Tuesday, 15 May 2018

PENGHARGAAN YG TAK BOLEH BELI DGN DUIT


Kotaknya dibalut cantik dan kemas. Persis hadiah dari sang kekasih. Tak sampai hati nak koyakkan. Bila dibuka, hati saya wangi walaupun hidung menghidu bau ikan kering, ikan bilis, kopi tenom dan udang kering. Hati saya wangi disembur dgn penghargaan yg tak boleh dibeli dgn duit. Sampai sekarang bau wangi tu lekat. Memanglah sesi 'Belas' yg saya buat waktu petang dan tayangan pd malam itu 'mahal', dan di luar skop tugas menilai yg diamanahkan oleh UMS. Tapi bayaran yg mereka beri pd saya dlm kotak ini jauh lebih mahal. Akhirnya yg lebih penting bukanlah markah utk megah dan ijazah, tapi budi yg baik. Terima kasih saya campur dgn mata yg berair. Kebun di TSV FKSW UMS jauh di mata subur di hati. #didikjiwahalus #matrix2018 #ums #teknologisenivisual #borneo

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...