Friday, 9 January 2015

MOH KE KEBUN (LETS GO GARDENING)

Kebun Jiwa Halus kini telah dilengkapi dgn Kebun Rupa, ruang sumber yang sempit jasad tapi lapang minda. Moh (mari) kita berkebun. Lama tak berkebun, minda dan rasa makin menghijab, jiwa jadi keras beku, nafsu jadi kenderaan buta tanpa pemandu. Akhirnya, penat dipukat dan disakat hasrat melarat yang menyendat mengetat urat; dilimpah musiBAH.

Oleh itu, tanah kebun jiwa halus bukan benda, tapi getaran minda dan hati kita semua, yang biar terang disimbah cahaya, dibajak, digembur, dibenih, disiram, dibaja agar tumbuh dalam kitaran hidup yang mensejahterakan segalanya.

Inilah tanah yang tidak boleh dijual-beli-gadai, tidak boleh ditirus menjadi tunggangan nafsu, tidak boleh dirampas, dicuri, direbuti. Inilah tanah yang telah dibekal oleh arwah ayahanda.

Tanahnya bertapak di hati kita semua.

Mari kita yang banyak defisit dan toksid ni sama-sama hijrah kembali ke fitrah, yang menggetarkan kasih tanpa syarat. 

Moh!




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...