Adik-adik, ni brader tua nak tanya pada diri sendiri yang banyak defisit, dan adik-adik juga.
Setan (atau segala jenis kejahatan termasuk yang merasuk manusia), kalau dia datang nak buat kerja jahat, adakah dia mengaku dan buat pengumuman besar-besaran?
"Hey manusia! Aku datang ni, nak buat kerja jahat aku ni! Jeng!jeng!jeng!"
"Mana CNN, mana BNC, mana AlJazeera ni? Ni aku ni, setan, nak buat jahat!"
Selalunya gitu ke modus operandi kejahatan?
Rasanya tak kot.
Yang sering terjadi, kejahatan datang menyerap senyap-senyap, juga 'menyamar'.
Janganlah underestimate setan atau hantu jin seangkatan dengannya seperti hantu-hantu kurang IQ dalam beberapa filem popular. Banyak setan ada Phd berderet-deret, bijak-bijak dan licik.
Kalau minda manusia bising berhujah bertekak bertelagah bergasak berperang, lagilah senang dia buat kerja. Bising (termasuk dalam media perdana dan media sosial),adalah situasi ideal setan utk sukar dikesan. Ia bersembunyi, menyelinap, takda siapa pun perasan, semua rugi. Demi masa, semua rugi.
Gambar berikut adalah salah satu ringkasan visual modus operandi kejahatan setelah menyamar dan melakukan kerja jahatnya.
"Dia yang buat! Ni semua kerja dia! Ni semua angkara dia! Dia yang salah! Dia masalah! Dia jahat! Mari kita kutuk dia!"
Akhirnya semua manusia tuduh-menuduh, tidak nampak kejahatan yang sudah menyerap dalam diri sendiri, hingga semua hidup dalam gelap.
Kecuali mereka yang DIAM, kerana dalam Diam, hijab fikir dan rasa terbuka, ilusi berhala bentuk hilang, cahaya sedar mudah masuk. Mereka menerima dan menghantar cahayanya untuk disebar dan digema hingga kegelapan (kejahatan) tak boleh beroperasi.
Moh kita buka kesempatan untuk DIAM.
No comments:
Post a Comment