Thursday, 10 May 2018

RINTIS 2018 : MEMANDU TEKNOLOGI KE MANA?


Memandu kereta adalah tindakan meninggalkan tanda, kesan dan jejak di atas permukaan jalan. Oleh itu memandu boleh dianggap spt melukis. 

Muhammad Hafizuddin menghasilkan sebuah gelanggang permainan dimana penghayat dpt memacu kereta mainan kawalan jauh dgn menggunakan 'headset' VR sambil menghasilkan jejak garis dan jalinan. Kesan akumulatifnya membuat kita merenung akan jejak dan corak yg telah kita tinggalkan sepanjang kita 'memandu' kehidupan kita. Bagaimanakah corak ini dpt memberi gambaran terhadap cara kita 'memandu'? 

Projek ini mungkin bermula dgn niat utk memberi kemudahan kpd insan kelainan upaya. Namun ia telah membuat kita menyoal : Apakah jejak & kesan yg kita tinggalkan utk anak cucu kita dari cara kita 'memandu teknologi' dlm kehidupan hari ini? #pusatpengajianseni #usm #rintis2018

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...