Saturday, 13 December 2014

CINTA TANPA SUBSIDI.



"That shop government subsidized one, after 3 months sure gone and close lah."

Itulah antara ayat tentang kedai kecil Rozana Mohamed, Rozana's Batik di Lebuh Acheh, yang pernah saya dengar terkeluar dari mulut seorang manusia yang dikhabarkan oleh beberapa 'saksi' lain sebagai seorang yang suka berprasangka buruk, stereotaip dan rendah terhadap 'orang lain' (dari dia), apatah lagi terhadap seorang 'wanita' (yang kecil)  seperti Rozana Mohamed. Rozana tidak memohon, mahupun menerima apa juga bentuk subsidi dari mana-mana pihak, kecuali subsidi ciput bulanan dari suami dia sebagai tanda kasih.  Modal Rozana kebanyakannya datang dari 'cinta' tanpa subsidi.

Namun ayat di atas (dan pelbagai ayat-ayat yang lain yang pernah di'hunus') sebenarnya adalah cara Allah membekalkan 'ubat perangsang' yang membantu memacu kehadiran Rozana's Batik di Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang. Kehadirannya yang serba sederhana, telah dengan cara tersendiri, memberi sumbangan terhadap kekayaan pengalaman seni dan budaya di George Town. Ia semakin diperakui dalam pelbagai cara. Rozana's Batik adalah galeri kecil yang cekal membuatkan pengunjung dari merata dunia merasa 'besar hati' kerana dicurahkan dengan rasa hormat, ikhsan, kasih dan keghairahan terhadap keindahan seni batik. Menerusi seni batik, ia membekalkan kemewahan cinta, ceria dan kegembiraan kepada semua pengunjungnya, tanpa mengira siapa jua.  bacalah sendiri testimoni para pelanggannya jika berkesempatan.

Perakuan yang terbaru, adalah dalam buku terbitan Areca Books, tulisan Chin Yoon Khen. Syabas dan terima kasih Mr. Chin. Saya panjangkan juga berbanyak kesyukuran.

Tahniah, Rozana! heroin dalam cerita 'cinta tanpa subsidi' saya.

2 comments:

  1. Congrats! I've had the great opportunity to visit Rozana batik store which serves international clients. Her personal creative workS is impressive and her teaching component has pleased/inspired her students from everywhere, if I may. Thanks for this blog Hasnul.

    ReplyDelete
  2. Najjar my bro, thanks a lot. Hope things r going well for u and your family there too. Hope to see u again.

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...