Wednesday 24 December 2014

ELEGI NELAYAN TELUK KUMBAR


Teluk Kumbar di Pulau Pinang kini sedang pesat membangun, ditandai oleh beberapa bangunan apartment dan blok rumah teres mewah yang rancak memacak tanah. Buminya disiram tangisan langit mendung ketika saya ke sana beberapa hari lepas. Saya membawa empat jejaka seniman muda dari Solo, Indonesia untuk singgah sebentar di Teluk Kumbar sebagai sebahagian dari sesi kuliah alami Kebun Jiwa Halus keliling Pulau Pinang. Ianya merupakan acara wajib yang sering saya sedekahkan kepada tetamu dari luar. Keempat seniman ini rakan bekas pelajar seni halus USM yang rajin dan cekal, Arina Kiswantoh. Bersama rakan dari Malaysia dan Indonesia, Arina mengusahakan pameran berkumpulan. Tahniah.

Saya sampaikan elegi Teluk Kumbar pada empat seniman muda ini, yang disertai juga oleh Sasha, penuntut tahun akhir jurusan seni halus USM. Eleginya disusul oleh santapan rezeki laut dalam bentuk mee udang. Elegi dan rezeki berduet menerusi dayungan nelayan solo di pantai Teluk Kumbar. Seniman muda dari Solo menjadi saksi elegi mencari rezeki oleh nelayan solo. 

Foto di atas amat dekat dengan getaran saya yang terkini.


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...