Tuesday, 2 January 2024

SENI TAK PENTING DALAM PEM'BANGUN"AN NEGARA?

Kita bukan saja menjadi saksi kpd perang fizikal. Kita sedang berdepan dgn perang saraf, perang naratif dan perang wacana. Senjatanya halus.  Medannya juga halus, khususnya medan kesedaran atau 'consciousness'. Jajahan takluknya adalah pemikiran dan perasaan manusia sejagat. Taruhannya adalah iman/kepercayaan/keyakinan/tauhid. Jika sudah ditakluk, manusia sejagat akan menjadi zombi atau hamba kpd satu sistem pengawalan kesedaran yg totalitarian. Manusia hidup dalam keadaan tak sedar, tidak dibangun. Sistem ini kerjanya menghalang jiwa manusia dari bangun dan sedar. Pemikiran dan perasaan mereka yg tak sedar, hanya berkiblatkan benda dan segala hal2 yg boleh disukat dan dilumba-lumbakan. Mereka sibuk berlaga dan bergasak sesama sendiri dlm sistem ini. Sukar utk dikejut atau dibangun, kecuali dgn kejutan yg menampar jiwa. 

Perang ini menuntut kekuatan ilmu fardhu ain. Kekuatan ini pula perlu dilengkapi penguasaan dalam pelbagai jenis fardhu kifayah yg merentas byk bidang terutamanya bidang2 kemanusiaan, seni, budaya dan warisan. Perang halus, menuntut kepintaran dan kearifan dalam hal2 yg halus.

Tolonglah jgn pinggirkan bidang2 yg meneroka sisi halus ini - seni, budaya, warisan. Bidang2 ini meneroka sisi rasa dan intuisi, sisi nilai2 spt kasih-sayang, belas kasihan, kesyukuran, kejujuran. Bidang2 ini membentuk budi.

Jika bersungguh mahu berjihad, kubunya ilmu fardhu ain. Tapi perlu dilengkapi penguasaan dlm pelbagai bidang, merentas sains dan seni. Benteng terakhir adalah kepercayaan dan keyakinan yg teguh pd Tuhan. Jika itu teguh, tidak ada apa2 yg boleh diruntuhkan. Jika tiada, apa jua ilmu fardhu kifayah yg ada, akan bawa keruntuhan. Moga kita diberi Perlindungan, Petunjuk dan Hidayah sepanjang berdepan dgn perang yg halus ini.


Klik ke video

https://youtu.be/kuklQo5pzUE?si=nNSxMbWTL8zM0mtx


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...