PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Monday, 31 October 2016

H3ROkembalikeSELAT2016

H3ROkembalikeSELAT, berpentaskan galeri alamiah yang penuh belas. Itulah juga teras batiniah H3RO yang kami muliakan. Untuk setiap inci syurga, pasti ada ujiannya. Pasti setiap dari kami telah lulus ujian-ujian kecil yang menghadiahkan kami dengan syurga ini. Kami bertaut dan dipeluk dakapan simfoni belas yang memulih - Bonda sebagai tamu istimewa, Krew H3RO (Kebun Jiwa Halus, Rozana Mohamed, Delly Adeela, Ainina, Anderson Ee, Zaharuddin Saidon, Che' Yang Asiah, Huzaifah As-said, Farouk As-said), Abang Mad biola & rakan-rakan dari kumpulan Nada Budaya Harapan Pulau Tuba, Guru Besar Cikgu Fatimah Kassim, Cikgu Daud dan anak-anak murid mereka di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyiur, Dato' Nordin yg otai handal mengemudi Pajero gagahnya untuk bawa kami mendaki Bukit Gondol yang indahnya tak terungkap dengan kata-kata, Encik Zulkarnain, Encik Anuar Ayob, Cik Aslina dan anak-anak murid mereka para pelajar Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif UNIMAS, dan hos paling osem, Kak Bara & Abang Rasyid serta krew mereka terutama pengawal keselamatan paling efisien dan comel, Manja, Mafia Junior dan Nimo, itik, ayam, katak, 'dragon flies', burung Gagak, Pipit, Helang Merah, Enggang, angin, awan, bukit, pokok, laut, pantai. Hati kami tak putus memanjangkan syukur infinit.

(Foto oleh Huzaifah As-said Zaharuddin)





No comments:

Post a Comment