Friday 19 January 2024

MELUKIS CAHAYA

Salam semua. Hari ni kita belajar tentang melukis cahaya.

Kita adalah sebahagian dari fenomena cahaya.  Cahaya adalah tenaga. Kita menyerap (absorb) dan memancar (radiate) tenaga. Ini asas yg penting, walaupun mungkin ada pelukis yg tak sedar, atau sering terlupa tentangnya.

Menerusi karya seni, kita menyerap dan memancar tenaga menerusi warna, garisan, rupa, bentuk, jalinan dan kualiti terang gelap di atas ruang permukaan lukisan kita. Senang cakap, kita hantar dan terima tenaga, tiap detik sedar kita. Kita terlibat dgn transaksi tenaga dlm kehidupan seharian kita. Untuk transaksi ini, konsep untung dan ruginya tak sama dgn hukum untung-rugi dalam transaksi berasaskan benda atau produk semata-mata.

Ok, apa pula warna? Dari kecil kita sudah diajar mengenal dan menamakan warna, ikut bahasa ibunda kita. Tiap benda ada warna. Warna lekat pada benda. Warna itu tetap dan kekal. Betul ke?

Dari tafsiran dan deskripsi saintifik, warna sebenarnya adalah tenaga cahaya yg hadir dlm julat2 (ranges) frekuensi yg berbeza-beza. Selalunya kita panggil warna2 pelangi. Julat2 frekuensi yg kita panggil warna2 pelangi itu hanyalah sebahagian kecil dari 'emf' atau 'electro-magnetic field' yg melata. Terlalu luas medan elektro-magnet yg tidak boleh dicerap oleh mata kasar manusia. Yang boleh dilihat atau dicerap oleh mata kasar dipanggil 'visible light'. Yg kita boleh lihat itu tersangat kecil julatnya. Dimensi yg boleh dilihat oleh mata kasar kita, amat terhad. Ada byk lagi dimensi yg tak boleh dilihat. 

Kalau nak sambung, komen 'nak'. Kalau tak, saya berhenti di sini dulu. Ok, salam kasih dan belas utk semua.













 

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...