Hobbit semuanya berjambang. Mereka 'menjumpai' semula pusaka harta keturunan setelah lama hidup dlm pembuangan dari tanah atau bumi warisan kelahiran dan keturunan, yg juga menjadi rebutan banyak pihak. Mereka 'menemui-semula' jati diri setelah melalui pengembaraan pulang yg jauh, amat getir dan penuh dengan cabaran serta dugaan, yg memerlukan bantuan dari beberapa puak lain. Dalam satu babak, sebelum menghembuskan nafasnya, Thorin berpesan pada Bilbao bahawa dia berharap ada lebih ramai insan seperti Bilbao di dunianya, yg lebih menghargai persahabatan dan kampung halamannya, lebih dari longgokan emas yg menggunung. Thorin, yg sebelum itu disampuk oleh saka tamak setelah berjaya kembali ke tanah pusakanya, akhirnya menghembuskan nafas di bumi pusakanya dlm keinsafan bahawa kasih pada kampung halaman, persahabatan dan persaudaraan merentas puak adalah lebih bernilai dari ketaksuban melampau terhadap harta mimpi benda. (Merujuk satu babak dalam filem 'Hobbit' edisi 3 arahan Peter Jackson)
Beberapa jam sebelum menontonnya, saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Arina Kiswantoh dari Solo, bahawa ramai pengkarya kelahiran Bali yg sebelum ini berhijrah ke merata kota besar di Indonesia seperti Jakarta dan Jogja, setelah menjadi mewah dan berjaya dlm karier dan melepasi usia 50, kembali pulang ke Bali tanah kelahiran mereka, dgn niat untuk menghembuskan nafas akhir di kampung halaman masing-masing.
Dalam semiotik tradisi Melayu, dan tanpa kaitan langsung dgn Hobbit, berjambang sering dikaitkan dgn kealiman dan kearifan. Sebagai satu kelompok bangsa, warisan lisannya juga penuh pengembaraan menemui 'hero' dlm diri. Selain dari mewarisi pusaka warisan yg mewah dan kaya, ia juga amat perlu pulang menemu-semula jati dirinya yg sebenar, bukan jati duri yg disampuk saka yg sama merasuk Thorin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment