Tuesday 26 June 2018

BALIK RUMAH TOK CU

Tanah & rumah adalah penzahiran kasih sayang dan belas tak bersyarat. Ia adalah warisan kasih utk 'cahaya mata' kita, generasi hari ini dan akan datang, merentas masa. Cubalah singkap makna 'cahaya' dan 'masa'. Singkaplah dari jendela kerohanian dan budaya yg halus, mahupun sains. 


Sebab itulah rumah utama dimuliakan dengan panggilan 'ibu' rumah. Ibu rumah itu pangkal kpd 'ibu' negeri. Tapaknya dimuliakan sebagai 'tanah-air'. Cubalah pula singkap makna 'air', dari sisi zahir dan batinnya, fikir dan zikirnya. Tanah saja tanpa air tidak akan subur. Tanah-air yg subur, alamnya sentiasa bertasbih, bertahmid, berzikir, bukannya kering dibahang api benci, tamak & haloba. 


Balik rumah itu adalah pulang kembali kepada 'fitrah' seperti yg kita rayakan setiap 1 Syawal. Semasa takbir dilaungkan, tanah dan segala tumbuhan serta pokok2 turut serta. Tolonglah jangan dipunahkan kepulangan kpd fitrah itu dgn kesongsangan semiotik yg menghina kemuliaan insan. 


Tanah dan rumah itu adalah penzahiran sejarah, amanah dan maruah. Peliharalah dari dilupus oleh mantra bergelar 'pembangunan' & 'pembaharuan' yang tak henti meresah dan memusnah. Bangun dan baharu yg sebenar adalah jiwa yg pulang dgn tenang sebelum pulang hakiki (mati). Pulang itu adalah kpd fitrah, agar dapat kembali-semula menjadi insan baharu yg sejahtera dan mensejahterakan. 


Jom, balik rumah Tok Cu.







No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...