Monday, 28 August 2017

GAGAH & BAIK

Mencari kelemahan org lain tidak membuatkan kita gagah. 
Mencari kejahatan org lain tidak membuat kita baik. 

Sunday, 27 August 2017

HERO

Kemampuan menunding jari kpd penjahat tidak menjadikan secara otomatis seorang itu hero, kecuali hero jadian. 

YG PERCAYA

Takpa...ambiklah berpuluh, beribu, beratus, berjuta, bermilion, bilion, trilion org yg 'tahu'.

Cukup dgn seorang yg 'percaya'.

MENYELESAIKAN MASALAH

Kemampuan 'mencari salah' tidak secara otomatis membuatkan seorang itu mampu 'menyelesaikan masalah'. 

MENGENALPASTI MASALAH

Ada perbezaan antara 'mengenalpasti masalah' dgn 'mencari salah', wokay. 

Monday, 21 August 2017

PENYAKSI


Gelombang kuantum itu terisi daya elektro-magnet yg menemukan penyaksi dgn apa yg ingin disaksinya. Yg kiri (1956) & kanan (1986), timbul di kaki lima Lebuh Armenian minggu lepas. Yg tengah (2017) tu timbul di Butterworth Fringe Fest sehari kemudian. Ketiga2 berpakat melengkapi satu sama lain utk mencerah si penyaksi. Mungkin perlu tambah karya Copra "The Tao of Physics" agar lebih cerah. Nak buka lanjut, silalah. Ada rezki, singgahlah ke #7TingkatPermai. Moga Allah Tunjuk kita jalan.


Sunday, 20 August 2017

KULIAH ALAMIAH

29 Julai 2017,
Senja, malam, subuh dan pagi di Puncak Bukit Gondol, Pulau Dayang Bunting,
Langkawi. 

Alam adalah sahabat dan guru yang terbaik. Bukit, awan, langit, bintang, bulan, matahari, hujan, angin, senja, malam, subuh, pagi, siang, - semuanya memeluk kita dalam belas. Sahabat adalah cermin. Kita berkongsi getaran. 

Kuliah adalah makanan utk tahu (pengetahuan). Alami adalah makanan utk lalu (pengalaman). Pengetahuan adalah makanan minda-akal, pengalaman adalah makanan rasa-kalbu. Minda dan rasa, akal dan kalbu, bergabung menjadi aku. 

Aku ada dua - aku yang tinggi-halus dan aku yang rendah-kasar. Aku yg halus adalah getaran minda dan rasa, akal dan kalbu (intuisi). Aku yang kasar adalah badan fizikal. Perlu imbang antara keduanya. Jambatannya ada dalam nafas. 

Dalam nafas ada belas. Pintunya dibuka dengan ikhlas, Mulakan dengan diam. Dengar zikir degup jantung. Jadilah saksi yang sedar, tentang apa yang sedang difikirkan dan dirasai, setiap sekarang. Pilihlah utk tarik, tanam dan hembuskan belas, setiap sekarang. Jadilah aku yang menggemakan Belas Alam.  

Nature is the best teacher and friend. Friends are mirrors. Hills, clouds, the sky, the stars, the moon, the sun, the rain, the wind, sunset, night, dawn, morning, day - all embrace us in compassion. Friends are mirrors. We share vibrations. 

Lecture is for knowing, experiencing is for being. Knowing is for the mind, being is for the heart. Mind and feeling, intellect and intuition, converge to be the 'I'. There are two I's. There are the higher-intangible I and the lower-tangible I. The higher I is the vibrations of our mind and feeling, our intellect and heart (intuition). The lower I is our physical body. Both must be balanced.The bridge is in breathing. 

In every breath there is compassion. The door is opened by honesty. Start with silence. Hear the invocation of our heartbeats. Become the witness of one's own mind and feeling. Choose to inhale, embed and exhale compassion, every now. Be a compassionate I, both the higher I and the lower I. Be the I who echoes the compassion of the Universe.

Photography by Yuzai Abe
Editing and processing by KebunJiwaHalus
Guest Photographer : Huzaifah Assaid
Additional photographs : Langkawi Visual Artists Association

#gemaBELAS2017
#BELASalamLANGKAWI
#BelasAlam360BukitGondol
#Didikjiwahalus
#Langit&Bumi
#Negaraakuosem
#Balaiseninegara














Saturday, 19 August 2017

NAIK BUKIT GONDOL

28 & 29 Julai 2017
Bukit Gondol, Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Semasa meredah ke puncak, angkuh kami pecah dihentak gerabak besi yang ditarik trektar gagah. Adegannya persis menyeludup buruh ladang tanpa negara, menimbulkan belas terhadap komuniti terpinggir yg sering terusir. Terimakasih tak terhingga kepada pilotnya, Bang Sarip dan Wak. Mereka krew Felcra yg dengan selamba mengemudi trektar di celah cerun 45 darjah dgn sebelah tangan saja. Mereka juga menyediakan 'delivery service' kopi o panas dengan kapcai, turun-naik Bukit Gondol termasuk meredah hutan dan ladang getah dalam gelap gelita. Turun 30 minit, naik 30 minit. Kami yg dulu buta hati, tercelik (dan ada yg terbeliak) mata hati. Jika ada belas terhadap alam yang dihuni, mata yang gelap boleh disuluh oleh hati yang cerah dan terang. Osem!

While climbing up to the top, our pride and ego were broken to pieces by a metal container that was pulled by a strong tractor. The scene reminded us of the trafficking of Stateless plantation workers, whilst instilling a pinch of compassion towards the often marginalized and deported communities. Thank you so much to our pilots, Pak Sarip and Wak. Both of them are Felcra crew who easily steered the tractor down and up 45 degree slope at times, with only one hand. They also provided a delivery service to bring us hot black coffee, riding down and up the hill with their kapcai bikes, including passing through a jungle and rubber plantation in the darkness of night. 30 minutes down, and 30 minutes up. Our blind hearts we opened. If we have compassion towards the habitat that we dwell in, our blind eyes can be guided by enlightened hearts. Awesome!

Photography by Yuzai Abe, Huzaifah Assaid and Langkawi Visual Artists Association
Photo editing and processing by KebunJiwaHalus

#gemaBELAS2017
#BELASalamLANGKAWI
#BelasAlam360BukitGondol
#Didikjiwahalus
#Langit&Bumi
#Negaraakuosem
#Balaiseninegara





























SUARA PALING SEDAP


"Suara yg paling sedap adalah suara anak2 yg gembira. Ia obat penawar & pemulih paling osem." Salam kasih buat anak2 Kg Selat. Sampai la ni atok masih dengaq suara hangpa.

("The most wonderful voice is the voice of happy children. Its the best remedy and healer" Lots of luv to the kids of Kg Selat. I can still hear your voices now)

#belasalamlangkawi #BengkelGemabelas #SKSelatBaganNyiur #belasinsan  #didikjiwahalus #negaraakuosem #balaiseninegara

HALUS YG BELAS

Dunia halus-dunia kasar
YG BELAS

Apa yg kita fikir dan rasa, berkait terus atau menyumbang kpd realiti fizikal kita. Fizik kuantum dah buktikan. 

Apa implikasinya?

Perubahan pada realiti dunia luar (dunia kasar) bermula dari satu 'tempat di dalam'. Maksudnya 'realiti dunia dalam' atau 'dunia halus'. Ia adalah dunia fikiran (akal) dan perasaan (kalbu) kita. 

Jika nak berubah, mestilah bermula dgn mengubah cara 'dunia halus' kita melihat realiti dunia kasar. 'Dunia halus' menyumbang kepada realiti 'dunia kasar'.

Dalam kata lain, persepsi dan sikap kita terhadap dunia kasar adalah refleksi atau bayangan dunia halus kita.

Pendekkan cerita, jom tanya....,kita ni semua 'happy' ke?

Nak jawab tu, kena tanya lagi, kita ni melihat dunia kasar dari lensa 'dunia halus' yg 'happy' ke? 

Atau dari lensa 'dunia halus' yg penuh benci dan marah?

Tanya lagi. 

Kita ni secara umumnya sedang melihat dunia kasar yg dipanggil negara Malaysia dari lensa 'dunia halus' yg macam mana? 

Kasih sayang? Benci? Selamat? Terancam?

Jika kasih sayang, baguslah. InsyaAllah, terhasillah dunia kasar yg penuh kasih sayang dan belas.

Kalau benci?

Jika kita sebelum ni sibok sgt nak selamatkan mcm2 hal dunia kasar, selamatkan le dulu dunia halus masing-masing dari ancaman benci, hasad-dengki, tamak-haloba, tak syukur nikmat, angkuh, sombong, bongkak, berburuk-sangka, dan segala saka penyakit dunia halus. 

Orang yg dunia halusnya sendiri penuh benci (walaupun pandai 'cover'), tak boleh menyelamatkan negara dari kebencian (yg suka benor ditunding pada 'orang lain' oleh 'yg pandai cover' ni). 

(Contohnya: Karya seni halus yg hadir dari 'dunia halus' penuh benci, dlm bentuk fizikal (dunia kasar) mcm mana sekalipun, hanya akan menyumbang kpd penciptaan realiti dunia kasar yg penuh kebencian.)

Orang yg dunia halusnya dengki, tak boleh menyelamatkan negara dari kedengkian. Org yg dunia halusnya tamak, tak boleh menyelamatkan negara dari ketamakkan. Orang yg dunia halusnya sakit, tak boleh menyelamatkan negara dari kesakitan.

Oleh itu, kepada yg komited nak selamatkan negara Malaysia, jom la kita sama2 pi selamatkan 'dunia halus' kita ni terlebih dulu dari segala mcm bahana dan penyakit. 

Mulakan dgn 'Belas'. Moh le.

(Posting ini akan 'self-destruct' bila dilupakan. Takpa, terpulang).

GURU & SAHABAT TERBAIK

27-30 Julai 2017
Pulau Tuba,
Langkawi.

Alam adalah guru & sahabat yg terbaik. Izinkanlah anak-anak kita bermain dan berguru dengannya, bukan dgn telefon bimbit sahaha. 

(Nature is the best teacher and friend. Please allow our children to play and learn from it, instead of from handphones only). 

Photography by Huzaifah Assaid (Ujay)

#gemaBELAS2017
#BELASalamLANGKAWI
#Belasinsan
#Didikjiwahalus
#Langit&Bumi
#Negaraakuosem
#Balaiseninegara






TEMUJANJI DARI LANGIT

"We are what we believe, more than what we think."

"Kita ialah apa yg kita percaya, lebih dari apa yg kita fikir."

Temujanji #DidikJiwaHalus dari langit dgn Hafiz, Afiq, adik dan ibunya Puan Nooraini, di #7TingkatPermai.






Friday, 18 August 2017

PULANG YG PALING OSEM

Pulang yg paling osem adalah pulang kembali kpd fitrah. 

(Barakat, Selat Bagan Nyiur, Pulau Dayang Bunting, Langkawi)

Foto oleh Huzaifah Assaid. 


SUARA HATI MASA DEPAN

29 Julai 2017
Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyiur.
Pulau Dayang Bunting. Langkawi.

Suara, tulisan dan lukisan yang paling osem didengar, dibaca dan ditonton 'sekarang', adalah suara hati masa depan kita.

(The most awesome voices, writings and drawings to be heard, read and seen 'now' are the voices from the hearts of our future) 

Photography by Yuzai Abe
Editing and proceessing by KebunJiwaHalus

#gemaBELAS2017
#BELASalamLANGKAWI
#Belasinsan
#SKSelatBaganNyiur
#Didikjiwahalus
#Langit&Bumi
#Negaraakuosem
#Balaiseninegara
















AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...