Tuesday 9 January 2024

POSTING DARI LANGIT

 









POSTING LANGIT.

Seminggu yg panjang, adegan penutupnya adalah langit yg dibuka di ufuk Pengkalan Chepa. Bulan, venus & jupiter yg taat betawaf seperti yg difitrahkan, kelihatan seperti sedang meluruskan saf. Dari bingkai tingkap pesawat, aku saksikan mereka berbaris juga. Jika seminggu ini satu kuliah, ia seperti sedekad yg dipadatkan. Dalamnya terkandung topik2 yg menyental jantung. Yg paling terkesan adalah pulangnya bonda mertua kerahmatullah. Dia pergi diam2 sendiri, spt memahami orang lain sibuk mengejar mimpi benda di dunia. Penutup untuk minggu ini seakan berpesan lembut, "ingatlah tentang Isra' & Mi'raj Rasulullah, sambil kau berlepas dan mendarat, naik dan turun tu." 

Bayan Lepas - Subang - Kuala Lumpur - Shah Alam - Puncak Alam - Subang - Pengkalan Chepa - Kota Bharu - Kg Pulau Tengah - Kg Pulau Gajah - Peringat - Bachok - Pengkalan Chepa - Bayan Lepas. Seminggu yg sgt sarat.

Jika mahu naik ke langit, buanglah segala yg memberatkan di bumi. Sekejap je pesan tu muncul. Serta merta ia dihijab oleh keriuhan minda aku yg dihambat berat mimpi benda.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...