Saya genggam tangan dia yg terketar tanpa henti. Dia terbaring atas katil hospital. Saya pandang mata kosong dia. Dia lihat saya, tembus jasad. Waktu itu, saya tak melihat bapak saya. Segala yg selama ini saya pegang dan pertahankan sebagai 'bapak saya', 'dissolved'. Yg melihat saya itu juga tidak melihat jasad saya, atau segala yg saya tatang bergantung pegang pertahan sebagai identiti saya. Semuanya hijab, ilusi, bohong dan palsu. Yg melihat saya itu, mengosongkan saya. Saya teringat pesan bapak,
"Guru hanya boleh sampaikan ilmu. Yg beri Hidayah, Allah."
Waktu itu, saya dpt rasa bapak saya yg saya pegang sebagai guru itu, sudah makin hilang, menunggu masa utk pergi.
Moga kita dpt memanjangkan ilmu yg berguna yg ditinggalkan oleh arwah ibu bapa dan guru2 kita, bukan hanya dlm bilik kuliah, jurnal2 berwasit, buku2 berkulit tebal, seminar, konferen, kolokium, simposium, galeri dan pentas saja. Bukan hanya utk tanam saham KPI ROI pangkat darjat kurnia harta benda ranking sedunia.
Moga kita dpt gemakan juga dlm jiwa, terus ke kata2 dan laku-buat harian, dgn sesiapa jua, di mana2, termasuk di pinggir2 jalan, di pinggir2 kampung dan di kebun2.
Moga hijab kepandaian kita berteori dan mengajar itu dibuka dan dilindung oleh doa dan didikan dari ibubapa dan guru2 kita yg ikhlas. Ada masanya, jiwa kita sendiri dididik oleh anak2 yg menghargai belas ibubapa dan guru.
Di manakah benih pemBANGUNan dan transformasi nasional itu ditanam?
Pada segala benda dan tanda yg boleh disuku-sakat-sukat je ke? Atau pada segala geraf, indeks, nombor yg dibentang dlm bilik2 mesyuarat saja?
Kenapa di sebut 'Tanah Air' dan 'Ibu' Negara/Negeri? Apa yg ditanam? Apa yg kita mahu tumbuh melata?
Apa yg kita tanam, dan kebun apakah yg bakal kita tinggalkan bila kita mati?
Alfatihah
(Video dirakam dan disunting oleh Zul Ikhwan Aziz)
Rozana Mohamed
#tanambelas
#didikjiwahalus
#kebunDsedim
#makbapakakuosem
#gemabelas2017
#belasinsan
#belasalam
#belaswarisan
#belasalamsedim
#sksrilindunganraja
#H3RO
No comments:
Post a Comment