PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Tuesday, 1 May 2018

REFLEKSI PRA-CIPTA : SYAFIQA

DARI MIKROSKOP KE ARCA SERAMIK

Syafiqa menggunakan imejan yg dirakam dgn mikroskop elektron, sebagai inspirasi dan rujukan utk diolah semula dlm bentuk arca dinding seramik. Alam yg diintai dari sisi teknologi pengimejan sebegini membolehkan kita meneroka lanskap yg selalunya terhijab dari pandang mata kasar yg terhad. Tasbih dan zikir alam itu merentas mikrokosmos ke makrokosmos. Ini satu usaha menggabungkan seni & teknologi sebagai denai utk kita menghayati fenomena alam semulajadi secara lebih tuntas. 

Saya takda ilmu seramik, tapi amat minat dgn hasilnya, baik yg bersifat seni gunaan mahupun dekoratif (saya lebih suka istilah corak berzikir). Karya seramik yg digelar 'arca' mahupun karya seni halus kontemporari yg dikastakan sebagai mulia itu pun saya minat juga, walaupun jarang mampu dibeli. 

Ini satu contoh yg terkesan pada saya. Hampir2 saya angkut balik ke Penang. 

#BELASalam #didikjiwahalus #fsgk #unimas #cipta2018













No comments:

Post a Comment