Tuesday 12 June 2018

BILA KAMU NAK BALIK?


Untuk memastikan anaknya tidak lupa kepada kampung halaman semasa menuntut ilmu di Amerika Syarikat (1990-93), bapak aku pos banyak surat kpd aku. Ini zaman pra media sosial. Ini zaman sebelum kasih sayang, belas, kerinduan dan penghormatan antara anak dan bapak serta kepada kampung halaman dan tanah-air belum lagi diculik dan dicilok oleh whatsap, twitter, instagram dan facebook. Ini antara fragmennya yg sempat aku simpan. Sebahagian darinya menjadi inspirasi utk karya berjudul "Proclaim" (1993). Versi media campuran karya ini ada dalam koleksi Balai Seni Lukis Negara, Malaysia. Salah satu ayat yg selalu dia ucap pada aku secara bertulis dan lisan adalah, "bila kamu nak balik?" Sampai saat ini, susah aku nak padam ayat2 tu.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...