Sunday, 30 December 2018
Thursday, 27 December 2018
BUAT BAIK & KEBAJIKAN
Sibuk sgt cari kejahatan & kemungkaran, sampai takda masa nak buat baik & kebajikan. Sibuk menunding jahat pd org lain, tak membuat diri jadi baik.
Pilihlah betul2 nak sibukkan diri dgn apa.
Pilihlah betul2 nak sibukkan diri dgn apa.
YG TAK PERLU DICARI & DIBELI
Kebanyakan hal2 yg bernilai tinggi tak perlu dicari & dibeli.
Kasih, belas, ihsan, memaafkan, syukur, ikhlas, jujur, sabar, redha, ceria, riang, gembira, yakin & percaya.... tidak datang KPD KITA dgn pemBELIan. Semuanya dah ada DALAM JIWA KITA sendiri. Semuanya datang DARI KITA, bukan KPD KITA.
Sekian perkongsian pesan guru2 lama utk Jumaat yg berkat.

Monday, 24 December 2018
RUQYAH
Tiap kali kita mencari salah & menyalahkan orang, kita mendedahkan penyakit hati kita sendiri yg perlu dipulihkan segera.
Banyak mencari salah org, adalah penanda penyakit hati yg serius.
Senario saling salah menyalah adalah penanda masyarakat yg sgt memerlukan pemulihan.
Ruqyah.
Banyak mencari salah org, adalah penanda penyakit hati yg serius.
Senario saling salah menyalah adalah penanda masyarakat yg sgt memerlukan pemulihan.
Ruqyah.
Sunday, 23 December 2018
LAKAR - LAMAN KARYA LUMUT
LAMAN KARYA LUMUT
Ternyata frekuensi atau gelombang minda itu pembuka rezeki. Apa yg kita fikir & cari, kita dapat. Cari pasal dapat pasal. Cari masalah, dpt masalah. Cari musuh, dpt musuh. Cari isu, dpt isu. Sekiranya kita tak suka sesuatu, tak payahlah kita fikir & cari. Fikir & carilah apa yg kita suka. Barulah apa yg kita tak suka itu hilang dari radar alamiah fizikal kita. Mahu hilangkan kejahatan, maka fikir, cari & buatlah kebaikan & kebajikan. Yang seringkali dipinggirkan oleh jenis yg suka mencipta sinario negatif serta mencari (juga intai2 dan korek2 kejahatan) adalah cari kesejahteraan menerusi kegiatan2 yg menyihatkan jiwa. Sudah sepatutnya difikir & dicari adalah kesejahteraan.
Mungkin itulah juga yg dicari oleh Noor Azizan Paiman, isterinya Suhaila Hashim & adik-adik mereka apabila mereka menghantar kertas cadangan utk mensejahterakan ruang publik Lumut Waterfront yg suatu ketika dulu makin pudar. Apa yg mereka fikir dan cari itu, hari ini mereka dapat.
Apa yg mereka fikir & cari tu?
Mereka fikir & cari ruang karya yg dpt mensejahtera minda, jasad & jiwa diri & publik dalam suasana kampung lengkap dgn romantisma anjung2 terbuka, pohon-pohon kelapa, bukit menghijau, lautan terbentang, bulan mengambang dan angin sepoi-sepoi bahasa. Romantisma ini tidak berhenti di situ. Mereka juga memikir & mencari ruang yg disulam dgn nuansa indie milenial yg berjiwa muda, selamber, santai, bersahaja, jujur, bebas dari nahu2 institusi mahupun korporat, merdeka dari keruh perniagaan nafsu berasas tamak melampau, tersendiri tapi tidak eksklusif, unik tapi inklusif & mesra manusia sederhana.
Mereka memikir & mencari ruang yg terisi dgn perkakasan atau hardware beritual guna-semula objek2 jumpa & terpakai, amalan re-purpose, up-scaling, up-cycle dan D.I.Y. Mereka memacu getar fikir & cari itu dgn rasa syukur merendah tanpa perlu terlalu membongkok sampai bengkok. Mereka angankan ruang hipsterisasi tak menyombong & bebas diskriminasi umur.
Ruang romantisma kampung bernuansa indie mereka itu disulam pula dgn kesadaran alamiah & kelestarian. Sauhnya adalah ruang santai yg dipacu 'Kuasa' utk mengajak pengunjung kembali senafas, se-urat & senadi dgn kuasa alam. Ia memujuk publik utk kembali melestarikan diri dgn persekitaran semulajadi yg makin nazak dibakar tamak.
Alam adalah guru terbaik, denai ilmu lalu yg dpt mengimbangi ilmu2 tahu yg dikutip dari buku & guru. Ternyata alam adalah denai rohani yg membawa manusia kembali kpd fitrah kesaling-bergantungan serta pertautan kuantum sesama manusia, antara manusia dgn alam, dan paling mendasar, manusia dgn Pencipta. Belas alam juga membelas insan, yg menempiaskan Yg Maha Belas. Alam menzikirkan 'BelasKu meliputi segalanya'.
Ekologi sebegini senafas dgn spiritualiti, disantuni dgn istilah 'spiritual ecology' dlm wacana kelestarian sezaman.
Ekologi alamiah adalah innernet yg jauh lebih hebat dari internet. Rangkaian sistem akar dlm bumi itu bertaut & berkomunikasi dgn sistem saraf manusia merentas dimensi fikir yg lojik & linear. Sainsnya berpaksi kemanusiaan & keTuhanan, bukan kebendaan yg memandulkan belas. Keilmuannya dilembut & diinsani dgn budi, rentas sains & seni, imbangi otak kiri otak kanan, rasionaliti & intuisi, fikir & zikir.
Fikir-cari Noor Azizan, Suhaila & adik-adiknya menemukan mereka kpd sebuah habitat sihat yg menjanjikan potensi hari esok, sekarang. Habitat itu mereka jenamakan-semula sebagai LAKAR - Laman Karya Lumut.
Di dalamnya terisi dgn sub2-ruang yg menyajikan santapan jiwa, minda-rasa & jasad yg sihat. Sepanjang 4 bulan lepas, mereka gigih melakarkannya. Yg dilakar menjadi nyata itu akan berterusan. Setakat yg sudah terzahir, adalah petanda2 yg molek. Ada ruang pengisian tentang kesadaran ekologi & alam-sekitar, anjung buku dan membaca terbuka yg mengadap laut & langit biru sambil dihembus bayu selat. Ada ruang utk berkarya dlm bahasa visual & bunyi & tentunya, ruang menjamu selera. Byk lagi yg bakal dilakar. Semuanya adalah kerja2 kuratorial yg perlu menyatu. Yg dikurasikan utk para pengunjung tidak lagi terkepung oleh nahu 4 dinding galeri, tidak lagi dikepung oleh pemisahan2 ilmu yg menipiskan kemanusiaan. Yg bakal dikurasi adalah suatu perjalanan atau pengembaraan rentas-ilmu yg diharap dpt membawa kesejahteraan.
Moga segala yg difikir & dicari oleh Noor Azizan Paiman, Suhaila & adik-adiknya itu dipacu oleh getaran kasih & belas. Paksi kpd fikir & cari adalah getaran yakin & percaya. Yakin & percaya adalah talian terus kpd Yg Maha Belas. Ia adalah tiang kpd segala yg difikir & dicari, termasuklah rezeki.
Kita kirim doa buat LAMAN KARYA LUMUT.
BELAS MEMADAM BELASAH
Belas boleh memadam api 'belasah' dgn berkesan tanpa sebarang bidaah emosi, drama tragedi & aksi2 pukul sampai mati.
Gemakanlah BELAS.
Gemakanlah BELAS.
YG KASIH YG BELAS
YANG KASIH YANG BELAS.
Gitar milik master Yoda @faisalbugg ni membuat jari & jiwa mengalir. Rakam lagu baru utk digubah-semula oleh pemilik gitar. Diharap dpt dinyanyikan oleh @aininahasnul bersama2 dgn sesiapa jua yg mahu menggemakan kasih & belas.
Jika panggilan yg menggemakan belas disambut dingin dgn 'ah', maka timbullah masyarakat belasah. Bukan saja ia membawa kematian insan, ia membawa kpd kematian rasa ihsan & kemusnahan kemanusiaan sejagat.
Yg paling menguji dlm berkasih sesama manusia adalah membelas (memaafkan, mengampunkan, merasa kasihan, melindungi & memberi ihsan). Tak lengkap yg kasih, tanpa yg belas.
YA RAHMAN YA RAHIM
#gemaBELAS #BELASinsan
AMIRA & THE KU OF ZEN GARDEN
Mia in the embrace of ku, karesansui & wabisabi of zen garden.
@amirahasnul
@delly.adeela
@aininahasnul ... and all the mias, ninas & dellys in my life (anak2 murid).
Zen garden teaches us that its not just about knowing & having, its more about being. As we engage in the act of filling in our life, in knowing & having something, we should also engage in emptying, in being nothing(ku, in Japanese).
Always return to that empty nothing state. We do that 5 times a day. We say 'no' (La in Arabic) to all thots, feelings & forms, no to all things (nothingness state) in order to return & b in the embrace of The Most Loving & Compassionate.
But we can only be in nothingness state by excusing our presence & beingness from our thots & feelings (thots and feelings are something not nothing). If they still follow us, let them b, dont feed them, just bare witness. Stay in that nothingness, in the embrace of no beginning no ending, formlesness, timelesness.
Then we can go back and pick up our thots & feelings to start becoming something with a refreshed position.
Thats what abah have learnt from spending hours & hours in such garden in Fukuoka, Kyoto, Yamaguchi, Osaka, Tokyo & off course recently Fuji.
Pray that we, with mama, could travel together again & again & again to enjoy our moments of beingness. Luv u ol.
Friday, 14 December 2018
Thursday, 13 December 2018
TANAM BENIH JUAL BUAH.
Kalau kita yg penat2 teroka tanah & tanam benih, tapi org lain yg jual buah dpt untung menggunung, takpa. Sebab yg kita tanam tu sebenarnya tak boleh dijual-beli.
Monday, 10 December 2018
Sunday, 9 December 2018
BUAT BAIK
Cakap2 yg pandai hanya didengar oleh yg pandai je. Perbuatan yg baik dirasai oleh semua manusia.
BUAT ART
“Hei Hasnul, dah tak buat art ke lagi?"
Adalah sesuatu yg malang jika berseni itu disempitkan hanya kpd 'buat catan' utk dipamer dlm galeri saja.
Adalah sesuatu yg malang jika berseni itu disempitkan hanya kpd 'buat catan' utk dipamer dlm galeri saja.
SUNGAI DEKAT RUMAH TOK CU
Bukan bateri hp je yg perlu kena 'charge' . Ada yg lebih penting yg perlu kena 'charge' setiap hari. Ini lokasi anugerah utk aku 'discharge' & 'charge'. Arus manusia menyedut tenaga, arus dia memulih. Dia pemulih tanpa memilih, tanpa ijazah dan tauliah, tanpa lemak2 & bidaah kata.
Dia adalah mahakarya tanpa perlu label 'karya seni' dari sebarang fatwa jadian. Bila berada dlm habitat dia, lupus segala keperluan palsu utk mendebat, membukti & mendabik diri.
Dia taat mengalir, bertasbih & membersih. Suara dia mengajak aku hilang diri dlm puji-pujian pd Yg Maha Pencipta. Dia teman yg mengajar aku erti 'memaafkan' & 'mengalirkan' . Dia hadiah & keajaiban dari langit, yg tak putus mengajak aku tunduk bersyukur. Sebab itu aku selalu balik ke sini.
Dia sahabat taat & dekat @rumahtokcu.
Saturday, 8 December 2018
NAIK
Kita naik dgn mengangkat satu sama lain, bukan menjatuhkan.
Kalau tak faham, sila belajar kehalusan bahasa Melayu.
Kalau tak faham, sila belajar kehalusan bahasa Melayu.
FROM DESERVING TO SERVING
Perhaps we should start focusing on how can we serve than what we deserve.
Tuesday, 4 December 2018
ADIGURU TANPA JAZAH
UTK ADIK2 BAKAL SENIMAN HEBAT BER'DEGREE'
Amaran tanpa penaja: Catatan ini agak panjang, tidak sesuai utk yg kurang sabar.
"Adiguru osem tanpa ijazah"
Adiguru saya yang paling awal ialah Ayahanda dan Bonda.
Ayahanda dan Bonda saya ialah penanam benih-benih makna dalam diri saya. Mereka membantu saya memBERSIH prisma (akal) saya. Mereka menamakan saya 'yang benar/baik' dan 'yang cantik/indah' - Hasnul Jamal. Sampai sekarang saya bertarung untuk 'memaknakan' nama itu, memainkan bayangan wataknya dalam gelanggang mimpi benda yang sepintas ini.
Ayahanda dan Bonda saya tak pernah masuk mana-mana universiti . Tak seperti anak bongsunya yang sedang menulis ni, yang belajar di satu universiti tempatan dan dua universiti luar negara; juga mengajar serta memberi khidmat di banyak universiti tempatan, termasuklah kini di USM yang bergelar Universiti APEX. Jika bersama dengan mereka, sibuk saya khutbahkan tentang hebatnya USM ni, mahupun segala ilmu baru yang saya kutip. Mereka dengar dan senyum je. "Itu fadhu kifayah, tapi akhirnya kena bawak ke jalan fadhu ain juga" pesan meraka. Ilmu Ayahanda dan Bonda saya tak masuk mana-mana sistem ranking yang berpusat di Eropah.
Dengan segala anugerah dan pengiktirafan mimpi benda yang jenuh dikutip sampai tak muat almari dan dinding untuk ditayang, adakah saya lebih 'berpengetahuan' dan 'berpelajaran' dari mereka? atau hidup saya lebih 'bermaklumat', lebih 'bermakna'?
Dua-dua Ayahdanda dan Bonda saya ni takda Phd, takda Masters, takda Bachelors in apa-apa. Takda pun sebarang specialisation. Bonda saya takda pun Masters of Art macam anak dia yang menulis ni, yang suka riuh sekampung dengan telur dua biji. Tapi ilmu seni Bonda halus juga, dia melakar rekaan baju, merangka deraf baju, memotong, menjahit, menyulam, mengadun, memasang dan banyak lagi yang halus-halus. Semua orang suka sentuhan seni Bonda, termasuklah pokok-pokok yang ditanam, rumah yang dihias dan laman yang digubah. Sentuhan seninya menyentuh kalbu, memBERSIH jiwa. Bonda mengamalkan pelbagai bentuk ilmu seninya dengan istiqamah, atas jalan 'yang benar', sambil kuat berdoa. Dengan ilmu itulah dia menyekolahkan anak-anaknya yang sembilan orang hingga ke universiti.
Apa yang anak-anak (termasuk yang menulis ini) dapat dari sekolah dan universiti yang hebat-hebat tu? Dapat makna? Atau maklumat je?
Ayahanda dan Bonda berguru secara langsung, lisan dan amali. Amalinya pula ditanam (diberi makna) dalam kehidupan seharian. Tok Syeh Noordin mengajar Bonda ilmu Tauhid ketika menanam pokok. Ketika itu juga ditanam ilmu geologi, biologi, ekologi, geografi, astronomi, estetik dan macam-macam lagi, baik sains mahupun kemanusiaan, tak terpisah-pisah.
"Tengok tangan ni, nampak bayang dia. Ada cahaya baru ada bayang. Tangan bergerak, baru bayang bergerak. Kita macam bayang-bayang tu," itu tamsilan Tok Syeh Noordin yang disampaikan pada saya oleh Bonda."
(Petikan dari Blog Jiwa Halus, 23 Februari, 2012)
Ilmu adiguru yg tulen 'makan dalam' walaupun yg menerimanya mungkin lupa atau sesat merapu dlm simpang-siur hidup.
Kini, bila berkarya (dlm pelbagai bentuk seni), saya mohon agar hasilnya menjadi 'bayangan' yg menyingkap makna adanya cahaya.
Adiguru yg tulen, membekal kita yg selalu gelap ni cahaya atas cahaya.
Untuk saya dan adik beradik sekeluarga, ayahanda dan bonda ialah adiguru kami yg 'confirm', super osem!

KENAPA BAPAK SAYA OSEM
KENAPA BAPAK SAYA OSEM?
"Bapak sokong minat saya walaupun tidak secara langsung. Semasa dalam darjah enam, dia bawa saya pergi ke kedai sahabat tauke Cina dia yang dipanggil 'Jin".
"Oiiiii Jin, cat minyak ni bagi murah sikit, anak aku nak melukis."
Waktu itu, saya lebih tertarik pada amoi anak tauke tu dari cat minyak jenama Marries Oil Colour yang diimpot dari China. Ada masanya dia bawa balik papan siling dari kontraktor Cina (yang dibuat dari abuk dan serpih kayu) untuk saya berkarya. Semasa Kak Jo dan Hj Osman upah saya melukis karya pemandangan cat minyak (pada kedua-dua belah permukaan) dengan gaya romantisme ala-Indonesia, dia sibuk congak modal dan bayaran upahnya.......semua sekali 121.00 ringgit. Saya masih dalam darjah enam, mana tahu pasal 'budget' dan 'profit margin' lagi. Hanya tahu nak melukis saja.
Hero ini faham anaknya suka melukis. Dia tak melarang, atau mematahkan. Paling kuat pun nasihat dan pesan, jangan dipuja apa jua yang kita buat.
Bapak adalah kekuatan saya ketika itu.
Tapi itu dulu, waktu dia masih muda dan gagah, dan saya baru mengenal hidup.
Kini, saya dah jadi Pengarah, Profesor Madya, mengajar di universiti APEX. Wah.....patutnya naik merak, takbur dan banggalah ya. Tapi bila balik Raya, semua yang saya kejar dan dapat itu jadi tidak penting bila melihat Bapak, hero saya."
(Blog Jiwa Halus, September 15, 2010.)

KOLAJ MEMORI
KOLAJ MEMORI
Seronok la, intai ramai anak2 yg berjubah rai kejayaan dpt ijazah. Selfie dgn ibu-bapa , keluarga, kawan2 dan para pensyarah sepanjang musim konvo - happy, syukur, osem abih. Yg paling terkesan adalah anak2 di 3 IPTA yg dekat di hati. Lihat gelagat mereka, memori jadi bertindan mcm kolaj. Ia terbang kezaman ketika program2 ijazah yg mereka ikuti itu masih dlm dimensi minda dan rasa beberapa kerat manusia. Setelah cukup rasa, dilimpah pula atas beratus2 peta minda, disusun atas berlapis2 kertas-kerja, dan dihujah-bentang-sampai-suara-lekang berkali2 depan berlapis2 komiti bijak-pandai. Kemudian ia diperbaiki diperhalusi hinggalah mendapat cop restu sebagai program ijazah. Tak terasa langsung ketika itu sedang mencipta memori utk sekarang, utk anak2 ini, ibu-bapa & keluarga mereka, kawan2. Ia indah. Namun, jika kolaj ni manusia, pastinya dia sdg merindui juga doa para pendita yg arif-alim. Doa mereka amat2 diperlukan sekarang.

Wednesday, 28 November 2018
NOT ABOUT WINNING A RAT RACE, BUT WINNING THE HEARTS LA SAYANG OIII.
When an academic course in a public university is not just about getting good grades or scoring high ranking in research, or racing for numbers in publication, or just mere xperimenting without any direct applications and benefits to 'real' people (public/community) with 'real issues', this is the result. Syukran. All the knowledge, skills, experience & so-called expertise that we r seeking for, regardless of what discipline of knowledge or what kind of vocation (job), in the end, are meant for us to contribute towards the wellness (kesejahteraan) of humanity at large, not as means to race againts others or to claim the right to brag (& the superficial entitlement that comes with it) . Afterall our minds, according to some experts, are like a garden, not a race track. Its time for the public universities to wake-up, and re-allign themselves to their duty for the public at large, not just feeding a certain section of the 'industry' or 'market' or 'pool of experts'. We are all the custodians of peace & healthy quality of living (kesejahteraan) that is increasingly threatened by greeds and many more forms of lower mind (which is the cause of mental illness such as anxiety, depression, stress, hopelessness, despair, low self-esteem, etc) . Each & everyone of us has our own unique role to play & contribute to shift & uplift the society to a higher mind vibration - sincerity, honesty, gratitude, love, compassion, joy, happiness, respect, honor and many more vibes that are finer & beyond numerical measurements. In a long run, these intangible higher vibes will b more instrumental, and practical in transforming & creating a sustainable & better future, NOW. Thats what a public university supposed to be. Notwithstanding the short duration of the event & its humble yet jovial ceremony, I humbly send my love to all the blessed souls who were involved.
Tuesday, 13 November 2018
YASIN
Performan pemulih, "Yasin", 12 November 2018. Tanda2 simetri & imbangan di langit & bumi, & pada diri kita. (Healing performance, "Yasin", 12 November 2018. Signs of symetry & ballance in the sky & on the earth, & within us.)
@rumahtokcu
@rumahtokcu
Monday, 12 November 2018
DARI TITIK KE TITIK
Instalasi cahaya, "Dari titik ke titik", dinding kelarai bertam, lantai kayu kitar-semula, kain kapas putih, kain sarung batik & cahaya matahari petang, 2018.
(Light installation, "From a point to another point", bertam weaving wall, used wood floor, white cotton fabric, batik sarong & noon sun light, 2018).
#RumahTokCu
#kebunDsedim
#homestaykedah
(Light installation, "From a point to another point", bertam weaving wall, used wood floor, white cotton fabric, batik sarong & noon sun light, 2018).
#RumahTokCu
#kebunDsedim
#homestaykedah
LAMAN SYUKUR
Instalasi bumi, "Laman Syukur", granit atas rumput, 2018.(Earth installation, "Garden of Gratitude", granite on grass, 2018).
@rumahtokcu
@rumahtokcu
Thursday, 8 November 2018
FRIENDSHIP - RE-PURPOSED & UP-CYCLED.
Oooo... Stratergic alliance.
I thought it was friendship. Sorry, my bad.
I thought it was friendship. Sorry, my bad.
Tuesday, 6 November 2018
SEDAR ADANYA CAHAYA, BUKAN HILANG DLM BAYANG.
Duhai 'orang2 muda' yg dikasihi. Sebelum anda dijangkiti oleh ingatan jangka-pendek & lupa terpilih yg serius, izinkan saya menawarkan pesanan seposen. Bayangkan anda sedang melihat projeksi atau tayangan video. Cuba fokus & sedar adanya 'sumber cahaya', bukan imajan yg tertera. Imajan datang dan pergi, tapi cahaya, terus ada. Cahayalah yg membentuk imajan. Cuba tukar fokus dari 'imajan' kpd 'cahaya'. Imajan mungkin akan mengelirukan kesedaran anda terutama sekali jika anda membina identiti diri menerusinya semata-mata, atau terlampau bergantung sepenuhnya kpd imajan, atau menjadikan imajan sebagai realiti mutlak. Anda hanya akan terperangkap dlm dunia imajan, dunia bahasa atau bayangan, atau salinan, atau representasi, atau penerangan. Sebaliknya, cuba faham sumber cahaya, sentiasa sedar dgn kehadirannya yg membolehkan imajan wujud utk dialami. Kuasai kesedaran itu hingga anda sendiri yg menjadi cahaya itu sendiri, yg memancar menerusi lensa yg suci, bersih dan jernih. Hanya setelah itu berlaku, anda akan menjadi saksi dan alami apa yg selalunya dipanggil 'gambaran sebenar'. Oleh itu duhai orang2 muda yg disayangi, sedarlah tentang adanya cahaya, bukan imajan.
Friday, 26 October 2018
A SIMPLE MAN & HIS BELOVED BEST FRIEND
A SIMPLE MAN WITH HIS 'BELOVED' BEST FRIEND
The sky was getting dark. We passed through the east hill of Dayang Bunting island towards the straits between the island and its neighbouring island, Tuba. The boat shifted to the right to approach a bay with a silhouette of Bukit Gondol as its backdrop. As we were approaching Langkawi Islands Barkat we heard the barking of three dogs - Manja, Mafia Junior and Nimo, visibly excited like small kids welcoming their guests. One of them (Mafia Junior maybe) even jumped into the water, as any loyal friend would do so to guard and secure the area and situation. He excitedly accompanied Abang Rasyid in guiding our boatman towards the deepest spot of the beach. The sight of Mafia Junior (Mafia senior died), welcoming and greeting us with all his heart, while proudly stood beside his best friend Abang Rasyid in the shallow beach, will stay forever in our hearts as one honest and best welcome that we had ever received. (Photographed by Delly Adeela and edited by Kebun Jiwa Halus.)
Thursday, 25 October 2018
DOA BONDA
Sejak dari kecil hinggalah dah bangka, bonda saya sering berkata, "aku doakan kamu jadi manusia yg berguna utk masyarakat." Banyak kali saya suruh dia tukar doa kpd, "aku doakan kamu jadi pelukis yg hebat & kaya raya" tapi dia tetap dgn doa yg sama.
Wednesday, 17 October 2018
KANVAS BUMI
Niat itu punca. Bumi itu ibu, juga kanvas. Tanah itu bahan asal. Air itu sumber hidup. Angin itu nafas. Cahaya itu nyawa. Yg tumbuh itu mahakarya. Tiada pengkarya, hanya penjaga amanah. Mangga, durian, rozel, inai, betik, kari.
(Intention is the origin. The earth is the mother, also a canvas. Soil is the original material. Water is the source of life. Wind is the breath. Light is the life. What grows is the masterpiece. No artists, only guardians. Manggo, durian, rozel, inai, papaya, curry)
#RumahTokCu
#homestaykedah
#homestaykedah
Monday, 15 October 2018
BEREBUT-REBUT UTK MEREBUT
Berebut-rebut utk merebut walaupun segalanya cukup, adalah satu penyakit. Penawarnya adalah bersyukur.
KEARIFAN
Merisik & mendedah kesilapan & kelemahan orang lain bukanlah kearifan.
Kearifan adalah membetulkan kesilapan & kelemahan orang lain dgn penuh hemah & ikhsan.
Kearifan adalah membetulkan kesilapan & kelemahan orang lain dgn penuh hemah & ikhsan.
NAK JADI BAIK
Semua nak jadi orang yg pandai. Tak ramai yg nak jadi orang yg baik.
Jom ramaikan yg sikit tu.
Jom ramaikan yg sikit tu.
GRATITUDE FOR FRUIT EATERS
If some ungrateful people are eating the fruits of what u have lovingly planted, say 'infinite gratitude' .
Saturday, 6 October 2018
UBAH DUNIA
Kalau nak ubah dunia ni, pi balik rumah, sayang keluarga tu.
(pinjam dari Mother Theresa)
(pinjam dari Mother Theresa)
Friday, 5 October 2018
INGAT TAK LAGI TITIK ITU?
TAJUK KULIAH: INGAT TAK LAGI?
Matapelajaran: Kenal Diri. "Anak2, ingat tak semasa kita hanya titik yg sgt halus atas dinding rahim ibu kita? Tak sesiapa pun nampak. Ingat tak semasa kita hanya titik CAHAYA kasih antara ibu & bapa? Kasih itu tak boleh dilihat dgn mata kasar, tapi boleh dirasa dgn mata hati? Dlm atom yg setitik tu kan ada partikel2 yg berputar bergetar dgn cas + & -. Ingat tak semasa kita yg setitik tu diRAHIMi (dibelas) selama 9 bulan utk menjadi 'CAHAYA' mata? Kita yg dulunya satu titik cahaya, kini menjadi cahaya mata. Kini ada byk titik2 pd diri kita, menjadi TANDA2 utk ingatkan kita. Jom kita ingat balik. Jom gerakkan titik2 cahaya pada badan kita. Jom bina garisan2 cahaya yg mewajahkan pengalaman jasad, ruang & masa kita. TIAP GARIS ADALAH TITIK CAHAYA YG BERGERAK. GERAK ITU MEWAJAHKAN RUANG. Jom gerak & wajahkan ruang yg boleh mengingatkan kita pada titik cahaya asal. Titik, garis, ruang & masa hadir dari kita. Ia hadir dari lubuk sedar yg paling halus, dari satu titik cahaya yg sgt halus. Kitalah titik tu. Jom ingat balik.
Sekian. "
#didikjiwahalus

DALAM TIAP TITIK & MOMEN
DALAM TIAP TITIK & MOMEN
"Apa yg mesti dicipta terlebih dahulu utk membolehkan kita mengalami tiap titik & momen, termasuk membaca ayat2 ini?" #didikjiwahalus
"Apa yg mesti dicipta terlebih dahulu utk membolehkan kita mengalami tiap titik & momen, termasuk membaca ayat2 ini?" #didikjiwahalus
TOKSAH MEMANDAI
"Toksah memandai" bukanlah frasa anti-intelektual. Ia adalah frasa peringatan terhadap kepura-puraan menggayakan keintellektualan dlm kejahilan.
Tuesday, 2 October 2018
KEARIFAN
Kalau tahu & suka ambil tahu tentang orang lain, mungkin boleh dipanggil pandai. Tapi kalau tahu & kenal diri betul2, itu dipanggil kearifan.
(Pinjam dari Lao Tzu)
(Pinjam dari Lao Tzu)
Friday, 28 September 2018
TITIK ASAL
Setiap kita bermula sebagai satu titik halus di atas dinding rahim ibu. Rahim itu maksudnya belas. Kita bermula sebagai titik dalam belas. Jom kembali ke titik itu.
Utk menjadi titik dalam belas, ibu-bapa kita mestilah dicipta, bertemu, berkasih & belas. Kasih & belas itu cahaya yg halus. Utk mereka bertemu, tersangat byk perkara mesti berlaku, yg perlu dirancang dgn amat teliti & tepat. Apabila cahaya kasih & belas kedua ibu-bapa kita bertaut, terhasillah kita, satu titik halus dlm belas atau rahim ibu. Sebab itu dimuliakan sbg cahaya mata. Dari cahaya, menjadi titik. Dari titik, perlu dirahimi atau dibelas selama 9 bulan utk menjadi gabungan unsur2 tanah, air, api & angin hingga bergelar bayi manusia. Sebab itu bila melihat bayi, kita rasa cahaya kasih & belas. Cahaya itu juga adalah asal kita.
Utk kita menjadi titik dlm belas, kedua ibubapa kita mesti dicipta, keempat2 atok & nenek kita mesti dicipta, moyang2 kita mesti dicipta, Nabi Adam mesti dicipta, bumi mesti dicipta, sistem solar mesti dicipta, galaksi bimasakti mesti dicipta & utk galaksi bimasakti dicipta, seluruh Alam mesti dicipta.
Seluruh alam mesti dicipta utk kita nenjadi satu titik belas atas dinding rahim ibu.
Seluruh Alam dicipta utk kita menjadi saksi yg mengalaminya, pd setiap titik, setiap detik sedar dlm hidup kita. Dalam tiap titik & detik, ada seluruh Alam.
Jika seluruh Alam perlu dicipta utk kita mengalami setiap sekarang, bagaimana kita mengisi setiap sekarang setiap titik & momen hidup kita ini?
Jom getarkan & bangunkanlah dlm sebutan 'Rabbil' alamin'.
Jom kembali kpd titik asal.
Thursday, 27 September 2018
Wednesday, 26 September 2018
HARGA DIRI TINGGI
Balas yg paling osem adalah
....jaga harga diri takyah nak rendahkan dgn balas dendam.
....jaga harga diri takyah nak rendahkan dgn balas dendam.
Friday, 21 September 2018
UDAH LE
Duhai,
Yg byk komplen je
Yg byk menengok je
Yg byk menghukum je
Yg byk menakutkan je
Yg byk cakap je
Yg byk marah je
Yg byk mengguna je
Yg byk mengambil je
Yg byk merisaukan je
Yg byk benci je
Udah le tu.
Yg byk komplen je
Yg byk menengok je
Yg byk menghukum je
Yg byk menakutkan je
Yg byk cakap je
Yg byk marah je
Yg byk mengguna je
Yg byk mengambil je
Yg byk merisaukan je
Yg byk benci je
Udah le tu.
GEMABELAS 3
Duhai saka & baka angkuh yg enggan sujud,
BELAS tidak boleh diracun, dilupus & dibunuh. ALLAH Maha Belas.
GEMABELAS 2.
Teruslah gemakan BELAS. Yang datang, sambut sebagai kawan. Yang lari & hilang, relakan.
GEMAKAN BELAS
Jenis rupa manusia tapi ada saka baka iblis ni selalunya akan lari bila dengar gema BELAS.
Teruslah gemakan BELAS.
Teruslah gemakan BELAS.
Thursday, 20 September 2018
SILA BERAMBUS
Tinggi pelajaran
Rendah budi
Hebat bakat
Tak lekat berkat
Pengetahuan banyak
Adab digasak
Makan najis sendiri
baling pada orang
Sila berambus duhai toksik puaka
Rendah budi
Hebat bakat
Tak lekat berkat
Pengetahuan banyak
Adab digasak
Makan najis sendiri
baling pada orang
Sila berambus duhai toksik puaka
KESETANAN TAKKAN MENANG
"Hoii syaitan & para pengikut mu, kamu takkan dpt meracun & belas aku."
Selamat pergi Dudu anak Duma. Jgn lupa bekalkan syafaat. Kirim peluk cium buat Duma. Dudu sondollah dia mcm awak sondol abah. Abah dah penat nak sedih. Abah redha.
Tapi kesetanan yg merasuk manusia celaka yg bertopeng takkan menang.
#gemaBELAS #BELASinsan #BELAShaiwan
ANGST LE KONON
I used to b an angry man. I was even encouraged by the label 'angst' as if its cool to b one. Then I met a wise person who told me,
"Anger is a punishment u give yourself for someone's else bullshit."
Now Im taking a pill everyday to stabilize my blood pressure.
"Anger is a punishment u give yourself for someone's else bullshit."
Now Im taking a pill everyday to stabilize my blood pressure.
Monday, 17 September 2018
REMEDY FOR FEAR, RESENTMENT & ANGER.
My mind used to b infested with fear, resentment and anger, hiding behind what we normally labeled as intellect. Then a kind person gave me the remedy. They are called faith, acceptance & love.
JENIS JANGAN IKUT
Kecam dulu, siasat kemudian.
Rajin bercakap & berkarya tentang macam2 isu popular, malas utk tolong menyelesaikannya.
Bersuara cepat & kuat, membantu lambat & ketat.
Cari salah orang pandai, salah sendiri tak sedar.
Nampak mcm penyelamat, tapi diri sendiri pun tak mahu dirawat.
Semua dia tahu, tapi takda satu pun dia lalu & kenal.
Jgn ikut jenis ni. Kalau ramai, jauhkan diri. Kirim doa.
Sunday, 16 September 2018
THE FALACY OF KNOWING, HAVING & THINKING
Too noisy in knowing
Too shallow in believing.
Too much of having
Too little of being.
Too thick in thinking
Too thin in emphatizing.
The remedy:
Be mindfull of knowing, having & thinking.
Too shallow in believing.
Too much of having
Too little of being.
Too thick in thinking
Too thin in emphatizing.
The remedy:
Be mindfull of knowing, having & thinking.
TAHU & KENAL
Tak sama antara tahu dgn kenal.
Orang yg tahu, kuat fikirannya.
Orang yg kenal, kuat keyakinannya.
Friday, 14 September 2018
HILANG & JUMPA DIRI
Nak jumpa (menyukakan) ramai orang, kena sanggup kehilangan diri sendiri.
Nak jumpa diri sendiri, kena sanggup kehilangan ramai orang.
Nak jumpa diri sendiri, kena sanggup kehilangan ramai orang.
Tuesday, 11 September 2018
Sunday, 2 September 2018
PERCAYA & JADI
Jom jadi saksi yg sedar akan 3 getaran kuantum - fikir, rasa, percaya. Agaknya, mana yg lebih mendasar, lebih halus? Adakah apa yg kita fikir dipengaruhi oleh apa yg kita rasa atau sebaliknya? Cuba saksikan fikiran dan perasaan kita sendiri, bukan org lain. Apa yg kita fikir & rasa dipengaruhi oleh apa yg kita percaya. Apa yg kita percaya dgn yakin, jadi. Ujian fikiran & ujian perasaan, tak sehebat ujian kepercayaan & keyakinan. Cakap teori guna ilmu buku dan ilmu tahu memang sedap goreng sampai hangit. Tapi ujian kepercayaan & keyakinan ini examnya dlm hidup bukan atas kertas. Itulah ilmu lalu. Setiap org ada exam masing2 ikut tahap atau makam dia. May the force b with us. Sekian, petikan sembang dgn puan @nabila_shila
FOREST-BATHING
Forest-bathing can:
1. Boost the immune system
2. Increase energy
3. Decrease anxiety, depression & anger
4. Reduce stress & bring about a state of relaxation
(Dr. Qing Li. "Shinrin-Yoki: The Art & Science of Forest Bathing. How trees can help you find health & happiness", 2018)
Experience the healing Tree Top Walk, only 3 kilometers from #RumahTokCu #kebunDsedim.

Subscribe to:
Posts (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...