Ini refleksi peribadi. Ia bukan pandangan pakar.
Panggilan kearah pembinaan masyarakat bebas yg 'terbuka' dgn 'toleransi pukal' boleh makan diri.
Asasnya adalah dikotomi konservatisma-liberalisma. Dalam beberapa keadaan, dikotomi boleh bertukar menjadi konflik. Yang menyorok dalam konflik itu adalah ekstremisma.
Konservatisma sering disinonim dgn ekstremisma. Bahananya sudah banyak didepankan. Oleh itu, refleksi ini tidak memberi tumpuan kpd konservatisma.
Apa yg akan ditumpu adalah ekstremisma dalam liberalisma. Yang ini jarang didepani. Tapi ada arusnya, terutama jika liberalisma itu menjadi terlebih2 (ekses), dan mahu dipaksa dengan kadar terlalu pantas ke dalam suatu persekitaran dominan atau majoriti konservatisma (yg sudah bertapak lama). Lebih parah jika mahu dipaksa dlm suatu persekitaran konservatisma yg sudah tertanam dlm kesenian tradisi, budaya dan warisan (yg wajib dipelihara).
Amokan ekstremisma liberal yg gelojoh boleh makan diri. Lebih parah jika ia 'minoriti'. Utk dibaca sebagai paradoks pun boleh. Dalam arus amokan ekstremisma liberal minoriti ini, kebebasan utk mereka yg 'memberi pandangan berbeza' (majoriti yg tidak setuju) atau menyuarakan 'dissent' terhadap apa jua amalan 'keterbukaan pukal' ini, sering dihalang. Malah, dlm byk keadaan, cepat dilabel jumud, ketinggalan zaman, hidup zaman batu, rasis, bigot, seksis, homofobik, dan mcm2 panggilan lagi. Panggilan atau ejekan ini sebenarnya adalah 'rhetorical devices' atau alat2 retorika yg biasa digunakan dlm usaha membina persepsi negatif dan juga dlm mem'setan'kan (demonise) pihak yg diejek. Boleh juga berlaku 'witch hunt' terhadap mereka yg sudah ditanda dgn label2 di atas. Susulannya adalah peminggiran. Ini reaksi lazim untuk melenyapkan 'dissent'. Kadangkala, 'polis fikiran' diguna utk diamkan majoriti yg tidak setuju dgn liberalisasi pukal ini.
Bila direnung-semula, ini adalah diskriminasi terhadap majoriti yg tidak bersetuju. Ironik. Ironi inilah yg makan diri. Kebebasan, keterbukaan dan toleransi itu sendiri tidak lagi diamalkan oleh mereka yg melaung-laungkannya. Ini bahana ekstremisma liberal minoriti yg kononnya menuntut pembinaan masyarakat yg 'terbuka' dan 'toleran'. Malah, makan diri ini boleh menyemarakkan konservatisma.
Makan diri ini boleh dihidu dari beberapa contoh di seluruh dunia
1. Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat
2. Brexit (Britian keluar dari European Union)
3. Sikap anti-imigrasi pentadbiran Donald Trump dan beberapa negara Eropah lain
4. Meningkatnya jenayah benci terhadap golongan minoriti di Amerika Syarikat dan negara2 Eropah.
Apakah contoh2 di atas boleh berlaku di Malaysia? Apakah konservatisme yg mudah dilabel boleh dilupus sekelip mata? Di mana pula pertimbangan hak utk semua pihak dlm kancah bahana liberalisma minoriti yg gelojoh? Apakah kebebasan utk satu pihak (terutama yg minoriti) tidak akan menyekat hak pihak yg lain (terutama yg majoriti)? Apakah pemerkasaan hak pihak kecil secara gelojoh boleh tergelincir menjadi diskrimasi terhadap pihak yg lebih besar? Apakah kaedah 'membuat tuntutan' (yg dipacu oleh kebencian, syak wasangka, kemarahan, dll tenaga negatif) itu berkesan dibanding dgn kaedah 'pemujukan' yg dipacu oleh bukti2 dan asas2 keinsanan yg halus? Apakah keterbukaan, kebebasan dan toleransi yg pukal atau tanpa had itu tidak terdedah kpd ekses dan extremisma? Apakah kekayaan dan kuasa yg tidak 'berimbangan' boleh diimbangi dalam sehari? Semakin masyarakat terbuka itu diancam, semakin sukar utk menjawab soalan2 di atas.
Ia tidak semudah menyanyikan retorika politik perubahan (mendadak). Ia mengajak kita diam sebentar.
No comments:
Post a Comment