Saturday 9 June 2018

ADA PE DGN MESJID?

"Dia tahu aku jenis 'so what'? 'lu apa kes bangang?', kapla angin, tak makan saman, kurang ajor terutama pada jenis munafik pucuk muda yg suka berlagak warak-pandai-santun-mulia tak bertempat. 

Satu hari, aku jadi driver dia ke mesjid. Sebelum masuk mesjid, semasa nak menaiki tangga, sambil pegang tangan aku kuat2, dia bisik selamber, 

"Orang yg kuat hasnul, ialah orang yg sabar."

Lepas tu dia pi ke tiang yg dia selalu guna utk sandar lepas solat sunat. Belakang badan dia sakit. Ada retak kecil di satu tulang. Utk kurangkan sakit, dia bawa bantal kecil dari rumah. 

Bapak aku sentiasa tau di mana dan bila masa yg sesuai utk ajor anak brutal dia yg tak byk hafal ayat quran & hadis ni. Tak perlu ceramah komedi-lawak-drama-tragedi munafik berbelit2."

Kebun Jiwa Halus
9 Jun 2018.


Masjidunnaim, Taman Seri Setia, Teluk Intan. 

Ini rumah kedua yg paling dicintai Bapak aku, dia antara pengasasnya. Sakit pun kalau boleh nak pergi. Kalau takda kenderaan, dia jalan kaki. Tunggang motor scrambler abang aku pun dia tak kisah, asal dapat pergi ke sini. Sesekali aku jadi driver dia, dia mengimam jemaah, bagi khutbah, termasuk utk Hari Raya. Sesekali bila jiwa kental, aku azan, layan ilmu taranum Quran yg dia ajar, goreng lagu azan terlajak over sampai dia ingatkan, "Bilal azan ringkas je utk panggil org, bukan tunjuk riak berlagu."

Quamullail yg dia asaskan, aku tak ikut, tak cukup kuat walaupun kononnya anak ustad. Ajak bertekak cepat, quamullail lambat. 

Ramadan meriah. Lepas solat jemaah, salam kawan2 aku, salam cium tangan kawan2 Bapak aku.  Bulan Ramadan, tangkap kontrak kroni buat kerja serving jamuan more lepas tarawih, termasuk kemas dan basuh pinggan sambil ngumpat pasal perempuan. Hujung Ramadan khatam Quran. Malam Raya lepak sembang main mercun sambil piknik pra-raya dgn kawan2. Dgn kawan2 lebih tua, aku belajar ngorat dgn pick-up lines basi. Merokok pun aku belajar dari mereka. Mak aku marah, "Menatang kamu hisap tu makanan Jin!" Sampai sekarang susah nak tobat bab tu. 

Lepas solat Raya, ikut rombongan masjid pergi ziarah. Mula dgn rumah Cikgu Othman Alang, lepas tu rumah aku. Meriah. Ini momen tahunan paling happy utk Bapak aku. Sebelah petang ikut rombongan pemuda pula, targetnya rumah2 yg ada awek2 cun. Rumah Abang Mokhtar, wajib. 

Masjid ini juga port utk pasukan bolasepak yg lebih byk kalah dari menang (menang dari segi moral, utk sedapkan hati). Bosan dgn bola, kalih ke bola tampar. Kalau marah, tampar je bola, bukan orang. 

Kawan2 mcm adik-beradik, keluarga mereka jadi extended families. Nuar, Baha, Azar, dah pergi dulu. Paling terkesan ialah Azar. Tapi lagi baik ingat yg osem2 je tentang dia, seperti juga Bapak, anak sedar aku Izar dan ramai lagi. 

Naratif aku makin hilang jasad. Tapi batinnya, biarlah abadi.

Rumah yang osem dan happy adalah di hati mereka yang kasih, belas dan memaafkan kita, walaupun kita byk defisit. 

Rumah yang paling Hebat adalah rumah yang membawa kita pulang kepada Yang Maha Pengasih, Yang Maha Belas dan Yang Maha Pengampun. Sebab itulah Bapak aku amat mencintai Masjidunnaim. 

Malam Raya memang aku playback naratif ini. Ini iklan Raya aku sendiri. 

(Iklan Raya ini disahkan tanpa dedak sebarang penaja. Ia iklan bebas product placement dan logo korporat, takda over-acting mahupun komedi-tragedi meroyan yg dipentas2, dipaksa2 dan dibuat2. Takda R.O.I segala K.P.I dan rangking bagai. Takda teori2, wacana wahana utk melambung takbur)


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...