TINGGALAN RASA DARI KENDURI ILMU
Nak tau fizik kuantum, perlu mengenal sifat cahaya. Sifat cahaya adalah nadi fizik kuantum. Kenal cahaya adalah denai mengenal realiti bentuk (warna contohnya) dan alam semesta. Kenal cahaya juga adalah denai mengenal minda. Minda atau akal adalah anugerah paling hebat untuk manusia. Ia adalah instrumen atau alat. Kerjanya memancarkan (persis skrin tv atau projektor) apa yang kita katakan sebagai 'realiti' dan 'pengalaman fizikal'. Nak ubah 'realiti' supaya ikut fitrah, ubahlah cara alat (minda) digunakan....
http://hasnulsaidon.blogspot.my/2012/03/apa-jadah-fizik-kuantum-ni.html?m=0
Deskripsi terawal tentang cahaya adalah dalam bahasa matematik. Ia dihadirkan menerusi seorang Christian Huygens sekitar 1600. Nama ni kena la ingat, walaupun bukan soalan bocor untuk SPM.
Usaha mengenal sifat cahaya/realiti benda, dari segi metafizik dan juga fizik, sebenarnya sudah pun bermula lebih kurang 4000 tahun dahulu (atau 2500-2000 tahun sebelum Masihi). Sejarahnya panjang, bercabang dan multi-dimensi. Ini termasuklah beberapa peristiwa dan watak-watak utama dari 2500 tahun sebelum Masihi hingga sekarang. Penerokaannya bersimpang-siur. Pintunya banyak.
Sekitar lewat 1800, seorang geek, James Clerk Maxwell mencipta satu set formula yang menggunakan gabungan gelombang medan elektrik dan gelombang medan magnetik untuk menerangkan sifat cahaya. Teori gelombang elektro-magnetik Maxwell yang lebih baru (ketika itu) menerangkan tentang cahaya, gelombang mikro, gelombang radio, dan pelbagai jenis gelombang yang lain. Pada tahun 1887, Heinrich Hertz mengesahkan formula Maxwell menerusi eksperimen.
Cahaya adalah tenaga yang hadir dalam bentuk gelombang, sah!
Ada cahaya=ada tenaga=ada gelombang=ada kita
Anda dan saya ni, gelombang ke?
Cahaya ada dua sifat serentak - benda berjasad (partikel) dan gelombang. Kekadang ia bersifat gelombang (eksperimen Young), kekadang bersifat partikel (model atom oleh Bohr). Kita ni boleh ditafsir sebagai benda jasad, kita ni juga boleh ditafsir sebagai gelombang.
Salam sejahtera buat seluruh gelombang alam.
Einstein sahut. Dia kata benda dan tenaga adalah perkara yang sama. Kedua-duanya ditaut oleh satu keadaan dipanggil 'constant'. Constant ini adalah kelajuan cahaya. Einstein mengatakan bahawa E=mc ganda dua. E adalah tenaga, m adalah isipadu benda dan c adalah kelajuan cahaya. Ini bahasa fizik.
Einstein kata cahaya terdiri dari benda berjasad (partikel sub-atomik = zarah halus). Kalau macam tu, kita yang berjasad ni - juga adalah cahaya!
Cahaya mata.
Jarak ruang kosong antara elektron dengan nukleus ini seperti meletak sebutir garam halus di tengah padang dalam stadium yang bulat. Diameter luar stadium itu adalah orbit elektron. Itu ruang kosong yang tersangat luas!
Kalau ikut interpretasi ini, bermaknanya:
Atom secara majoritinyanya adalah ruang kosong. Benda berjasad adalah secara majoritinya ruang kosong. Alam benda yang kita kata realiti ni secara majoritinya adalah ruang kosong.
Kita secara benda, adalah 'ruang kosong'.
GELOMBANG CAHAYA RUANG KOSONG.