Wednesday, 2 May 2018

REFLEKSI PRA-CIPTA : SITI FATIMAH DI DAPURLAND

Karya fotografi Siti Fatimah bawa saya ke dimensi bawah sedar seorang chef atau tukang masak wanita. Siti Fatimah yg berhijab itu dikhabarkan seorang chef restoran yg handal memasak. Malah, saya dijemput utk merasai masakan dia, tapi sayang sekali tak berkesempatan. Tidak hairanlah jika bahan dan ramuan yg biasanya diadun dlm kuali, digubah menjadi lanskap fantasi untuk pengembaraan Siti Fatimah (Alice) dlm set Dapurland. Menitis air mata Fatimah atau Ema, selepas mendengar tazkirah pendek saya tentang kemuliaan wanita, ibu dan kerja memasak. Tambahan pula Ema sdg me'rahimi' (membelas) cahaya mata sulung. Utk menghilang sayu, saya tanya dia, "Kenapa tak dipancarkan ke dinding yg lebih luas, agar skalanya seperti sebuah lanskap. Boleh kamu beraksi di depannya." "Tak cukup projektor prof, semua dah dipinjam." "Kalau mcm tu, letak di dinding restoran kamu nanti." #didikjiwahalus #fsgk #unimas #cipta2018 #belaswarisan








No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...