Monday, 8 January 2024

BEBAS GELARAN & KECAIRAN

 









Beberapa bulan lepas, Ishak, Hamidi, Daud dan Isarezal datang jauh dari Sri Iskandar ke @rumahtokcu utk ziarah saya. Saya rasa terharu dan sgt menghargai ziarah mereka. Saya tanya Ishak, "kau amal (uji) tak apa yg kau ajar? Kalau tak, kau munafik!" . Saya tak tau kenapa itu yg keluar dari mulut saya, terutama pd pensyarah muda yg ada Phd dan gelaran Dr. Mungkin itu projeksi ketakutan saya sendiri menjadi munafik dlm mengajar. Memang nadanya keras, tapi saya takkan menipu perasaan saya depan mereka yg saya hormati dan hargai. Ishak letak sergahan saya itu dlm esei dia utk pameran para pensyarah UiTM cawangan Sri Iskandar, Perak. Dia tulis tentang dikotomi atau dualiti antara akademik dan praktis. Dia memberi reaksi terhadap isu yg disembangkan di @rumahtokcu itu menerusi penulisan. Alhamdulillah. Saya pergi ke pameran itu di Segaris baru2 ini.

Beberapa hari lepas, Ishak, Hamidi, Daud dan Isarezal dtg lagi dari jauh jumpa saya, tapi kali utk alami H3RO : PULANG di @ap.artgallery . Hamidi dan Daud antara bekas pelajar saya di UiTM Shah Alam yg awal ketika zaman saya panas, baru pulang ke Malaysia, bergelar pensyarah. Saya mengajar mereka seni lukisan dan catan. Mereka antara pelajar yg rajin, tekun, tinggi kemahiran, berbudi pekerti dan menghormati guru, walaupun saya rock waktu tu. Saya amat2 bangga dgn pencapaian mereka sbg pensyarah dan pengkarya, masing2 amat prolifik berkarya, disamping menjadi suami dan bapa yg baik. Isarezal pula antara pelukis yg saya minati karya2nya. Saya bersyukur krn Allah berikan rezki utk saya kongsikan karya H3RO yg sgt dekat di hati saya bersama mereka. Saya berharap, mereka mengalami sesuatu yg merentasi soal dikotomi akademik & praktis spt yg ditulis oleh Ishak. Ada sesuatu yg lebih halus, dekat dan cair yg mendasari kerja kita, baik akademik mahupun praktis seni. Dan ia tidak memerlukan gelaran dr., profesor, pelukis, pensyarah atau ahli akademik. Kecairan ini tidak memerlukan KPI, ROI dan segala mcm penilaian bersuku, sukat, sakat utk naik pangkat serta meninggi darjat.

Terima kasih byk2, 

@ishak.ramli_cetak.studio @daudrahim_coretstudio @sarangrupa_hamidihadi @issarezal

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...