Wednesday 3 January 2024

JANGAN BACA KALAU TAKNAK BANGUN


Masa dan ruang tidak wujud di 'luar' atau 'keliling' kita. Yg kita kata realiti fizikal itu, adalah tanggapan minda. Kita pula, bukan berada dalam masa dan ruang. Sebaliknya, masa dan ruang berada dalam minda kita, terzahir dari dan menerusi kesedaran minda kita. 

Kesedaran minda membolehkan kita mengalami masa dan ruang, yg kita tanggap sebagai pengalaman benda atau realiti fizikal. Ini termasuklah tubuh badan kita. Masa dan ruang adalah hasil interpretasi minda kita terhadap isyarat2 elektrik yg dihantar ke otak kita menerusi rangkaian saraf dan nadi oleh 5 pancaindera kita.Interpretasi minda kita bergantung kpd kualiti dan julat gelombang otak kita, dari beta yg rendah, ke alpha, theta, delta dan seterusnya gelombang2 tinggi. Julat gelombang ini pula bergantung kpd perasaan yg kita pilih utk rasa. Gelombang tinggi dan halus contohnya tenang, syukur, redha, yakin, sabar, percaya, cinta, kasih, belas. Gelombang rendah dan kasar contohnya kecoh, kacau, tak syukur nikmat, tak pernah cukup, memarahi takdir, was-was, syak wasangka, buruk sangka, marah, benci, apathy. 

Yg kita kata benda atau material itu, sebenarnya bukanlah mutlak atau hakikat sebenar. Ia ilusi. Ia pinjaman. Ia ujian. Ia tugasan. Ia amanah yg perlu dilalui. Ia bukan pemilikan mutlak. Malah, badan kita, fikiran, perasaan, kepandaian, bakat, nyawa sekalipun....ilusi yg dipinjamkan. Termasuklah masa dan ruang, pinjam.

Cuba tanya, apa dan siapakah sebenarnya yg 'sedar' atau 'bangun' dari ilusi mimpi material ini? Siapa yg jadi 'saksi kpd perlakuan minda dan perasaan' seorang yg dipanggil 'aku' ni?

Cubalah jadi saksi kpd apa 'yg aku sedang fikir dan aku sedang rasa', 'sekarang'. Apa yg aku alami ini. Bolehkah kita membebaskan dari menjadi hamba yg bergantung total kpd jasad dan benda material, juga segala kekusutan fikir, juga amokan perasaan kita sendiri? Merdekakah kita sebenarnya, dari bayangan kesesatan fikir dan kekeliruan perasaan yg sebenarnya menghijab? 

Jika tak faham atau pening, takpa, jgn rasa kecewa atau marah, takyah triggered. Bila diingat atau kena kejut utk bangun dari tidur, biasanya memangla mamai. Lagipun, dah tulis, jangan baca. 

Saya pun mamai juga.


Klik sini utk video Demi Masa

https://youtu.be/cilbnS7V2h4?si=bUZwdQ648YJlthtS




No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...