Tuesday, 6 May 2025

PROSES (OLEH HASMI HASHIM)

 


PROSES 

Menengok pameran lukisan itu perkara biasak. Sama macam menengok konsert. Di saat semuanya sudah rapi. Tersusun.

Tapi, menengok persiapan untuk satu-satu pameran lukisan, itu jarang-jarang basak. Atau sama macam menengok persiapan sebuah konsert. Di sana, kita sedang memerhati sebuah proses yang penuh dengan ketidak-kesempurnaan; macam bata-bata yang disusun dari dasar, butir perbutir—dan macam hidup ini, ‘jawapan’ bukan bata intan yang lebih berharga dari proses. Bukan segala-galanya. 

Sementara, siapakah yang menghargai kerja keras di belakang sesuatu jawapan, atau konsert, atau pameran? ~ Ada. 

Meski sedikit.

Proses itulah yang selalu diidam-idamkan oleh “Sang Pencari”: oleh seseorang yang mahu memahami barang sesuatu, walau bukan dengan jalan mudah. 

Selalu panas. Berlendir. Lekit.

Di hari pameran nanti, orang pun hadir. Macam di ketika konsert, hadirin bergentayangan. Mereka pun menyanyi. Bertepuk sorak. Memetik gambar. Membubuhkannya di media sosial. ~ Tiada salah.

Cuma yang tidak dirasakan ramai ialah ‘nikmat’ panas, lendir, lekit itu tadi. Yang selalu dirindukan oleh sesiapa pun Sang Pencari; yang tetap sahaja melangkah, memikul kiraan waktu di bahu.

[Foto: Anak-anak muda yang sedang membantu menyempurnakan pameran Hasnul Jamal Saidon dan Raja Shariman Raja Azidin di Galeri Shah Alam petang tadi].

No comments:

Post a Comment

"APA ITU CAHAYA?"

  Zumi ku terbang ke langit. Dia bertemu Al-Ghazali yg pernah aku tekuni. Zumi tanya, "sekarang saya dah mati, takda jasad. Adakah say...