Monday, 28 November 2011

HIJRAH KEMBALI KE TANAH TOK TIMAH (RETURN TO TOK TIMAH'S LAND)



Tanah Tok Timah adalah lapangan hijrah untuk kembali kepada fitrah. Ia adalah tapak persinggahan untuk kita menzikirkan tasbih alami sebagai bekalan abadi para pewaris jiwa. 

Penzahirannya bakal merentas jarak masa 48 purnama, namun perjalanan batinnya telah dimulakan oleh Tok Timah dan hijrah Opah Rabeah lebih seratus tahun dulu. Ia juga adalah wasiat kasih seorang Tok Taha (bekas kadi Balik Pulau) kepada isterinya Tok Timah, dan Tok Timah kepada cucu-cucunya Jamaliah dan Suyah. 

Sama-sama kita menyuburkan wasiat, amanah dan benih kasih ini hingga tiba waktu kita pula dipanggil untuk kembali berhijrah ke alam hakiki. 

 
Tok Timah's land is a space for transformation and return to our true nature. It is a transit site for us to invoke the vibration of the universe within us, as an eternal supply for our inheritors. 

Its manifestation will cut across 48 months, but the spiritual journey was planted by Tok Timah and Opah Rabeah about 100 years ago. Is is also the 'will' of Tok Taha (used to be the 'kadi' of Balik Pulau) to his wife Tok Timah, and Tok Timah to her grandchildren Jamaliah and Suyah. 

Together we seek to nurture the will, trust and seed of love until our time to journey beyond this dream of form.

 

Untuk hijrah kembali kepada pemBANGUNan hub kreatif berasaskan konsep kelestarian jiwa Islam-Melayu, klik

(For a return to the awakening of a creative hub based on the Islam-Malay concept of sustainability, click)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/11/hijrah-kembali-kepada-fitrah-dan.html 

Untuk wasiat dari Hijrah Tok Timah dan Opah Rabeah, klik  
(For reference to Tok Timah and Opah Rabeah's journeys, click the following:)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/04/moyang-saya-tok-timah.html

Saya pernah terlibat menghijrahkan sebuah muzium dan galeri di USM, juga sebuah kereta buruk 1974 Toyota Corola KE 20, tanah dan rumah lama tak pernah lagi. Klik blog berikut  
(I used to be involved in transforming a museum and art gallery in USM, also an old 1974 Toyota Corola KE 20, but not a piece of land and an old house. Click the following blog)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/04/kurang-hujah-banyak-hijrah.html

Juga hijrah sebuah rumah kerajaan 
(also transformation of an old government quarters) at https://www.facebook.com/media/set/?set=a.150939281616558.27779.100001014620306&type=1

Jagalah wasiat dan maruah warisan kita 

More pictures at 

Thursday, 24 November 2011

KEBUN KATA DAN RUPA DI CENANG

Berkebun kata
Cenang bakal dikenang, bukan kerana terlampau banyak aksi tayang, tapi kerana Bicara dan Bengkel Seni anjuran LAVAA (Langkawi Artists Visual Art Association) pada 18 dan 19 November lepas. Saya dijemput jadi fasilitator, bersama seniman otai Langkawi, Salleh Dawam. Terima kasih la LAVAA, sudi jemput saya berkebun kata dan rupa. Anda semua memang lawa-lawa belaka di hati saya.

Bersama Salleh Dawam. Satu penghormatan.
Dua orang kuat LAVAA, Khairuddin dan Azizi
Saya kongsi ya, kalau tak setuju takpa, tolak je elok-elok ke tepi.

LAVAA ada banyak potensi. Saya doakan. Saya tanam ilmu, moga-moga dapat berbuah jadi ilmu yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat. Terima kasih bagi saya peluang tanam saham. Saham dalam bentuk wang-ringgit saya tak bijak bermain. Duit pun Allah bagi saya dalam bentuk yang sangat sederhana, Alhamdulillah. Tapi saya syukur tak terhingga kerana kaya dengan persahabatan. Doa sahabat adalah rezeki paling 'rock' sekali.

Dalam bulatan ilmu. Moga cahayanya bergema.
Alone (kiri sekali) bekas anak murid di UNIMAS bersama para peserta yang lain. Adik yang tengah tu, saya dah lupa nama, tapi bondanya datang jumpa saya ucap terima kasih selepas bengkel. Nazri yang paling kanan juga antara seniman tegar di Langkawi.
Khairuddin (yang sedang bercakap).....angkara dialah yang dijadikan sebab oleh Allah membawa saya ke Cenang, Langkawi.
Kak Zu, sedara dekat saya, yang lama dah tak jumpa. Ditakdirkan, jumpa semula dalam Bengkel ni. Rezeki Allah.
Dua orang penting. Mel (sebelah kiri) amat berbakat dan sekarang ni pelukis sepenuh masa yang berkarya di Kompleks Kraftangan Langkawi. Mr. Lim (rasanya itu nama dia) adalah pemilik sebuah galeri di Kuah, juga melukis, selain dari memiliki kedai cermin mata.

Saya kongsi ilmu tentang tenaga kreatif dari frekuensi cahaya alam. Pintunya niat, kuncinya, jika orang Islam, pada syahadah, jalannya pada tutur (zikir), pembawanya adalah pernafasan. Penzahirannya pula adalah 7 warna jasad batin dan jasad fizikal.

Kita adalah penyerap dan pemantul tenaga. Kita adalah sebahagian dari cahaya. Kita adalah cahaya. Sebagai orang Islam, pancarkan cahaya iman, insyaAllah. Pancarkan menerusi apa jua yang kita zahirkan, termasuklah karya seni.  Kalau menerusi karya seni, kita pancar menerusi warna, menerusi garisan, menerusi rupa, menerusi bentuk, jalinan, ruang dan permainan terang gelap. Pancaran fizikal elemen ini hanyalah bayang pada cahaya batin kita.






Saya tulis 'orang putih' sat, (tak payahlah nak mendabik-dabik semangat kebangsaan depan saya. Lebih molek ambil semangat kemanusiaan dan kesejagatan).


"Colors are energies that come in a range of frequencies measured in angstrom unit. The frequencies we called colors are only a small a part of 'emf' or electro-magnetic field. The energy comes from the sun light. Colors are a part of the phenomena of light. Light is energy. It vibrates, radiates in waves (and particle forms simultaneously). There are higher energy (halus) and lower energy (kasar), seen as a range (in Islamic tradition, referred to as tingkatan or stages or levels). Higher energy encompasses our mind and feeling (mental and emotional state), lower energy is read as our physical experience and reality. Even higher energy can now be measured and quantified (brain wave). But there are even much higher (halus) energy (light) beyond mind and emotion, according to several spiritual traditions. We are a part of the phenomena of light. Heck, we are light! Unfortunately most are veiled (dihijab) or like Buddha used to say, sleeping. We need to be awakened, unveiled and 'enLIGHTened! The pre-requisite is to dissolve that thing called ego (illusion of self), the key is breathing. It balances our frequencies, radiates our colors."



"Each and everyone of us emits and absorbs energies all the time. They can be stable, or unstable, or fluctuating up and down"

"Colors are just a small fraction of the electro-magnectic frequencies (emf) or energy emitted by the Sun. They represent a small fraction of what we assume as 'reality'. We need to experiencing a 'reality check'."

"Stabilize our (colors) frequencies, our energy, emit healing light. The key is breathing. Set our intention, affirm by uttering. Let lose, let the energy flows within. Less thinking and rationalizing, more intuition and raw instinct. Improvise."

"We  absorb and emit energies through our body parts and through our chosen extended medium. What are we absorbing and emitting?"

"All the improvised lines and visual markings are shadows or reflections of our own state of energy/frequency. What is the raw state of our energy? Our patterns? Are they flowing, broken in parts? Whole? Fragmented? Heavy? Light? Sure? Uncertain? Fluctuating? Stable? Monotonous? Diverse? Strong? Weak? Aggressive? Soft? As visual artists, we see these in all the lines and other markings that we put on a surface. What are we looking at?"

"All the time, the 'reality' around us is showing us a portrait of ourselves, as transmitted or visualized through lines, shapes, and all forms of markings. We are witnessing 'an experience of what is assume as reality by .........(our name)"

"Again, set up your intention, affirm by uttering and let go. Let the universe do its job."

Itulah serba sedikit dapat dirakam, selebihnya kena ikut serta saya berkebun lagi pada masa akan datang, jika ada rezeki. InsyaAllah.



Paling indah adalah bengkel terbuka di Pantai Cenang. Alam berbicara dengan kita. Kita boleh dengar, jika kita diamkan minda ke'aku'an yang bising itu, dan redakan rasa ke'aku'an yang berkocak. Akal dan rasa hanyalah jalan, bukan destinasi. Saya menyerap dan memantul cahaya alam di Cenang, bersama isteri, anak-anak dan kawan-kawan. Kami semua 'hilang'kan diri untuk meresap masuk dalam fitrah serta kehebatan cahaya penciptaan alam. Kami berkebun rupa, menanam cahaya, menzahirkannya dalam karya. 

Kami menjadi satu dalam kesatuan ikatan persahabatan simfoni pantai Cenang.


Ada lagi gambar di
https://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/media/set/?set=a.238577439519408.58500.100001014620306&type=3

KEBUN BUNYI DI LANGKAWI

Kebun Bunyi menggetarkan frekuensi persahabatan sesama insan, dalam simfoni alam di pinggir jalan berdagang Pantai Cenang.

Cenang semakin tak 'senang'. Tahun 1983 masa saya pernah bertandang ke Langkawi buat pertama kali dulu, Cenang lengang. Kemudian sekitar 1987/88 saya datang lagi, Cenang mula naik miang, dengan beberapa chalet kerdil. Jalan nak ke Cenang pun masih tanah merah dan perlu berjuang dengan kenderaan pacuan empat roda.
 

Sekarang Cenang sangat girang mengira wang. Berkat sampuk globalisasi, ramai pelancong dan pelencong mari. Saka sumpahnya telah dipadamkan oleh Tun Dr. Mahathir, sebab tu ramai orang Langkawi masih berterima-kasih dan menghargai jasa dia. 

Cenang yang meriah wang boleh buat getar jiwa tak tenang. Mana taknya, cenang juga semakin ghairah dengan banyak aksi tayang. Warisan pula bila-bila saja boleh ditipis menjadi produk tontonan dan komoditi untung-rugi, jika berdagang tanpa paksi.

Apa yang berlaku di Cenang persis gergaji dua mata, melabur dan meleburSaya ringkaskan dalam formula bukan matematik....h(ABU)an.

Didoakan agar Cenang, Langkawi dan penghuninya sentiasa dilindungi Allah. Antaranya termasuklah para sahabat dari Langkawi Artists Visual Art Association (LAVAA) yang rajin ber'cenang-cenang' di pinggir kaki lima sepanjang jalan berdagang di Cenang. Mereka namakannya Medan Seni. Saya namakan medan tenaga untuk berkebun rupa dan berkebun bunyi. Saya singgah berkebun bunyi.

Saya berkebun bunyi dengan Abang Salleh Dawam, seniman tegar yang otai di Langkawi, Alone (bekas anak murid di UNIMAS), Li, Nina(anak bongsu saya) dll rakan,

Berkebun bunyi mengizinkan kita berkongsi 'getaran jiwa', merapatkan silaturrahim, memecah benteng ke'aku'an agar diri hilang menjadi sebahagian dari kehebatan getaran rasa ceria, girang dan cinta yang tidak berjasad, tidak berlabel, tidak bernama, tidak berpangkat. 

Malah, getar bunyi adalah frekuensi emf yang paling awal menyimbah dan membesarkan kita ketika masih janin dalam rahim bonda.  Warna jasad batin kita disuburkan oleh bunyi yang digetar oleh bonda kita, sebelum ia menjadi jasad zahir. Bonda kita adalah pekebun jiwa yang awal.  

Setiap kita pula adalah 'cahaya'(mata) yang dizahirkan dari benih rasa kasih serta cinta (tidak bersyarat) antara ayahanda dan bonda. Cahaya kasih ini adalah bayangan (kasar) kasih Yang Maha Pengasih. 

Cahaya inilah punca getaran, membentuk pelbagai frekuensi (warna), yang dizahirkan menjadi bentuk jasad kita yang fizikal. Kita adalah sebahagian dari getaran bunyi dan getaran rupa(batin dan zahir). 

Marilah kita menjadi pekebun bunyi dan pekebun rupa yang menyerap dan memantul/menggetarkan kelestarian alam semesta, di mana jua kita berada.

Jika diluputkan segala 'aturan terlalu formal', tanpa pura-pura, tanpa label dan pangkat, tanpa perlu mengada-ada, akan mengalirlah tenaga kreatif. Jika dibuka pula kepada semua agar sesiapapa pun boleh masuk dalam gelombang kebun bunyi(open basking), dibiarkan mengalir sendiri (improvisasi), jasad batin yang keras pun boleh cair dan sihat. 

Berkebun bunyi menggetarkan jiwa halus agar belajar bersinergi dengan getaran alam. Bukalah dengan syahadah dan cinta. InsyaAllah, ia akan membunga atau menzahirkan halwa telinga yang enak lagi berkat dunia akhirat.

 

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...