Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan dan jari hantu dipasang untuk melihat bentuk. Maklumat dari temu bual rata-rata tidak menyentuh tentang perkaitan antara abjad yang terbentuk dengan pesilat.
Hanya abjad yang terbentuk dari gerak Silat itu dikupas berdasarkan kosmologi Sufi di mana dalam kerangka-kerangka pemikiran Sufi ini ada menyebut tentang hubungan dan kewujudan abjad pada tubuh badan manusia. Kajian tentang abjad sangat digemari oleh golongan Sufi. kerana kajian abjad merupakan satu daripada cabang pendekatan untuk mengenal diri dan ketuhanan dalam Sufi. Antara lain yang di sebut juga adalah golongan Sufi banyak mengupas lebih dalam tentang abjad dalam sains simbol bagi menyokong hujah-hujah dalam ketuhanan.
“Sufis and Muslim esotericists wrote complex treatises on the Science of Letters, drawing upon letter-simbolism found in the Qur’an to support their various hypotheses”
(Darr,2008:3 )
Temu bual dengan Dato Haji Hashim seorang pengamal dan pengajar dalam bidang kesufian menyatakan “Lam Alif” Ini dapat di kaitkan dengan “Lam Jalalah”. Ia mempunyai kaitan dengan rahsia insan iaitu, rahsia asal kejadian insan sejak dari sebelum alam benih lagi, dan juga ada kaitan dengan rahsia huruf-huruf hija'iyyah. “Boleh dikatakan lambang Lam Jalalah ini memenuhi pada tubuh insan”. Dan Lam Jalalah ini ada pada diri tiap-tiap insan yang mengenal dirinya. Pengkaji juga ingin memetik satu surah dari Al-Quran tentang kenyataan informan mengenai tanda pada diri iaitu :
“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada diri mu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?”
(Adz Dzaariyaat: 20-21)
Di katakan bahawa abjad Lam alif representasi lam jalala yang terdapat pada tubuh badan manusia.
Tambah beliau lagi Lam jalala juga dikatakan ada kaitan dengan "Tenaga" alam semesta. Juga di katakan ada kaitan dengan rahsia Bismillah, dan pelbagai lagi. Keberadaan Lam Alif sebagai simbol yang menujukan keesaan Allah sebagai tuhan yang Esa Raja sekalian alam. Lam alif jika di dilihat dari sistem nilai nombor numerologi tarekat Sufi Naqshahbandi menyatakan, Lam Alif tidak ternilai dan tiada dinyatakan angka padanya. Lam alif dalam kalimah tauhid merupakan satu syahadah, menyatakan tiada. Tiada itu bermaksud tiada tuhan selain Allah. Syahadah adalah pernyataan kesaksian pengakuan ketundukan penyerahan diri secara total (intensif & berterusan). Lam alif juga di ertikan kepada perkataan “Lam Jalala”. Lam jalalah diertikan, akronim atau singkatan dari “laa haula wala quwwata illa billah” maksudnya “tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.(Syamsiar, 2001). Selain di sebutkan sebagai tanda kebesaran dan wujud Allah, Lam alif atau di akronim dengan Lam Jalalah ini secara diskursifnya dapat kita lihat pada amalan memagar dari ancaman makhluk halus. Ia digunakan untuk mengunci atau membentengi diri seperti dalam persilatan jurus dan langkah.
“Pa’ Ariffin mentioned that the lam jalala exists in several varieties, specifically 1,3, 4, 6, 8, and 9. Each one of these exists as a separate entity that can be related to a pattern of movements (juros). The footwork pattern and the movements of the arms and hands are all associated to the lam alif; alif being a straight line, and lam the curve that traverses it in Arabic. Together this forms the Arabic word لا (haqq), which is the badge logo for Seni Silat Haqq Melayu.”
(D.S. Farer 2009:264)
ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
ReplyDeleteWA : +85587781483