Thursday, 5 April 2018

MEMBERI 'HAYAT'.


MEMBERI 'HAYAT'

Arafat Hambali pernah berguru dgn Noor Azizan Paiman. Gurunya itu pernah berguru pula dgn saya. Secara lahiriah, saya tidak rapat dgn Arafat. Saya lebih kenal facebook dia, dari orangnya. Tapi saya percaya, ada getaran batin halus yg menjodohkan tulisan ini dengan Arafat. 

Getaran itu jugalah, saya percaya, yg membina tautan jodoh seorang wanita dengan seorang lelaki. 

Saya pernah berjumpa Arafat di Balik Pulau, Pulau Pinang. Waktu itu wajah dia berseri seperti ada cahaya memancar. Kulit dia yg gelap pun nampak cerah. Saya juga bertemu isterinya. Wajah dia pun berseri. 
Waktu itu saya termonolog "mungkin seri dari dua wajah ini adalah tanda dan prelud kelahiran." 

Jodoh, bila diper'hati' dan di'hayat', adalah laluan utk kelahiran. Kelahiran dari cahaya kpd jasad atau badan memakan masa 9 bulan. Tanahnya dimuliakan dgn panggilan 'rahim'. Maksud rahim itu 'belas'. 9 bulan cahaya yg menjadi jasad itu perlu dibelas sebelum dilahir. 

Laluan utk kelahiran cahaya ini saya murnikan sebagai laluan hati dan laluan hayat. Jasad yg lahir dimuliakan dengan panggilan 'cahaya mata'. Bahasa kasarnya, anak. Indah dan halusnyanya orang Melayu, membahasakan 'anak' sebagai 'cahaya'. Ia adalah ungkapan yang tepat dari segi fizik kuantum dan indah dari segi estetik. 

Pada mata setiap ibu dan bapa, anaknya ialah 'cahaya' yg menerangi hidup. Cahaya halus yang bergetar tinggi itu bayangan Yg Maha Kasih dan Belas. Apabila mata seorang ibu atau bapa melihat dgn kasih dan belas, dia nampak 'cahaya' dari Yg Maha Kasih dan Belas. Dia tidak nampak jasad, benda atau objek kasar. Mata sebegini melihat, mengalami dan mengimani makna 'hayat'.  Itulah pandangan mata hati, kata Imam Ghazali. 

Kelahiran cahaya mata memerikan hati. Sebab itu melihat cahaya mata itu memerikan hati. Dalam sebutan harian, kita guna istlah 'perhati'.  Melihat dgn mata hati yg kasih dan belas menampakkan cahaya. Cahayanya mencelik, memeri dan menerang hati. Pada saya, perkataan 'perhati' atau 'memeri hati' itu indah. Tak pernah digunakan perkataan 'memerotak', atau melihat dgn fikir2 atau congak2 ego akal (otak) berlebih2. 

Melihat dgn mata hati yg belas, dimuliakan pula dgn istilah 'prihatin'. Memberi lebih masa kpd sesuatu dgn penuh 'keprihatinan' dipanggil 'perhatian'. Ibu dan bapa utk cahaya mata yg baru lahir tentunya prihatin. Saya ringkaskan dgn panggilan 'kehalusan 4 hati' - perhati, prihatin, perhatian dan terang hati.

Hati terang akan nampak dan rasa kerahmatan dlm segala yg diperhati, tembus segala ilusi dan akrobatik gambar dan tulis. 

Kata Rumi, bukan guruh yg menghidupkan tumbuhan, tapi hujan. Pemeri-hatian yg dipacu oleh cahaya kasih dan belas, persis hujan. Ia menyubur dan menghidupkan. 

Ia memberi 'hayat'. 

KEBUN JIWA HALUS
5 April 2018
7 Tingkat Permai
11700 Gelugor
Pulau Pinang. 







No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...