Thursday, 10 May 2018

RINTIS 2018 : DENYUT NADI


"Instalasi saya adalah satu eksperimen utk mencipta ruang meditatif yg menggunakan muzik dan bunyi sebagai medium utk menurunkan tekanan atau 'stress'," kata Sathen Kozendebani. 

Dlm ruang meditatif yg terisi dgn 'humming' nada rendah berterusan ini, denyutan nadi pengguna tunggal (single user) akan menentukan kadar nyalaan bebola lampu yg tergantung. Pengguna boleh mengalami bagaimana pernafasan, gelombang fikiran dan perasaan mempengaruhi denyutan jantung/nadi dan seterusnya ambien persekitaran.

Hasilnya adalah sinergi antara pengguna dgn ruang instalasi utk membentuk pengalaman meditasi tersendiri. 

Secara tidak langsung, instalasi ini mengajak kita merenung hubungan yg halus antara getaran dalaman kita dgn getaran persekitaran. Kesejahteraan ruang persekitaran kita bergantung kpd kesejahteraan getaran dalaman kita. Kedua-duanya bertaut dlm satu hubungan simbiotik yg erat. 

Peliharalah getaran atau denyut nadi kita agar persekitaran luaran kita juga terpelihara. #pusatpengajianseni #usm #rintis2018 #belasinsan #belasalam





No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...