Saturday, 29 October 2016

H3ROkembalikeSELAT


23 Oktober 2016

H3RO selamat dipersembahkan sekali lagi di Kampung Selat Bagan Nyiur. Seperti yang dihajati, kali ini ia berpentaskan gazebo manis Barkat yang baru siap dibina, berhamparan rumput hijau, pasir dan selut pantai, beratapkan langit dgn awan berona hijau (biasan cahaya lampu nelayan), dgn hawa dingin semulajadi yang dibawa khas oleh bayu Selat, diiringi korus cengkerik dan burung. H3RO juga diserikan oleh persembahan dari Kumpulan Nada Budaya Harapan Tuba dgn gesekan biola Abang Mad. 


Selain dari sentuhan perasaan, pastinya H3RO dan pentasnya terisi pelbagai lapisan khazanah untuk direnung, difikir, ditekuni, disantuni, dijadikan sumber perkongsian fikir dan rasa, juga sumber pencerahan - tentang letak-duduk belas dan kasih-sayang dalam dunia yang makin panas digasak haloba, tentang suara jernih generasi warga emas yang semakin disenyapkan oleh kebisingan minda yang berkira-kira dan hati yang keruh, tentang hubungan antara ibu-bapa dengan anak-anak juga jurang generasi yang makin melebar dan mendalam, dan banyak lagi. 


Moga semua yang dikurniakan rezeki untuk mengalami H3RO dapat memanjangkan getarannya. Doakanlah H3R0 dapat melebarkan ziarahnya ke pelbagai ceruk lagi.

Foto oleh Delly Adeela dan Huzaifah As-said Zaharuddin.













No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...