Sunday, 23 December 2018

LAKAR - LAMAN KARYA LUMUT



LAMAN KARYA LUMUT
Ternyata frekuensi atau gelombang minda itu pembuka rezeki. Apa yg kita fikir & cari, kita dapat. Cari pasal dapat pasal. Cari masalah, dpt masalah. Cari musuh, dpt musuh. Cari isu, dpt isu. Sekiranya kita tak suka sesuatu, tak payahlah kita fikir & cari. Fikir & carilah apa yg kita suka. Barulah apa yg kita tak suka itu hilang dari radar alamiah fizikal kita. Mahu hilangkan kejahatan, maka fikir, cari & buatlah kebaikan & kebajikan. Yang seringkali dipinggirkan oleh jenis yg suka mencipta sinario negatif serta mencari (juga intai2 dan korek2 kejahatan) adalah cari kesejahteraan menerusi kegiatan2 yg menyihatkan jiwa. Sudah sepatutnya difikir & dicari adalah kesejahteraan.


Mungkin itulah juga yg dicari oleh Noor Azizan Paiman, isterinya Suhaila Hashim & adik-adik mereka apabila mereka menghantar kertas cadangan utk mensejahterakan ruang publik Lumut Waterfront yg suatu ketika dulu makin pudar. Apa yg mereka fikir dan cari itu, hari ini mereka dapat.

Apa yg mereka fikir & cari tu?


Mereka fikir & cari ruang karya yg dpt mensejahtera minda, jasad & jiwa diri & publik dalam suasana kampung lengkap dgn romantisma anjung2 terbuka, pohon-pohon kelapa, bukit menghijau, lautan terbentang, bulan mengambang dan angin sepoi-sepoi bahasa. Romantisma ini tidak berhenti di situ. Mereka juga memikir & mencari ruang yg disulam dgn nuansa indie milenial yg berjiwa muda, selamber, santai, bersahaja, jujur, bebas dari nahu2 institusi mahupun korporat, merdeka dari keruh perniagaan nafsu berasas tamak melampau, tersendiri tapi tidak eksklusif, unik tapi inklusif & mesra manusia sederhana.


Mereka memikir & mencari ruang yg terisi dgn perkakasan atau hardware beritual guna-semula objek2 jumpa & terpakai, amalan re-purpose, up-scaling, up-cycle dan D.I.Y. Mereka memacu getar fikir & cari itu dgn rasa syukur merendah tanpa perlu terlalu membongkok sampai bengkok. Mereka angankan ruang hipsterisasi tak menyombong & bebas diskriminasi umur.
Ruang romantisma kampung bernuansa indie mereka itu disulam pula dgn kesadaran alamiah & kelestarian. Sauhnya adalah ruang santai yg dipacu 'Kuasa' utk mengajak pengunjung kembali senafas, se-urat & senadi dgn kuasa alam. Ia memujuk publik utk kembali melestarikan diri dgn persekitaran semulajadi yg makin nazak dibakar tamak. 



Alam adalah guru terbaik, denai ilmu lalu yg dpt mengimbangi ilmu2 tahu yg dikutip dari buku & guru. Ternyata alam adalah denai rohani yg membawa manusia kembali kpd fitrah kesaling-bergantungan serta pertautan kuantum sesama manusia, antara manusia dgn alam, dan paling mendasar, manusia dgn Pencipta. Belas alam juga membelas insan, yg menempiaskan Yg Maha Belas. Alam menzikirkan 'BelasKu meliputi segalanya'.
Ekologi sebegini senafas dgn spiritualiti, disantuni dgn istilah 'spiritual ecology' dlm wacana kelestarian sezaman. 


Ekologi alamiah adalah innernet yg jauh lebih hebat dari internet. Rangkaian sistem akar dlm bumi itu bertaut & berkomunikasi dgn sistem saraf manusia merentas dimensi fikir yg lojik & linear. Sainsnya berpaksi kemanusiaan & keTuhanan, bukan kebendaan yg memandulkan belas. Keilmuannya dilembut & diinsani dgn budi, rentas sains & seni, imbangi otak kiri otak kanan, rasionaliti & intuisi, fikir & zikir.


Fikir-cari Noor Azizan, Suhaila & adik-adiknya menemukan mereka kpd sebuah habitat sihat yg menjanjikan potensi hari esok, sekarang. Habitat itu mereka jenamakan-semula sebagai LAKAR - Laman Karya Lumut.

Di dalamnya terisi dgn sub2-ruang yg menyajikan santapan jiwa, minda-rasa & jasad yg sihat. Sepanjang 4 bulan lepas, mereka gigih melakarkannya. Yg dilakar menjadi nyata itu akan berterusan. Setakat yg sudah terzahir, adalah petanda2 yg molek. Ada ruang pengisian tentang kesadaran ekologi & alam-sekitar, anjung buku dan membaca terbuka yg mengadap laut & langit biru sambil dihembus bayu selat. Ada ruang utk berkarya dlm bahasa visual & bunyi & tentunya, ruang menjamu selera. Byk lagi yg bakal dilakar. Semuanya adalah kerja2 kuratorial yg perlu menyatu. Yg dikurasikan utk para pengunjung tidak lagi terkepung oleh nahu 4 dinding galeri, tidak lagi dikepung oleh pemisahan2 ilmu yg menipiskan kemanusiaan. Yg bakal dikurasi adalah suatu perjalanan atau pengembaraan rentas-ilmu yg diharap dpt membawa kesejahteraan.


Moga segala yg difikir & dicari oleh Noor Azizan Paiman, Suhaila & adik-adiknya itu dipacu oleh getaran kasih & belas. Paksi kpd fikir & cari adalah getaran yakin & percaya. Yakin & percaya adalah talian terus kpd Yg Maha Belas. Ia adalah tiang kpd segala yg difikir & dicari, termasuklah rezeki.


Kita kirim doa buat LAMAN KARYA LUMUT.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...