Tuesday, 27 October 2020

ILMU TANPA AMAL

Tolong berhati-hati dgn ilmu yg diajar oleh guru yg tidak pernah mengamalkannya. 

Monday, 7 September 2020

PENGENALAN SENI ELEKTRONIK DAN MEDIA BARU DARI SISI PERIBADI SEORANG PENGKARYA



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamulaikum wbt.

Salam sejahtera. Selamat pagi. Apa khabar semua. Salam kasih dan belas dari saya buat semua yg menonton. Saya mohon kita semua tanam niat dan doa agar majlis ini berlangsung dgn lancar dan selamat, kita semua dpt Petunjuk dan Hidayah dari Allah, dapat ilmu yg membawa berkat dunia dan akhirat.

Saya mulakan dgn Kijang Emas

Kita sudah terlalu lama, bersembunyi di sebalik tembok dgn kijang peliharaan. Lincah tapi amat pendiam, suaranya tak bisa kita dengar, cuma sesekali, mersik amat. Ketika musim hujan mencambahkan, benih-benih rumput, di tengah2 belantara yg jauh. Seperti terkesan kembali, jejak2 pemburu, di sepanjang denai, yang telah lama ku tinggalkan.



Kawan2 semua yg saya kasihi. Izinkan saya, Hasnul J Saidon, memperkenalkan seni elektronik dan media baru yg telah saya terokai dan tekuni sepanjang 30 tahun yg lepas. Pengenalan ini adalah pengenalan yg dekat di hati, dari sisi peribadi. Pengenalan ini mengambil masa selama 1 jam 15 minit.

 


Saya mulakan dengan kembali kpd tradisi bercerita menerusi lukisan atau visual. Tradisi ini disebut sebagai the tradition of picture recitation oleh seorang pengkaji bernama Victor Mair. Tradisi sebegini sudah wujud di rantau Asia termasuklah di wilayah Nusantara sejak berkurun-kurun lamanya.

 


Inilah akar seni elektronik dan media baru. Dalangnya duduk di tengah, di pusat, menjadi perantara yg menghubung antara cerita dengan penonton. Gelanggangnya berbentuk arena dgn akses dari pelbagai sudut 360 darjah.

 


Di dalam cerita, tertanam nilai-nilai intrinsik dari kosmologi Nusantara - yg menghubungkan sesama manusia, manusia dgn alam, manusia dgn Pencipta.

 Sesungguhnya, media baru, bukanlah benar2 baru. Ia sudah wujud dalam tradisi Nusantara.

 


Kita rujuk beberapa interpretasi tentang seni elektronik dan media baru.

 


Seni elektronik merujuk kpd karya-karya yg menggunakan media elektronik dan digital sebagai cara utama untuk penghasilan dan persembahan karya. Di Malaysia, seni elektronik sering dikaitkan dengan media baru, dgn seni video sbg teras, berkembang pesat sekitar 1990an sebagai sebahagian dari projek2 rentas disiplin dan persembahan di lapangan.

 


Ia juga dipanggil seni komputer, seni digital, kolaj digital, cetakan digital, seni atas talian, seni sesawang, seni siber, seni infromasi dan seni data.

 


Perkataan madya berasal dari bahasa Sanskrit, yg membawa maksud di tengah, pusat. Ia juga dirujuk sebagai madyas, madyos, medius dlm bahasa Latin, mid dlm bahasa inggeris.

 


Madya juga dikatikan dgn sesuatu yg sederhana atau moderate dan ‘Pertengahan Emas’ atau ‘Jalan Tengah’ yg digalakkan oleh Buddha dan Bhagavad Gita dlm tradisi Hindu.

 


Dlm tradisi ini, madya dibaca sebagai Kesedaran Tahap Paling Tinggi, sebagai hakikat diri dan kalbu. Dlm konteks ini, madya itu ‘nadi’ atau denai dlm mana timbul dan mengalirnya arus aliran tenaga dalaman.

 


Ini mengingatkan kita kpd ‘inner-net’ - satu sistem rangkaian arus aliran tenaga dlm diri kita sendiri. Ada dua arus yg saling melengkapi - sistem saraf dan sistem darah. Kedua sistem ini bersinergi dgn rangkaian nadi atau denai yg sama pada alam semulajadi, pada bumi. Sinergi ini membina satu pertautan atau perhubungan simbiotik antara manusia dengan alam.

 


Kawan-kawan semua, saya kenalkan, Anuar Rasyid. Seorang rakan dan pelukis yg saya kagumi. Satu hari, dia dtg ke USM, meninjau Muzium & Galeri Tuanku Fauziah. Dia bertanya, “selain jadi Pengarah kat sini, kau masih mengajar ke Nol?”. Ya, saya jawab. “Mengajar apa?” “Media baru”. “Apa tu”. “Menggunakan komputer utk buat art” saya jawab. “Komputer ya. Ok, apa asas bahasa komputer?” dia tanya. Saya jawab, “0 dan 1, bahasa binari”. “Apa dia 1 dan 0 tu?”dia tanya lagi. Saya kata, “Yes and No”. “Bukanlah!” dia sergah. Saya pun tanyalah, “Abis tu apa dia?” Anuar mengambil sebatang pen dan sekeping kertas. Dia angkat pen, menggerakkan pen itu ke atas ke bawah sambil berkata

 


“Satu, satu, satu…”. Kemudian dia letak pen atas kertas dan melukis bulatan, sambil berkata, “takda mula, takda akhir. Dia mengulangi gerakan pen ke atas ke bawah sambil membuat bulatan. “Apa dia Nol, yang Satu, takda mula takda akhir? Yang Satu, takda mula takda akhir?” Saya kata, “mcm surah Al-Ikhlas je?” Dia tengok muka saya, senyum. Itulah asas binari, bahasa komputer 1 dan 0. Saya tersentak. Selepas itu saya sering nampak 1 dan 0. Saya nampak pada tengkolok yg diletak dikepala. Pada lilitan serban.

 


Saya nampak pada struktur air dlm bentuk ais. Air adalah asas kehidupan.


Pada daun pokok betik di kebun saya.


Pada mata manusia, pada buah-buahan.


Pada siput. Satu, takda mula takda akhir. 1 dan kosong.


Pada lingkaran dan lengkungan FIbonacci, yg terhasil dari urutan nombor Fibonacci dan kadar banding emas.


Lingkaran dan lengkungan ini ada di mana, dari sekecil-kecil partikel sub-atomik di dimensi kuantum hingga ke janin manusia, bunga, awan, tumbuhan, galaksi


Pada semua makhluk yg dicipta.




Pada gerakan planet2 ke gerakan siput di kaki lima.


Pada dasar lautan hasil karya ikan buntal,


Pada bunyi di sekeliling kita.


Pada hulu keris.


Gema gelombang 1 dan 0, satu tiada mula tiada akhir, ada pada seni ukiran tradisi


Pada tebar layar bumbung rumah tradisi




Pada rekacorak Arabesque dan yg paling utama, pada diri kita manusia.

 


Saya kembali kpd makna nadi dan madya tadi. Manusia itu sendiri adalah denai - madya. Kita adalah penghubung, pengantara, antara langit dan bumi, antara kelahiran dgn kematian, yg zahir dan yg batin, dunia dan akhirat.

 


Kawan2 yg saya kasihi. Apa ciri2 utama, sifat2 utama, karektor utama ‘madya’ ini?

Adaptif dan modular

Anjal dan berpusat-penonton

Serentak dan pelbagai sudut pandang

Tidak berurutan

Interaktif dan dinamik

Saling terkait, saling bergantungan

Rentas-bidang - penyatuan sains dan seni, teknologi dan budaya

Terangkai

 Ini juga ciri2 kognitif yg ada pada cara sel-sel neuron otak kita berfungsi.

 




Ciri2 ini mengajak kita berganjak dari melihat dunia hanya dari segi material atau kebendaan kepada mengalami kesedaran dari segi mental, emosi dan kerohanian. Anjakan dari paradigma media massa yg dipacu oleh modenisma dan fahaman benda kepada paradigma media baru, telah berlaku sepanjang 30 tahun yg lepas.

 


Ada yg menerima, ada yg menolak, ramai juga yg tak sedar dan tak peduli. Ada yg untung, ada yg rugi. Ada yg ikut, ada yg ketinggalan. Ada byk isu, byk polemik, byk persoalan.

 


Persoalan2 ini ditinjau, diselidiki, dianalisis, diperinci, diulas dan diwacanakan menerusi pelbagai teori yg saling terkait dan bersilang-silang.

 


Sepanjang 30 tahun yg lepas juga, saya cuba melayarinya. Bagaimanapun, utk perkongsian hari ini, saya paparkan ringkasannya dalam bentuk peta. Mungkin boleh saya perincikan dalam perkongsian berasingan yg lebih khusus tentang teori.

 


Saya lebih suka mencari pertautan dan titik temu antara teori2 yg merentas bidang yg berbeza.

 


Di peringkat lokal, saya berguru dengan Ismail Zain, Redza Piyadasa, Sulaiman Esa, TK Sabapathy dan Zainol Abidin Sharif. Esei2 mereka menjadi asas dan pra-syarat utk sebelum mengenali Seni Elektronik dan Media Baru.

 


Saya harus berterima kasih kpd Ooi Kok Chuen atas liputannya terhadap beberapa penglibatan saya dalam memacu seni elektronik dan media baru. Saya juga merujuk esei-esei Ray Langenbach, Wong Hoy Cheong, Zanita Anuar, Baharuddin Arus, Nasir Baharuddin,Tengku Sabri dan Ismail Abdullah. Kesemua mereka ini saya kenali, dan pernah bekerja bersama dlm beberapa projek.

 


Niranjan Rajah menjadi sahabat baik dan guru teori yg sgt dekat di hati. Niranjan ialah rakan seperjuangan dalam bidang ini. Adakalanya terasa hanya kami berdua saja yg penat mendayung.

 


Penulis-penulis generasi seterusnya juga turut saya tekuni. Mereka mewakili generasi susulan yg telah memberi sumbangan penting dalam membina modal ilmu untuk bidang seni elektronik dan media baru. Penulisan mereka amat berguna dan bermanfaat utk dirujuk. Selain menulis, mereka juga giat sebagai kurator.

 




Hasil-hasil penyelidikan di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan phd dalam bidang seni elektronik dan media baru juga turut tumbuh. Antara pemacunya awalnya adalah UNIMAS, MMU dan CENFAD, diikuti USM, UMS, UPSI, ASWARA, UiTM, UniKL dll. Ini antara pelopor dan pemacu susulan yg terkait dgn seni elektronik dan media baru di universiti-universiti tempatan. Seringkali saya melihat diri sebagai yang di antara mereka ini.

 




Adakalanya menjadi perantara, penghubung. Itulah makna media, dan madya. Yang di antara.

 


Ini termasuklah mendepani bidang seni secara amnya sebagai perantara atau penghubung antara bidang-bidang kemanusian dgn bidang-bidang ilmu sains dan teknologi. Ia menuntut perubaan dan anjakan dari bersifat disiplinari kpd rentas disiplin, menyantuni-semula ide tentang penyatuan ilmu yg sudah wujud dalam tradisi, menekuni-semula tradisi dan kearifan lokal serta wilayah Nusantara, menggunakan metafora taman terhadap pertumbuhan institusi ilmu, menyatukan sains dan seni, meneroka lapangan yg masih belum diterokai, memperkasakan kajian budaya dan meninjau isu-isu yg sering diketepi.

 




Saya mendepani bidang seni halus atau seni visual juga sebagai perantara atau penghubung bidang-bidang seni yang lain seperti muzik, filem dan televisyen, rekabentuk, drama dan teater.

 


Yang di antara, atau madya, telah tumbuh dlm diri saya sejak kecil.

 


Kawan-kawan semua, izinkan saya membawa anda kembali ke dekad 1980an. Ketika inilah, perantaraan yg merentas dan menghubung, bahasa dan media telah berputik. Saya bermula dengan bahasa catan - melukis catan dengan menggunakan cat minyak dari China yg dibeli oleh ayahanda saya di atas kepingan2 papan siling. Selain catan, saya meminati filem, terutama filem fiksyen sains. Selain filem, saya berjinak dgn bahasa muzik, termasuk mencipta lagu dgn lirik yg ditulis sendiri.

 


Bahasa yg saya gemari adalah bahasa komik. Walaupun ayahanda saya seorang ustaz, guru agama, imam, guru Quran, dia tidak pula melarang atau mematah minat saya.

 


Walaupun saya menghormati dia, dan juga menggeruni dia kerana adakalanya dia garang, saya amat suka melukis karikatur ayahanda.

 


Begitu juga dgn bonda saya. Juga semua abang-abang dan kakak-kakak saya. Saya ialah manusia yg amat bertuah dikurniakan dgn ayahanda dan bonda yg amat istimewa dan amat memahami. Mereka adalah sauh, air ketika dahaga, tongkat ketika rebah.

 


Mereka berdua HERO saya yg sejati.

 


Saya mengalami, melalui, mentafsir dan memaknakan didikan serta kehidupan bersama mereka menerusi bahasa komik.

 


Realiti komik lebih santai dan jenaka.

 


Saya amat meminati jenaka, baik yg absud dan slapstik, mahupun yg pintar-lucu.

 




Keluarga saya menjadi sumber ide. Gelagat mereka menjai sumber ilham. Lat, Mishar, Rejabhad, Jaafar Taib adalah rujukan dan idola saya. Sifat rebel dan anti-establishment juga saya rakam menerusi bahasa komik.

 


Ketika di UiTM dari tahun 1984 hingga 1988, saya belajar dgn barisan guru-guru yg terbaik. Pada saya, mereka ketika itu ialah idola & hero saya juga. Mungkin ketika itu ramai dikalangan mereka baru pulang dari menuntut di luar negara, masih muda, masih bertenaga dan bersemangat menumpahkan ilmu. Saya manusia yg amat bertuah dikurniakan dgn guru-seperti spt mereka.

 


Saya juga amat bersyukur krn menjadi saksi kpd ramai pengkarya hebat dan unggul, yg muncul utk memacu arena seni visual tempatan pada dekad 1990an dan seterusnya. Saya berada di tempat yg sama di mana benih-benih kehebatan mereka mula berputik. Saya mengkagumi karya-karya mereka, walaupun ketika itu mereka juga masih sedang menuntut. Karya-karya mereka yg awal ketika bergelar pelajar, melekat dlm hati. Aktiviti-aktiviti kreatif seperti AD PROECTION membuatkan saya lebih tertarik kpd ciri-ciri antara, perantaraan, perhubungan dan pertautan antara disiplin-disiplin seni yg berbeza.

 


Saya terus menggubah lagu dan menulis lirik puisi, mempersembahkanya dlm byk gig2 kecil merata kampus.

 


Saya dipinjamkan buku “Art Without Boundaries” oleh guru seni cetak, Ponirin Amin. Buku itu mencairkan fahaman memisah misah antara bidang-bidang khusus dlm seni halus. Saya juga digalakkan meneroka bahan oleh Fauzan Omar, yg kemudiannya mempelopori kaedah expanded media dalam seni catan. Guru seni elektronik dan media baru saya yg pertama ialah Kamarudzaman Mat Isa, pensyarah seni reka industri. Guru seni elektronik dan media baru saya yg kedua ialah Ismail Zain. Dia juga guru lukisan.


 

Karya-karya kolaj digital Ismail Zain, amat meninggalkan kesan yg mendalam, walaupun ketika itu saya tidak begitu faham. Kitab kecil dia berjudul Kolaj Digital saya baca, juga tidak begitu faham. Ismail Zain guru yg amat dekat di hati. Saya telah banyak menulis tentang dia. Malah, penyelidikan saya yg terkini, bertitik tolak dari tulisan dan pengajaran dia.

 


Setelah keluar dari UiTM pada tahun 1988, saya di uji dlm bidang seni persembahan - meliputi seni teater, rekabentuk produksi, gubahan lagu ,muzik, lakonan dan arahan. Saya dan dua orang lagi rakan saya, Taufik Abdullah dan Fauzin Mustafa, berguru pula dengan Normah Nordin dan Najib Nor di Centre Stage Performing Arts. Saya berguru dgn mereka menerusi ilmu lalu - praktis. Kami menjadi krew produksi, terlibat sebagai pengarah seni dan pereka set utk beberapa teater produksi Centre Stage.

 


Antaranya termasuklah Kotak-Kotak, arahan Najib Nor. Untuk Kotak-Kotak, kami mengamalikan ‘art without boundaries”, dgn mencipta set persembahan persis sebuah karya instalasi yg besar.


 

Kami menggunakan ruang parking sebagai pentas, dgn para pelakon bergerak di bawah kain rentang yg besar.

 



Seterusnya teater Nostalgia Lagu Ku yg mengimbas kembali cerita belakang pentas kumpulan Bangsawan. Saya menyanyi, menari dan bermain muzik. Saya kutip ilmu seni lakon dari Fauziah Nawi, ilmu seni tari dari DIda Malik dan ilmu menggubah lagu dari Iryanda Mulya.

 


Najib Nor datang ke rumah sewa saya dan Fauzin mengatakan beliau mahu melimpahkan set pentas dengan air. Ini untuk teater Kota Ibu Kaya arahan Normah Nordin, dgn skrip dan dialog berasaskan puisi-puisi para pemuisi hebat tempatan ketika itu. Adegan kemuncaknya adalah banjir kilat di kawasan warga miskin bandar pinggir kotaraya. Kami terpaksa mencipta pentas sendiri untuk menghasilkan kesan banjir, memanggil bomba utk mengepam dan membuang air selama tiga malam berturut-turut di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka.

 





Kemudian kami duji lagi. Kali ini oleh Ismail Zain. Dia meminta kami membina set yg dilukis dgn komputer Macintoshnya. Untuk beberapa kali, kami ke rumah Ismail Zain, malah pernah bermalam. Di situ, kami ditarbiah hingga lumat oleh Ismail Zain. Namun ada upah. Upahnya, adalah projek membina set dan props untuk teater arahan Nordin Hassan berjudul “Cindai’. Dari situ, saya dan rakan-rakan berjumpa dengan pelakon-pelakon teater yg hebat seperti Ahmad Yatim, Rahim Razali dan Zulkifli Zain.

 


Setelah lulus ujian, kami dihadiahkan dgn sokongan dan bantuan penganjuran pameran berkumpulan kami yg pertama berjudul 4 Persepsi pada tahun 1989. Untuk 4 Persepsi, kami membawa gagasan expanded media Fauzan Omar, meneroka bahan-bahan baru dalam pengolahan catan.

 


Kami juga menjadikan 4 Persepsi sebagai medan perantara dgn seni gerak dan tari, seni muzik dan puisi. Di situ, kami membina pertautan dgn insan-insan dari bidang-bidang seni yang lain spt Dida Malik, Marion D’Cruz, Eddin Khoo, Rafique Rasyid, Hasan dan Markiza.

 


Berbekalkan ilmu dan pengalaman kerdil tadi, saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada penghujung tahun 1989. Di sana, saya bersemangat dan giat berkarya.

 


Di Amerika Syarikat juga saya menguji diri, sambil berdepan dgn paradoks lokal-global. Segala sentimen modenisma Melayu dikejut dan disentak oleh wacana multibudaya, pasca-kolonial, penjajahan teknologi media, kesan dan kuasa representasi dan kuasa ilmu, globalisasi dan ekonomi pasaran bebas, semiotik dan kecelaruan makna, teori chaos, teori kuantum dan sains baru, isu-isu gender yg kelabu, feminisme, dekonstruksi, kuasa jenama dan arus pemasaran, konsumerisma melampau dan kritikan terhadap budaya komoditi dan budaya tontonan. Segala pelampong dan tempurung selesa utk saya berpaut dan berlindung selama ini, pecah.

 


Di Amerika Syarikat, saya berguru dgn Neil Rolnick seorang pakar seni bunyi elektroakustik dan digital, Branda Miller, pakar video komuniti, Miroslav Rogala, pakar seni instalasi video, Barton & Priscilia McLean, pakar muzik elektro-akustik.

 


Saya terjemahkan segala yg dialami di sana dlm karya-karya seni video antara tahun 1991 hingga 1993. Saya hasilkan “Post-Colon” utk merakamkan polemik yg saya depani, sebagai seorang budak Melayu pekan di Malaysia yg tercampak keluar dari keselesaannya.

 


Saya juga menghasilkan “Return of A Native” karya video dan instalasi yg amat berbekas hingga kini. Untuk karya ini, saya bergelut dgn makna menjadi seorang Melayu di persada dunia. Saya tersepit di antara Barat dengan Timur, antara pemodenan dengan tradisi. Saya juga baru bergelar seorang suami dan seorang bapa. Untuk video ini, setting masanya adalah pada tahun 2020. Dalam setting masa itu, naratifnya disampaikan secara simbolik oleh anak sulung saya Adeela, yg ketika itu baru berusia 6 bulan. Adeela saya kiaskan sebagai masa depan, yg menoleh semula ke masa silam ketika bapanya bergelut antara TImur dan Barat.

 


Karya ini memenangi hadiah juri untuk satu festival filem di Atlanta, Amerika Syarikat. Kemenangan tersebut menjadi pemankin buat diri saya. Saya mula yakin dgn kemampuan diri untuk bersaing di peringkat global tanpa bergantung kpd sebarang bentuk keistimewaan, bantuan dan keselesaan. Ia juga menjadi bukti bahawa ilmu yg saya perolehi dari guru-guru di UiTM adalah amat berguna dan bermanfaat. Saya juga menghasilkan versi instalasi dgn tajuk yg sama, dalam ruang bilik tertutup, menggunakan dinding yg tersisi dgn kolaj akhbar di luar Negara dgn pesanan dari ayahanda saya dalam bentuk tulisan jawi di atasnya.

 


Menerusi kelahiran Adeela, saya mula melihat diri sebagai sebahagian dari keseluruhan yg amat kompleks. Adeeela menjadi potret diri saya yg disalin-semula. Dia menjadi amanah. Pada waktu yg sama, saya menjadi lebih peka dgn pelbagai kesan kemusnahan terhadap alam sekitar dari sikap rakus manusia. Hasil dari sentimen ini adalah karya “Witness”. Saya menggunakan gabungan video gelagat Adeela, foto-foto lama dari ayahanda dan bonda saya dan petikan dari surat-surat yg sering dihantar oleh ayahanda ketika saya di Amerika Syarikat.

 


“In The Precious Garden” adalah karya tesis sarjana saya di Amerika Syarikat. Karya tesis ini menjadi pentas untuk saya menghubung dan mendamaikan antara Barat dgn Timur, menggunakan asas-asas hukum fraktal spt yg ada dalam rekabentuk Arabeque Seni Islam dalam proses penyuntingan video dan pemecahan elemen masa. Persembahannya menggunakan tiga monitor tv, dengan teks puisi yg ditulis dan dibentang di atas lantai, yg perlu dibaca sambil bertawaf, bersama bunyi keliling dari petikan ayat2 AlQuran tentang kejadian manusia.

 


Apabila saya pulang semula ke tanah air sekitar 1994, latarnya byk telah berubah.

 

Saya mula melihat diri dan umat manusia semakin tercungap-cungap untuk bernafas dalam gelombang pasca-modenisma, dikejutkan oleh ombak globalisasi dan gelombang teknologi informasi, diresahkan oleh sampuk ekonomi pasaran bebas. Sentimen wilayah Asia pula ditandai oleh usaha mendepani globalisasi tanpa mengorbankan ciri-ciri kewilayahan dan ketempatanan. Latar di peringkat kebangsaan ditandai dgn paradoks, penuh dgn dekonstruksi itu ini, yg kesemuanya berputik pada lewat 1980an.

 


Ketika ini juga saya melihat karya-karya cetakan digital Bahaman Hashim dan Ponirin Amin. Saya juga melihat karya-karya awal Suhaimi Tohid yg ketika itu masih sedang menuntut. Sayaberkolaborasi dgn seorang pelajar, Norazizan Paiman untuk sebuah karya video eksperimen berjudul “Bernafas Dalam Lumpur”.

 


Ketika ini saya sering khuatir, dan marah
-marah, tetutama terhadap candu budaya tontotan dan konsumerisma melampau yg membuta dan menggelapkan hati. Saya jadi panas, keras, tajam, kecewa dan sinis. Karya-karya yg terhasil setelah pulang ke tanah air, byk merakam sikap dan sentimen ini. Antaranya adalah karya “Kdek!KDek!Ong! yg telah byk kali dipamerkan, termasuk di China dan Australia. Ia juga sudah byk ditulis dan diulas, juga dirujuk para pelajar seni, hingga adakalanya saya jadi jemu. Karya ini mewakili sentimen saya terhadap kejumudan fikiran dan keselesaan berada dlm perlindungan yg palsu.

 


Saya menggunakan animasi katak hijau cuba melompat2 keluar dari kepungan skrin tv yg memenjaranya. Apabila melihat semula karya ini, saya sering merasa, bahawa, walaupun secara fizikal byk yg berubah di negara ini, secara mental dan emosional, byk juga yg masih sama.

 


Karya “Mirror2 on the Wall” merupakan sindiran sinis saya terhadap kecenderungan melihat hanya kepada kecantikan palsu, bukan melihat kebaikan. Saya menggunakan wajah Vincent Van Gogh, pelukis Belanda era impresionis yg saya kagumi, sebagai watak animasi dlm karya. Van Gogh yg jujur dalam berkarya itu, terpaksa mengukir senyuman palsu sambil mengenyit-genyitkan mata di belakang cermin di atas pelamin, untuk dilihat, dinobat, diangkat dan ditabal sebagai cantik dan bernilai komersial.


 

“Something Fishy” pula merakamkan sikap saya terhadap kepuraan-puraan dan kemunafikan, terhadap bagaimana manusia masih diperangkap oleh persepsi berasaskan warna kulit dan latar etnik semata-mata. “A Fictional Dialogue” merakamkan sentimen saya terhadap kehilangan jati diri dlm kancah siaran media massa. “The Screening” pula merupakan komen sinis tentang cara bagaimana sesebuah karya seni visual itu ditapis, disaring, dihakimi.  

 


Saya juga terus terlibat dgn kolaborasi rentas bidang dgn rakan-rakan pengkarya yg lain. Ini termasuklah projek “Jambori Rimba” bersama dgn Barton dan Priscilia McMclean. Projek interaktif ini melibatkan instalasi 5 stesyen muzik yg membolehkan penonton menghasilkan bunyi-bunyian hutan sambil imejan mereka digabung dgn imejan dari hutan di skrin besar.

 


Saya mengusahakan konsert multimedia bersama-sama dgn rakan pensyarah dan pelajar di UNIMAS. Konsert ini menghubungkan para pelajar dari pelbagai bidang seperti seni halus, grafik, sinematografi, rekabentuk industri, teater, muzik dan pengurusan seni. Ia melibatkan penggunaan elemen video dan lukisan digital, dengan gubahan muzik yg menggabungkan elemen muzik rakyat dan muzik tradisi Nusantara bersama muzik rock balada. Kandungan persembahan berdasarkan puisi-puisi kritikan sosial terhadap peristiwaperistiwa semasa, dgn menggunakan watak-watak dlm sastera lama sebagai metafora. Pengalamannya amat dekat di hati.

 


Saya juga mengusahakan karya “Fashion Parade” pada tahun 1995 yg kini dlm koleksi Balai Seni Lukis Negara. Karya ini merakamkan pembacaan dan sentimen saya terhadap kesan gelombang pasca moden dalam arena seni visual tempatan. Utk karya ini, saya menghidupkan semula dua pelukis ikonik Barat era impresionis - Van Gogh dan Gauguin menerusi animasi digital. Sebahagian dari cara mereka melukis diterap dlm karya, merakamkan pertembungan dua aliran fikiran yg berbeza dlm seni visual.

 



Karya ini dipamerkan dalam Pameran Solo saya yg pertama bertajuk HYPErview. Dalam pameran ini, saya mengumpulkan karya-karya seni video, seni digital interaktif, instalasi video dan cetakan digital. Pameran solo saya yg pertama ini menjadi antara penanda utama dalam karier saya sebagai seorang pengkarya. Ia merakamkan pembacaan dan sentiment saya terhadap amukan ‘pandangan’ atau ‘views’ yg bersimpang-siur dalam kancah ledakan teknologi komunikasi dan informasi. Ia juga merakamkan beberapa polemik yg melingkari amalan seni elektronik dan media baru ketika itu.

 



Karya
-karya lain lewat 1990an lebih berbentuk instalasi dgn elemen video. Ini termasuklah “Lang Ke We” yg merakam sentimen saya terhadap pembangunan pesat yg berlaku di Langkawi. Pada saya, perubahan di Langkawi merupakan contoh terbaik untuk melihat kesan-kesan yg dibawa oleh globalisasi, ekonomi pasaran bebas dan konsumerisma. Saya melihat perubahan yg berlaku dgn mata yg sinis.

 


Karya “KipASAPi” pula merakamkan reaksi saya terhadap reformasi. Saya membacanya sebagai pertembungan dua aliran atau arus media - media massa yg kerjanya mengipas, dan media atas talian, yang kerjanya mengapi. Hasilnya adalah rakyat yg makin mabuk menyedut asap gabungan dari kipas dan api. Di lantai, saya taburkan daun-daun durian yg kering, dgn efek bara di bawahnya. Satu set tv diletak ditepi taburan daun dgn imej kipas. Satu set komputer meja dgn akses kpd internet, diletak di atas permaidani kecil di sisi yg lain. Imej lilin sedang terbakar dipancar pada skrin plastik di atas taburan daun. Durian yg runtuh tiada dalam ‘setting’. Yg ada cuma lilin terbakar.

 


Sementara itu, seni video semakin berkembang di Malaysia. Antaranya pemacu awal yg lain ialah Liew Kungyu, Baharuddin Arus dan Ray Langenbach. Golongan pelapis mula muncul, terdiri dari bekas anak-anak murid saya seperti Faizal Zulkifli dan Zulkifli CHe Haris. Seni cahaya dipacu antaranya oleh Syed Alwi yg menggunakan LED sebagai medium berkarya. Wong Hoy CHeong menghasilkan karya-karya seni  video yg menyoal semula pembacaan sejarah. Niranjan Rajah pula dengan seni atas taliannya.

 


Di UNIMAS, dari 1994 hingga 2000, saya bertuah kerana dikurniakan rakan-rakan seperjuangan yg saling menyokong antara satu sama lain. Ini adalah senarai nama-nama yg penting dlm karier saya. Mereka membantu saya menggerakkan Bahagian Seni Halus yg kecil di UNIMAS, untuk menjadi bahagian yg aktif mencerna karya-karya yg gigih mendepani zaman.

 



Karya
-karya para pensyarah dan pelajar UNIMAS pernah dipamerkan dlm pameran Xplorasi di Galeri Petronas. Pameran Xplorasi turut diulas oleh Redza Piyadasa dalam buku pameran Rupa Malaysia. Ia juga menjadi antara pameran perintis seni elektronik dan media baru yg awal di Malaysia.

 



Karya2 ciptaan para pelajar tahun akhir pula dipamerkan dalam pameran CIPTA di beberapa lokasi sekitar bandar Kuching. CIPTA adalah nama manja yg saya berikan sebagai jenama yg diharap dapat terus hidup subur merentas zaman di bumi Kenyalang.

 


Barisan pelapis mula terbentuk. Di luar UNIMAS, saya berkenalan dgn insan muda yg hebat, Muid Latif. Beliau secara solo, gigih mempelopori aktivisma seni atas talian menerusi Digital Malaya. Muid yg terlatih dalam bidang seni halus, bijak menggabungkannya dengan bahasa grafik yg ditanam dengan nilai-nilai budaya tempatan. Muid untuk makluman semua, meninggal dunia ketika kita dikepung oleh Covid19 pada bulan April lepas. Alfatihah. 

 


Beberapa pelajar perintis UNIMAS kemudiannya melanjutkan pelajaran, antaranya pulang utk berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti tempatan dan kurator di beberapa instusi seni. Antaranya termasuklah Anuar Ayob, Ling Siew Woei, Helena Song, John Hii, Fairuz Majid, Alizam Hasan dan Safrizal Shahir. Karya-karya mereka ketika di tahun akhir, menjadi antara perintis awal utk seni elektronik dan media baru.

 


Malah, karya-karya mereka pernah dipamerkan dlm Pameran Rupa Malaysia yg dikuratorkan oleh Pedya Piyadasa. Himpunan karya-karya para pensyarah dan pelajar UNIMAS juga pernah dipamerkan dalam edisi ketiga Asia Pacific Triennial di Brisbane, Australia. Sumbangan mereka telah menjadi asas utk pembinaan modal ilmu bagi bidang seni elektronik dan media baru. Beberapa karya mereka pernah saya jadikan sumber utk beberapa esei yg diterbitkan dalam akhbar Berita Harian.

 


1st Elecronic Art Show pada tahun 1997 menjadi pameran seni elektronik peringkat kebangsaan yg pertama dianjurkan oleh Balai Seni Negara. Pameran ini diharap dapat menjadi titik penanda yg penting dalam perkembangan seni visual Malaysia. Ia diusahakan secara bersama antara saya dengan rakan karib Niranjan Rajah, dgn sokongan dari beberapa pengkarya yg ketika itu aktif menekuni bentuk-bentuk seni yg baru dan mencabar. Ia diiringi katalog cetak dan atas talian berciri hypertext yang terisi dgn teks yg disediakan oleh saya dan Niranjan, hasil dari penyelidikan kami selama 3 tahun tentang amalan seni elektronik dan media baru di Malaysia ketika itu.

 


Pameran 1st Elektronic Art Show disusuli oleh Pameran Flow, juga anjuran Balai Seni Negara. Pameran ini terisi dgn karya2 seni elektronik dan media baru oleh para pengkarya dari dua negara – Malaysia dan Australia. Pameran ini dikuratorkan oleh Zanita Anuar bersama Wayne Tunicliff dari Australia. Pada Pameran yang sama, turut dilancarkan E-ART ASEAN ONLINE, sebuah portal komuniti atas talian untuk para pengkarya seni elektronik di Asia Tenggara.

 


Sementara itu, karya-karya seni video semakin byk dihasilkan oleh pengkarya tempatan. Ini termasuklah Masnor Ramli, Ahmad Fuad Osman, Hayati Mokhtar, Nadiah Bhamadaj, Nur Hanim Khairuddin dan Sooshie Sulaiman. Mereka ini merupakan antara nama-nama penting yg telah membawa karya-karya mrk hingga ke peringkat antarabangsa.

 


Karya-karya saya seperti “hABUan” menjadi wahana untuk saya terus memberi reaksi terhadap kesan dari ledakan ekonomi pasaran bebas yg sering dipacu oleh syarikat-syarikat trans-national.

 


Saya terus melibatkan diri dgn karya-karya kolaborasi seperti “Antara Semangat” bersama-sama dgn Luiz Algreti, Normah Nordin, Najib Nor dan Dida Malik.

 



Antara Semangat menggabungkan wayang kulit, makyong dan opera klasik German dalam satu pentas piramid 3 tingkat di tengah-tengah antrium Balai Seni Negara. Ia juga melibatkan pancaran video, termasuk pemprosesan video secara langsung ketika persembahan. Antara Semangat, mengembalikan kita semua kepada tradisi bercerita secara bergambar, dalam bentuk penyatuan atau convergence pelbagai bahasa visual dan aural. Ini termasuklah bahasa bunyi, suara dan muzik, tari dan gerak yg kesemuanya sudah bertapak di wilayah Nusantara sejak berkurun lamanya.

 

Antara Semangat juga menjadi pentas pertembungan dan penyatuan dua budaya yg berbeza, dari dua benua dan wilayah yang berlainan.

 


Pertembungan Timur dan Barat ini juga saya garap menerusi instalasi video “Borrower of Light”, yg bertitik tolak dari pembacaan saya terhadap konsep cahaya mengikut bacaan tradisi dan moden.  



Ketika ini saya byk dipengaruhi oleh pembacaan  terhadap tulisan AlGhazali serta sumber-sumber dari bidang fizik kuantum. Saya menggabungkan pentas wayang kulit dengan projeksi video.

 


Perkembangan seni elektronik dan media baru makin menarik dgn kemunculan beberapa pengkarya tegar yg memperkenalkan kaedah dan pendekatan yg lebih terkini, termasuklah penggunaan elemen interaktif dlm persembahan karya. Antaranya termasuklah Roopesh Sitharan, yg bukan saja berkarya tetapi byk membuat penyelidikan dan penulisan yg kritikal berkaitan dgn seni media. Beliau membaca media baru sebagai satu enigma dlm mendepani tafsiran kita terhadap konsep ilmu itu sendiri. Dalam karya ini, beliau mengusik penonton dgn menggunakan skrin LED dan kamera kecil yg merakam serta memaparkan silvet penonton pada permukaan berbingkai yg kelihatan seperti sebuah karya catan. Pada masa yg sama, wajah beliau diletakkan pada silvet kepala penonton. Ini memecahkan hubungan pasif antara penonton dgn catan, apabila catan itu sendiri seakan sedang melakukan juga aksi melihat. Pengkarya muda yg lain ialah Lim Kok Yong, yg gemar meneroka persoalan-persoalan metafizik menerusi instalasi media beliau. Ini termasuklah yg berkaitan dgn kelahiran dan kematian.

 


Institusi-institusi pendidikan tinggi juga giat mempekemaskan penawaran bidang-bidang berkaitan seni elektronik dan media baru. Hasil-hasil projek pelajar sering memaparkan penerokaan kreatif dan berani yang merentas bidang. Perkembangannya makin dipacu oleh kerjasama dan kolaborasi merentas negara menerusi rangkaian hubungan atas talian yg giat.

Seni elektronik dan media baru pasca 2000 menjadi perantaan atau pentas hubungan untuk berlakunya penyatuan pelbagai bahasa tampak. Ini termasuklah penerokaan dgn bahasa seni bunyi, persembahan dan teater, galeri, televisyen, grafik, pengiklanan, seni bina, muzium, warisan dan pengaturcaraan komputer.

Antara pemacunya yg aktif termasuklah

Kamal Sabran dgn seni bunyinya.



Haris Abadi dgn pemetaan video dan augmented reality.



Goh Lee Kwang dgn gabungan seni bunyi dan imejan.



TC liew dgn instalasi video interaktif.


Syafiq Samad dgn eksplorasi gabungan bunyi dan visua
l interaktif.

 


Mereka ini boleh dianggap sebagai antara pengkarya yg berperanan juga sebagai perantara, merujuk istilah madya sebelum ini, yg menjadi penghubung pelbahai bahasa. Saya mengistilahkannya sebagai transmediator 

Contoh dalang perantara atau transmediator ini ialah Fairuz Sulaiman menerusi beberapa projek pemetaan video berskala besar yg menggabungkan seni bina dgn imejan virtual berkaitan dgn naratif sejarah serta warisan. Beliau menggabungkan bahasa grafik, ilustrasi, foto, filem, bunyi dan muzik dlm persembahan di bangunan Suffolk dan Bangunan Majlis Bandaraya di George Town.


 

Pameran solo saya yg mutakhir adalah pada tahun 2011 dan 2012 di Balai Seni Pulau Pinang dan International Convention Center Hong Kong. Pameran ini berjudul “Hijab Seorang Pelukis”, mengumpulkan karya-karya gabungan dua bidang yg amat saya cintai, yakni seni catan dan seni video. Saya memancarkan karya seni video di atas beberapa siri karya catan berskala besar. Secara tidak langsung, saya mengutarakan pertembungan antara warna pigmen dengan warna cahaya. Kedua-duanya mewakili medium pengucapan yg berbeza, persis sebuah dialog antara dua realiti di atas permukaan yg sama. Namun hakikatnya, kedua-dua jenis warna itu hadir kerana adanya unsur cahaya.

 


Cahaya bersifat gelombang dan partikel secara serentak. Cahaya wujud kerana adanya kesedaran. Kesedaran mencipta masa. Masa mencipta ruang. Kedua-dua masa dan ruang yg sering kita anggap sebagai realiti fizikal, hanyalah tabir, atau hijab ilusi yg degil. Ini termasuklah pergantungan total kpd identiti diri yg fizikal, juga satu ilusi. Ini diperakui bukan saja oleh sumber kerohanian dan kosmologi, tetapi juga fizik kuantum.

Perkembangan seni elektronik dan media baru, termasuk karyakarya saya pasca 2010, atau sepanjang 10 tahun yg lepas, memerlukan satu pembentang yg lain. Ia merupakan satu fasa yg amat penting dan kritikal. Secara peribadi, fasa tersebut juga melibatkan satu anjakan yg amat besar dan penting buat diri saya. Doakanlah agar saya dpt berkongsi dgn anda semua pada masa akan datang.

 Namun, utk tidak menghampakan, saya akan akhiri pembentangan ini dgn 4 video yg sedikit sebanyak merumuskan sentimen dan penglibatan saya yg terkini.



Video pertama adalah petikan dari sebuah persembahan rentas bidang berjudul “Menua Kitai” yang menggabungkan gerak tari oleh KakiTari yg dikoreograf oleh Hil Ramli, muzik pop etnik oleh Kumpulan Sada Borneo dan persembahan pemetaan video oleh para pensyarah dan pelajar dari Bahagian Rekabentuk & Teknologi Media Baru USM.

 




Video kedua adalah sebuah lagu yg mengiringi program Rintis para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni USM, berjudul Yang Kasih Yang Belas.

 




Video ketiga adalah satu kuliah dalm kereta yg saya berikan kpd tiga orang puteri saya tentang makna Rumah.

 





Video terakhir adalah sebuah puisi video tentang Pulang.

 

Selamat menonton.

 


Kawan2 yg saya kasihi, terima kasih dari lubuk hati saya atas kesudian mengikuti pengenalan seni elektronik dan media baru dari saya.

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...