Throwback ke 16 March 2023
(buka baca dgn bismillah dan salawat)
Musuh yg paling degil adalah kegelapan fikir & emosi yg tidak disuluh cahaya. Ia persis dua aliran sungai keruh yg bertemu di muara. Muara persis jasad yg menjadi mangsa, seperti muka bumi yg terluka sakit.
Yg perlu dimenangi & diterangi adalah hati sendiri. Yg perlu dijernihkan adalah fikiran gamat bising dan perasaan keruh sendiri. Semua yg timbul sebagai sakit berpunca dari dalam yg halus & ghaib, bukan dari luar yg kasar & fizikal. Yg perlu ditunding & di diagnos adalah pilihan kita berfikir dan beremosi, tanggapan2 & sangkaan2 halus, cakap2 dlm minda & bisikan2 hati yg tidak langsung dipantau oleh penyaksi yg sedar (kita).
Moga kita semua diberi kekuatan pd hari ini, sekarang & tiap sekarang, utk berdepan dengan ilusi bayangan diri sendiri yg fizikal itu. Moga kita dapat keberanian utk merenung dan menyuluh diri sendiri. Juga utk menatap fikiran dan emosi sendiri, menyaksi ego sendiri sejujur-jujurnya, agar dapat menembusi kekeruhan nafsu amarah, kesalan nafsu lawammah dan perang jahat-baik nafsu malhammah. Moga kita diberi kekuatan memohon maaf pada diri sendiri, memohon maaf pada tubuh sendiri, pada fikiran & pada perasaan sendiri yg sering diabaikan dlm kegelapan minda rendah, hingga ditampar kesakitan. Moga kita sampai ke puncak Kamaliah.
Sakit adalah jemputan dari Allah. Kesakitan adalah pintu masuk cahaya, kata Rumi. Rumi juga pesan bahawa penawar diri hanya boleh ditemui setelah kita melalui ujian sakit. Kesakitan juga adalah gerbang awal utk pendakian rohani yg bertingkat-tingkat itu - dari kegelapan gelombang Beta ke diam Alpha ke khusyuk Theta ke kedamaian Delta ke mistikaliti Gamma & Lambda hingga ke kebenaran hakiki di gelombang Epsilon. Denai ke syurga bukan percuma. Laluannya penuh ujian yg menyakitkan. Yg paling susah ditanggal adalah pergantungan total kpd ilusi diri, kpd konsepsi diri yg palsu, kpd tubuh, harta dan segala yg dipinjamkan sementara.
Mari kita berdoa bersama2 agar Allah beri Petunjuk kpd kita dalam mendepani kesakitan, merawat dan memulih diri masing2, dalam mendaki ujian diri, utk sampai ke tingkatan yg Allah tetapkan utk kita.