Zumi ku terbang ke langit.
Dia bertemu Al-Ghazali yg pernah aku tekuni. Zumi tanya, "sekarang saya dah mati, takda jasad. Adakah saya cahaya? Apa itu cahaya?"
Al-Ghazali tunjuk kitab Mishkat al-Anwar (The Niche of Lights) dan mula menerangkan,
"Cahaya (Nur) adalah realiti asas kepada kewujudan. Semua jenis cahaya, samada fizikal, kerohanian atau intelek datang dari Cahaya Hakiki Yg Tunggal (Allah). Realiti jasad dimanifestasi dari Cahaya Kudus ini. Segala yg ada dlm alam semesta wujud dari Cahaya ini. Cahaya fizikal seperti matahari, api, lampu hanyalah metafora kpd Cahaya Hakiki yg tidak berjasad, transensen dan Sumber Asal segala kewujudan."
Zumi pun memeow. Al-Ghazali sambung,
"Realiti persis lapisan atau tabir cahaya. Yg terdekat dgn Sumber, itu paling asli. Yg jauh, sudah tertabir, makin berat menjasad dan membenda. Ya, realiti itu distruktur dlm tingkatan atau darjat atau makam iluminasi. Cahaya Hakiki di puncaknya. Diikuti ke bawah dgn tabir intelek, roh dan deria. Dualiti itu ilusi. Kepelbagaian adalah refleksi atau biasan dari Cahaya Hakiki Yg Tunggal. Cahaya hati yg dalaman adalah cara untuk mengamati kebenaran di sebalik tabir ilusi benda."
Zumi meaow lagi, Al-Ghazali menyimpul,
"Ringkasnya, cahaya itu keberadaan, kecelikan, kesedaran dan kewujudan itu sendiri."
Lepas tu Zumi berjumpa ahli fizik David Bohm. Zumi tanya, "adakah saya cahaya atau benda?" Bohm jawab, "kalau tanya rakan ku Schrodinger, kau kedua2 sekaligus."
Zumi tanya lagi, "Apa tu cahaya?"
Bohm jawab, "Aturan yg Saling-Mengait atau 'The Implicate Order' mengandungi sumber kepasa semua fenomena yg terzahir. Ia adalah kesatuan yg mendasari segala aturan yg terzahir yakni realiti fizikal atau 'explicate order'. Realiti adalah penzahiran atau manifestasi dari dimensi holistik yg lebih halus. Ia sekadar projeksi atau penzahiran holografik. Ya, seperti Al-Ghazali, bagi ku dualiti itu ilusi dan kepelbagaian itu refleksi atau biasan dari Cahaya Hakiki yg Tunggal. Keterasingan dan perbezaan dari perspektif sistem kuantum, adalah tanggapan yg salah. Segalanya sgt2 saling-bertaut dalam kesatuan kuantum. Peranan kesedaran mental adalah paling asas dan tak boleh dipisahkan dari fabrik kosmos itu sendiri. Apa yg kita fikir menentukan apa yg kita nampak. Cahaya dalam bentuk photons bersifat gelombang (medan tak berjasad) dan partikel (benda paling kecil) sekaligus. Cahaya adalah asas kpd bagaimana kita mencerap dan menyukat alam semesta. Malah, pengetahuan kita tentang realiti dibentuk oleh cahaya menerusi pemerhatian terhadap eksperimen2 kuantum. Pada skala kuantum, partikel wujud dlm keadaam serba berkemungkinan dan bertindan-tindan sehinggalah ia 'disaksi'kan."
Zumi pun memeow tabda tak faham.
Kemudian kucing comel ini muncul dlm mimpi abahnya yg rindukan dia.
"Abah, Zumi jumpa Al-Ghazali and David Bohm. Zumi tanya pasal cahaya. Kedua-dua mereka melupus dan mencairkan benda - alam benda itu ilusi kepejalan."
Abah pun terjaga dari lena mimpi benda. Tercampak ke Galeri Seni Shah Alam yg sunyi. Bermonolog dlm minda tentang Al-Ghazali dgn David Bohm, mahupun fizikawan kuantum yg lainnya.
"Dalam Mishkat al-Anwar, benda atau materialiti itu maya atau ilusi. Yg benar2 wujud hanyalah Cahaya. Dari perspektif fizik kuantum, kepejalan adalah ciri2 yg timbul atau kesan dari interpretasi otak penyaksi terhadap signal elektro-magnetik. Partikel halus sub-atomik adalah sebenarnya ruang kosong yg terkandung dlmnya kemungkinan2 yg infinit."
"Al-Ghazali dan Bohm mencadangkan bahawa kebenaran mutlak atau 'ultimate truth' itu tersorok, terlindung atau ditabir oleh persepsi tampak atau ilusi kebendaan. Untuk capai kebenaran, perlu ada mata hati atau 'spiritual insight' (Al-Ghazali) dan penerokaan saintifik (fizik kuantum)."
"Iluminasi kerohanian Al-Ghazali dan kesatuan kuantum Bohm mengusulkan bahawa realiti yg sebenar adalah Sumber yg Satu, yang hanya boleh diakses jika seseorang itu dpt mengamati merentas permukaan fenomena benda yg kasar dan terpisah-pisah. Keduanya mencadangkan bahawa realiti secara asasnya adalah informasi dan relasi. Ia tidak pejal, bukan objektif total. Ia bertingkat2, multi-dimensi.
Kesimpulannya:
Fizik kuantum menghurai mekanisme cahaya. Al-Ghazali menghurai metafizika cahaya.
Fizik kuantum memaklum kepada kita tentang bagaimana cahaya berfungsi dlm penciptaan. Al-Ghazali memaklum kepada kita bagaimama Cahaya itu adalah sumber kpd penciptaan.