Sunday 4 March 2018

TRANSFORMASI NASIONAL BERMULA DARI DIRI

Ayat Transformasi Nasional timbul dlm radar fikir dan rasa saya dua hari lepas. 

Ini saya petik dari blog yg lepas tentang hasil kerja pelajar seni UMS. Transformasi Nasional bermula dari transformasi diri. 

"Inovasi dan transformasi adalah anjakan dari yang 'jahat' kepada 'yang baik'; dari 'yang negatif' kepada 'positif', dari 'kesedaran rendah' kepada 'kesedaan tinggi', dari 'kasar' ke 'halus'. Transformasi adalah mendaki 'makam' (tingkatan) kesedaran diri, untuk pulang kepada cahaya fitrah diri yang sebenar. Transformasi begini membina peradaban, bukan setakat pembangunan harta-benda. Jika dibangunkan harta-benda saja seperti tumbuh terpacaknya bangunan-bangunan moden pencakar langit di kota-kota mega, mungkin bakal diruntuh, dimusnah dan dijahanam oleh gusti antara Godzilla dengan makhluk mutan pemakan kuasa nukluear yang dibekal oleh manusia sendiri (yang hanya bijak, tapi bukan 'terang hati')."

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...