamu itu memberi kesan intrinsik pada jiwa mrk. Nah, itu sendiri sudah buktikan bahawa hasil seni yg halus dpt diserap dan dialami dgn bermakna oleh pelbagai lapisan masyarakat umum, termasuk anak2 kecil di lokasi2 kampung2. Audien seni bukan hanya terkepung dlm lingkaran tepu para elit seni, dgn budaya galeri kelas atasan, bahasa seni kononnya tinggi, retorika buat2, aksi jadi-jadian dan wacana ilmiah yg tak dpt diakses oleh masyarakat umum terutama di kampung2. Seni yg halus yg bagus itu bergerak bebas, jauh dan masuk menyerap semua.
Kami dikhabarkan bahawa projek kamu mendapat respon yg menggalakkan dari beberapa pihak, termasuk jabatan mufti, unit falak dan sekolah2 sekitar Kota Bharu Kelantan. Kamu sudah mendapat jemputan utk memasang kubah geodesik dan menayang karya video kamu itu di beberapa lokasi lain. Ini bermakna projek kamu itu bukan 'one-off' atau 'touch & go'. Ia lestari dan dpt terus hidup sambil dikemaskini dan dimantapkan lagi.
Kami berdoa agar kamu terus tekun dan istiqamah dlm membawa projek kamu ini ke lokasi2 dan komuniti lain yg memanggilnya, sambil memanjangkan lagi jangkauan surat dari angkasa kamu itu.
Syabas.
Salam dari kami
HASNUL J SAIDON
ANDERSON EE
No comments:
Post a Comment