#BELASalam dan #BELAShaiwan dlm projek tahun akhir Seni Halus UNIMAS. Ini hasil kerja seramik Zaitun Syaffiyah, yg membelas langit dlm gerimis. Ia mengingatkan kita kpd keceriaan bermain kapalterbang kertas semasa zaman kanak2. Imaginasi kita terbang bersama sekawan burung. Instalasinya rumit tapi diusahakan dgn tekun. Kualiti kerjanya halus. #didikjiwahalus #fsgk #unimas #cipta2018
Monday, 30 April 2018
REFLEKSI PRA-CIPTA : LUCY
Arca seramik dan media campuran Lucy pekat dgn nuansa rumah panjang Iban, walaupun dipersembahkan dlm nahu galeri kontemporari. Olahan jalinan kasar dan warnanya yg perang matang membawa kita ke dimensi alam yg sunyi, mistikal, magis dan penuh dgn mitos serta misteri. #didikjiwahalus #fsgk #unimas #cipta2018 #belaswarisan
REFLEKSI PRA-CIPTA 2018 : MESHEL
Projek oleh Meshel ini mengajak audien utk berinteraksi dlm menghasilkan corak mandala secara kolektif. Ia boleh dilanjutkan utk menjadi sebahagian dari aktiviti komuniti yg menyihatkan. Aktiviti visual yg dilakukan bersama boleh membina pertautan batin dan zahir yg lebih mendalam. Ia mencipta corak yg bergema (resonate). #didikjiwahalus #fsgk #unimas #cipta2018
BEWARE OF SUCH HERO(T).
REFLEKSI KARYA PRA-CIPTA 2018 : AIMANUDDIN
REFKEKSI KARYA PRA-CIPTA 2018 : JACKLIN
Sunday, 29 April 2018
REFLEKSI PRA-CIPTA : APA YG KITA TANAM, TUMBUH
Projek kamu bukan hanya benda. Ia adalah getaran fikir dan rasa kamu. Kamu hantar dan tanam fikir serta rasa sepanjang mengusahakannya. Jika yg dihantar dan ditanam itu baik2, yg baik2 la yg tumbuh. Gitulah sebaliknya. Apa yg kamu hantar dan tanam, kamu dpt balik. Simpel je.
REFLEKSI 'MENGEMBARA DALAM BELAS' : FOKUS
"Whatever u chose to focus on mentally & emotionally, will b your reality." Sessi tayangan & pemurnian 'Mengembara Dalam Belas'. #didikjiwahalus #gemabelas #belasalam #belasinsan #H3RO #makbapakakuosem #menuakitai #fsgk #unimas
Thursday, 26 April 2018
REFLEKSI 'MENGEMBARA DLM BELAS' : BALAS DGN BELAS
"Tanyala diri sendiri, adakah projek yg saya hasilkan ini setimpal dgn pengorbanan mak dan bapak yg membesarkan saya selama ini. Perhati betul2 projek tu, dan tanyala, mcm ni kah saya membalas kasih sayang mereka?" Sessi tayangan & pemurnian 'Mengembara Dalam Belas' mlm tadi dgn para pelajar seni halus UNIMAS yg osem. Anda ialah 'cahaya' utk 'mata-hati'. #didikjiwahalus #gemabelas #belasalam #belasinsan #H3RO #makbapakakuosem #menuakitai
IJAZAH BUKAN HANYA UTK CARI KERJA
"Soalnya bukanlah nak kerja apa bila sudah ada ijazah nanti? Soalan yg paling mendasar adalah, apakah yg boleh aku sumbangkan pada kedua ibu-bapa, keluarga, jiran tetangga, komuniti dan masyarakat, sekarang?" Sessi tayangan & pemurnian 'Mengembara Dalam Belas'. #didikjiwahalus #gemabelas #belasalam #belasinsan #H3RO #makbapakakuosem #menuakitai #fsgk #unimas
Wednesday, 25 April 2018
REFLEKSI PRA-CIPTA : MASA DEPAN DICIPTA SEKARANG 2
HANNAH DI #7tingkatpermai
"Saya Hannah, calon sarjana di UMS. Saya sedang buat kajian khusus tentang karya2 prof yg melibatkan projeksi dan pemetaan video. Saya guna teori semiotik utk analisis. Boleh saya datang dgn kawan utk temubual dan kumpul data?" "Ok, datang ke #7tingkatpermai ."
"Bilakah encik mula menggunakan medium elektronik dan digital dlm berkarya?" tanya Hannah. Saya jawab, "bila saya rasa dunia catan itu terlalu predictable dan selesa." #7tingkatpermai
"Siapakah yg paling mempengaruhi encik?" tanya Hannah. Saya jawab, "Selain dari ibu-bapa, orangnya ialah Ismail Zain. Depan awak tu adalah komputer yg pernah dia gunakan sekitar tahun 1988 dan 89 utk menghasilkan siri karya digital yg terawal di Malaysia." #7tingkatpermai
"What do you think about the electronic and new media art scene in Malaysia now?" Hannah asked. "I don't give much thinking about it anymore," I replied. #7tingkatpermai
"Pencapaian?" "Antara pencapaian yg paling menggembirakan saya ialah merangka-bersama program sarjana muda seni visual di UMS yg menghasilkan lulusan seperti awak." #7tingkatpermai
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...